Monday, November 3, 2014

Tepung Apam @ Apam Bakar

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Baru2 ni bawa My Mek dan makcik ke RTC Tunjung, beli sepeket tapai ubi. Memang dah niat nak buat apam bakar ni sebab di rumah memang ada stok pisang kapas lenyek. Apam ni memang jadi kegemaran keluarga, tambah2 orang tua ni memang suka apam segini. Jadi bila buat makanan yang diorang suka tu kita pun tumpang suka sama...





Malamnya saya bancuh satu adunan. Malam tu jugak saya bakar (istilahnya walaupun guna kuali). Alkisahnya saya bubuh yis banyak, jadi cepat la naiknya. Kalau kata simpan semalaman ianya akan jadi masam. Bila dah buat malam, siap aje bakar terus boleh makan. Tambah pulak nyior kulit hidup memang sedia ada, sedia dimesin. My Cek pun malamnya terus makan.

Esoknya panaskan semula dalam kukusan, terus jadi lembut macam yang baru siap dibakar. Serius saya kata, sengan satu adunan tu memang tak puas makan.

Saya memang suggest korang untuk buat apam ni, sebab ianya memang sedap. Payah dah nak dapat yang orang jual. Nak tak nak kena buat sendiri. Even dekat kampung pun dah tak banyak orang jual. Kalau korang nak cuba, resepinya ada saya copy di bawah. Kalau taknak guna yang saya ejas2 bahannya, boleh guna sukatan resepi asal. Selamat mencuba..

TEPUNG APAM @ APAM BAKAR
Resepi : Pn Maimunah Bt Deraman (Emak Saudara)

Bahan A ~ sebatikan dalam mangkuk besar
1 peket tepung beras (kecil)
1 st yis (mauripan) saya letak 3 st

Bahan B ~ didihkan guna api kecil dan sejukkan
3 cawan air
2  keping nisse saiz besar (kalau nak manis boleh lebihkan)
1 st garam

Bahan C ~ lenyek bersama
2 keping tapai ubi kayu
2 – 3 biji pisang kapas (kalau kecik lebihkan sedikit) saya letak lebih, dalam secawan lebih kot

Bahan D ~ tumbuk lumat
1 cubit lada hitam
3 biji bawang merah
2 batang serai (sederhana)
1 cm halia

Bahan E ~ untuk membakar
Sedikit minyak masak
10 helai daun pandan – ikat

Bahan F ~ Pelengkap hidangan
½ biji kelapa parut – ambil yang putih sahaja, gaul dengan garam. Sekiranya adunan kurang manis, masukkan juga sedikit gula halus.

Cara-cara :
Masukkan bahan B, C dan D ke dalam mangkuk bahan A, kacau hingga sebati dan tidak berketul (saya guna hand wisk)
Perap selama 2-4 jam (kalau terlalu lama adunan menjadi masam)
Panaskan kuali menggunakan api kecil. Lenserkan sedikit minyak menggunakan daun pandan, tuangkan 1 senduk adunan dan tutup kuali.
Bila sudah masak, balikkan apam, sekiranya agak melekat, lenserkan sedikit minyak sekali lagi. Buat sehingga habis. Dapat dalam 15 – 20 keping.
* setiap kali nak buat yang baru tu jangan lupa lenserkan minyak. Kalau guna nonstick tak payah la :)
Hidangkan bersama kelapa parut dan air kopi….  

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

5 comments:

  1. Sedapnyo..lamo tul tak mkn apam kg ni

    ReplyDelete
  2. ok...Cheq Sue,thanks share resepi ,baru jumpa resepi apam bakar..nak cuba buat juga .lagipun ia adalah kuih dulu2 yang masih lekat di hati

    ReplyDelete
  3. Sekarang ni fomous apam susu.Macam menarik je resepi ni.Nanti ada masa boleh cuba.

    Mari join bloglist saya... http://rossmerahjingga.blogspot.com/2014/11/bloglist-belog-rossmerahjingga-2014.html

    ReplyDelete
  4. dh berzaman xmkn apam nii..tringat plak zaman kanak2 riang..jumaat & sabtu wajib ada apam ni utk brekpes..Yana amek dulu resepi yer cheq sue..kna g cari tapai ubi dulu.. ada kot kat manjung nii..xpnh nmpk lak ^__^

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]