Sunday, November 23, 2014

Belenggu #6 ~ Jam...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Jam menunjukkan angka 2 pagi. Gary masih enak berteleku di bilik study. STPM cuma tinggal dua minggu lagi. Tiba-tiba wajah Alia muncul di ruang mata. Segera dia teringatkan bicara Alia pada pertemuan di Pantai Lido dua hari lalu.
“Alia sebenarnya bangga dengan Gary. Tapi Gary nampaknya tidak confident dengan kebolehan sendiri.”
Gary mengeluh.
Dia tahu dia boleh. So dia akan buktikan pada Alia.
Yes!!
 Kerananya Gary berubah. Sungguh memeranjatkan.



 Buku PA ditutup. Hai…PA lagi?
Tiba-tiba sahaja kepalanya berdenyut-denyut seperti yang dialami beberapa bulan lalu. Bisanya makin kuat dan terasa seperti dicucuk-cucukkan dengan benda tajam. Matanya berpinar-pinar. Dengan langkah yang terhuyong-hayang Gary menuju ke biliknya dan dia rebah di atas katil…keseorangan.
Bangun pagi tu, saki baki denyutan di kepala Gary masih terasa. Namun dia gagahkan diri untuk ke kolej. Dia dah sedar betapa pentingnya ilmu dan yang paling syok sekali dia dapat tengok Alia…
Dia memandu Harley Davidsonnya 160 km/j. Woo!!! Bahaya tu. Boleh menyebabkan kematian. Tapi bagi Gary, that’s ok. Dia dah biasa. Lagipun di Singapura dulu dia adalah pelumba utama Kelab Fire Birds. Dia pun dah tak sabar nak tengok Alia. Alahai…
Gary tersenyum menyapa setiap orang yang dikenalinya. Dia memang ramah tapi sering di salah ertikan.
“Hai. Awal you hari ni. Ada apa-apa ke?” Tanya Jimmy. Riki belum tiba lagi.
Argh…kepala Gary berdenyut semula. Bisanya agak kuat dari semalam. Namun sebagai lelaki Gary harus tabah.

Pembelajaran hari itu agak hambar namun Gary puas hati sebab dia dah dapat tengok Alia. Masa demi masa berlalu. Setiap sedetik bagi Gary amat bermakna. Semua diisi dengan membaca. Aktiviti luar pun sudah dikurangkan. Dia pun dah tak jadi romeo lagi. Dah alim. Riki pun dah lama tak call.
Pun begitu Gary tak bimbang. Maklumlah setiap kali membaca, terbayang wajah si gadis sedang memberi sokongan. Fuh…seronoknya! Sejak akhir-akhir ini Gary amat seronok belajar bagaikan si bodoh mendapat buku.
Kadang-kadang Gary terfikir adakah Alia ikhlas menyintainya?
Eh!!! Kenapa fakir yang bukan-bukan ni?

Sekian lama ditunggu hari yang dinanti telah tiba. Mentari menyinar terang. Beburung riang berkicauan di sarang. Bunga di taman mekar mengharum. Kesemua situasi itu mengiringi langkah Gary ke dewan peperiksaan. Seketika jua wajah Alia menerpa ke benaknya…tersenyum yakin memberikan perangsang kepadanya.
Hari-hari exam ditempuhi dengan sabar dan tenang. Semua soalan dapat dijawab oleh Gary. Dia betul-betul yakin kali ini. Dia pasti lulus cemerlang. Beberapa hari di dewan peperiksaan, Gary melompat kegirangan kerana peperangan yang dihadapinya telah stop.
Merdeka!!
 Jeritnya dalam hati.
Apa rancangan cuti ni ya? Ajak Alia berkelah?
Gary menuju ke arah Riki.
“Hi Riki. How are you?”
Fine.” Jawabnya ringkas sambil mengukir senyuman.
“Apa rancangan you cuti ni?”
“I ingat nak stay here, tapi I terpaksa mengikut parent I ke Chicago.”
“Chicago…buat apa?”
“Lawat abang aku. Aku pun sebenarnya tak nak pergi tapi memandangkan peluang dah ada, aku rembat ajelah.”
Gary ketawa kecil tapi jauh di sudut hatinya dia mula merasa sunyi…
 
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]