Thursday, November 13, 2014

Trip Kem Bersepadu '14 - Tapak Perkhemahan Taman Tasik Taiping #1

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada tarikh 31 Oktober -2 November 2014, SEMEKAR telah mengadakan Kem Bersepadu Unit Beruniform  yang telah diadakan bertempat di Tapak Perkhemahan Taman Tasik, Taiping, Perak. Saya wakil dari Unit Beruniform Kadet Polis telah menyertai kem 3 hari dua malam tersebut. Tahun lepas saya tak pergi, tahun ni pun sebenarnya saya taknak ikut jugak sebab masalah kesihatan, tapi bila fikir2 balik saya pergi jugak bila program sepanjang kem ini agak menarik kedengarannya.



Saya dan 3 orang rakan yang lain bertolak dari CH selepas selesai mesyuarat di Tanah Rata pada sebelah petangnya. Pada sebelah pagi, 4 orang guru menaiki bas dan 3 orang yang lain ikut dengan kereta. Sebenarnya apabila terdapat aktiviti luar, keselamatan pelajar adalah PALING UTAMA. Dan sudah tentulah sepanjang kem ini berlangsung, pihak guru2 senantiasa memantau segala aspek berkaitan dengan pelajar.

Saya and the gang sampai di sana lebih kurang pukul 8 malam. Rupa2nya di Taiping pada katika itu sebelah petang je mesti hujan. Jadi aktiviti hanya dibuat di dewan terbuka. Tak sempat penyertai aktiviti yang dibuat, saya kena mengiring pelajar ke Hospital Taiping untuk mendapat rawatan akibat kecederaan kaki dan gastrik. Sinonim sangat la kan dengan mana2 kem, pelajar sakit mesti ada.


Aktiviti saya hanya bermula pada pagi keesokan hari (1.11.2014) tetapi tidaklah terlalu berat. Kita guru2 perempuan ni hadir sebagai penyeri majlis saja. Pelajar buat senaman pagi, kita buat senaman di atas kerusi. Sebenarnya agak seronok melihat pelajar dalam keadaan santai begini. Masing2 bergelak ketawa, riang dan gembira. Kem ni pun lebih kepada nak release tension budak2 dan guru sebenarnya...


Pada masa ni la guru2 boleh lepas geram pada pelajar. Boleh la nak denda2 deme... nak suruh buat macam2... maklumlah lately guru2 pun stress sangat.

Saya ucapkan tahniah pada unit ko kurikulum kerana berjaya menganjurkan kem 2014 dengan penuh jaya, cuma sedikit ralat apabila dijalankan sangat dekat dengan peperiksaan SPM yang menyebabkan tiada penyertaan pelajar tingkatan 5. Tak apa... tahun depan kita buat awal sikit ya Cikgu Idham....

Sedikit gambaran tentang tapak perkhemahan Taman Tasik Taiping :
- fasiliti lengkap. Ada tapak khemah yang tinggi, tandas lelaki dan perempuan, surau, tempat buang sampah,
dewan terbuka, pagar dan pintu pagar (berkunci)

Kekurangan :
- tandas lelaki dan perempuan berdekatan (bersebelahan)
- tiada baldi untuk tadah air mandi
- surau tiada langsir
- sekitar tapak khemah tiada lampu

** harap pihak berkenaan boleh meningkatkan kemudah di sini...

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]