Sunday, November 30, 2014

Belenggu #7 ~ Jam...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



Jam menunjukkan pukul 7 pagi.Gary terlentang di atas katilnya yang lembut dan berspring itu. Matanya berkelip –kelip. Bosan . Cuti 3 bulan ni apalah yang nak di buat. Riki pun dah ke Chicago.
Alia !!
Gary dah merasakan betapa mendalamnya kasih yang disulamkan kepada gadis ini. Lebih dalam daripada kasih yang dicurahkan kepada Beth. Dan apa yang diharapkan dari perhubungan ini adalah agar ia satu persinggahan yang abadi.          



Lantas dia bangun dari katil dan bersenam 10 minit .Dia membuka tingkap dan bayu pagi yang nyaman menyapa wajahnya yang cun itu mesra. Tangannya memetik suis  hi-fi. CD Gun N Roses dimasukkan. Lagu November Rain berkumandang perlahan.  Kemudian… dia memasang  video. Siri Doraemon menjadi pilihannya.
Dia memang suka menonton video jika tiada program. Rileks dan sentiasa cun!! Sedang dia seronok menonton ...handphone  disisinya berbunyi.
‘’Hello. Siapa tu ?’’Ask Gary. Matanya masih tertumpu ke TV.
‘’Hai.. takkan tak kenal kot? Ini Alialah.’’
            ‘’ Oh…Alia sorrylah .’’
            ‘’You buat apa tu? Tidur lagi ke ?.’’
            ‘’Tak adalah . I sedang teringatkan you . Rindu sangat.’’ Dia ketawa .
            ‘’Ya  ke? Alia pun macam tu. Kita ni saling  merindulah.’’
            Suasana sunyi seketika .Cuma kedengaran deru nafas di corong telefon .
‘’Alia, macam mana kalau kita berkelah hari ini? I sunyilah. Boleh tak?’’Gary bersuara. Lembut .
‘’Berkelah? Hmm… Alia suka! Bolehlah . Alia pun boring juga . Lagipun  apa hal Alia nak cakapkan .’’
‘’Hal apa ? Cakaplah sekarang!!” Gary mendesak.
‘’Tak bolehlah. You ni tak sabar-sabar.’’
‘’Okay. I jemput you pukul 10 nanti. Bye.’’ Gary senyum meleret. Jam dah menunjukkan pukul 9. Dia mengalihkan pandangannya ke TV semula. Ketawanya pecah melihatkan siri  Doraemon yang  kelakar itu .    


Ting  !!  Ting !!
Loceng pagar berdering.
Porche hitam Gary tersadai di tepi laman. Sebentar kemudian..Alia keluar. Dari jauh lagi dia dah senyum.
Gary terpegun melihatkan bunganya yang mengenakan body suit berlengan pendek dan seluar kembang dari kain chifon. Semuanya dalam warna putih. Kegemarannya. Alia nampak anggun dan menawan. Sesungguhnya dia bertuah kerana memiliki Alia!!
‘’Hei!! Kenapa ni?’’Sergah Alia mengejutkan Gary. Pun begitu dia senyum lagi.
Kereta mewah itu menderum pergi.
Sepanjang perjalanan.. kedua merpati itu asyik berbicara sampaikan tidak sedar mereka dah sampai ke destinasi. Gary tak merasa susah untuk parking kereta. Lagipun hari ini bukan hari minggu.
Gary membimbit bakul di tangan kirinya manakala tangan kanannya melingkari bahu Alia. Bayu laut yang nyaman membelai kulit mereka mulus itu.
‘’Okay.. kita duduk di sana.’’ucap Gary.
Mereka menghampar pengalas yang disewa. Bakul pun diletakkan.
‘’Wow!! Dah lama Alia tak datang sini. Semuanya dah berubah.’’ Kata Alia. Langkahnya diatur ke gigi pantai. Gary membiarkan.
‘’Arghh!!”
Gary diserang sakit kepala lagi. Dia mengaduh. Bisanya agak kuat. Dia memicit –micit kepalanya. Kaca mata hitam pelindung mentari ditanggalkan. Dia mengeluh. Pandangannya masih lagi berpinar. Dia dah nampak bayangan Alia menuju ke arahnya. Alia mengerutkan dahi.
“Kenapa ni? You sakit?” Ucapnya sambil memaut tangan Gary.
Gary cuma menggelengkan kepala. Dia tidak mahu Alia tahu penyakit yang dideritainya. Dia pun tidak masih tidak tahu. Dia mengukir senyum, buat Alia hairan.
Suasana dibiarkan sunyi. Deru ombak yang menghempas pantai amat mengasyikkan. Alia merenung Gary. Tiada bicara yang terucap. Tangan digenggam erat. Mereka saling berpandangan. Sinar mata yang ceria cuma menjadi penghubung. Gary tak lepas memandang Alia. Matanya menyoroti sepasang mata bundar yang jernih.
“Apa pandang-pandang ni?” Kata Alia sambil menyentuh lembut pipi Gary. Dia sebenarnya malu. Sememangnya sudah ada rona-rona merah di wajahnya.
Gary ketawa. Lucu dengan gelagat Alia. Dia tidak seperti Beth…malah jauh bezanya. Bagai langit dengan bumi!
Alia mengupas sebiji epal. Sambil itu dia berfikir bagaimana untuk mengajak Gary ke partynya minggu depan.
“Apa yang you fikirkan? You kata nak cakap sesuatu. Apa dia?” Kata Gary setelah lama membisu. Mulutnya mengunyah epal. Dia masih mengharap.
Alia mendongak merenung pria tampan kesayangannya. Dia cakap dengan tenang. Jauh di sudut hatinya dia berdoa agar Gary sudi pada kali ini. Sudah banyak kali dia menolak. Alia kembali memandang Gary dengan wajah yang merayu simpati. Kemudian…
Gary mengangguk.
Mata Alia membulat. Terperanjat. Dan di luar kesedarannya dia telah berada dalam dakapan pria tampan itu…
 
 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]