Friday, November 21, 2014

Lempuk Durian / Bubur Kacang Lempuk Durian

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bubur kacang ni memang takyah dah cerita bebanyak... memang semua orang tahu. Baru2 ni ada la saya buat bubur kacang sikit, sekadar perabih kacang hijau yang ada. Cuma istimewanya bubur saya ni ada campuran lempuk durian. Ehh... lempuk durian pun nak kecoh!


Bubur kacang yang tak ada daun pandan, tapi tetapi sold out dimakan begitu sahaja dan dibuat aisekerim.




Yang ini la saya nak tunjukkan, iaitu lempuk durian. Hasil air tangan My Mek yang dibawa khas dari kampung. Lempuk ni merupakan salah satu cara untuk mengawet durian yang berlebihan. Cara nak membuatnya agak mudah cuma memerlukan masa yang agak lama untuk masak. Biasanya kalau My Mek buat lempuk, dia akan masak di dapur kayu dan menggunakan kuali tembaga. Kuali tembaga ka tebal, jadi lempuk tu tak la hangit sebab perlu dimasak agak lama.

Macam mana nak buat?

Saya pun tak berapa pasti tapi seingat saya bahan2 yang digunakan hanya isi durian, gula dan sedikit garam. Pernah sekali tu My Mek suruh kacau lempuk ni, tapi saya dengan suka hatinya menggunakan durian bersama bijinya sekali... apa lagi, hampir berketul otot bahu dibuatnya. Sebab itulah saya kata kita hanya gunakan isi durian (maksudnya yang sudah dikeluarkan bijinya) barulah senang nak mengacau. Nak masak lempuk ni lebih kurang masak dodol la, makin lama makin pekat, makin payah nak kacau. Api pulak nak kena jaga selalu, takleh kuat atau kecil sangat. Sebab itulah kalau siapa yang biasa dengan lempuk tradisional, ia akan berbau seperti asap2 gitu. Kalau yang dimasak atas dapur gas tu kureng la sikit baunya.

Bila dah siap lempuk ni, biasanya ia dibungkus dalam upih pinang dan digantung berdekatan dapur kayu untuk membuatnya lebih tahan lama. Kalau tak guna upih pinang pun, ada yang gunakan daun pisang atau daun kelapa selat. Yang My Mek buat ni hanya dimasukkan dalam bekas plastik biasa sahaja dan disimpan dalam peti sejuk, baru tahan lama.

Kalau disimpan dalam bekas macam dalam gambar tu, seeloknya bila nak ambil gunakan sudu plastik yang bersih dan kering, kalau tak lempuk akan cepat berkulat, nanti dah rosak sayang wehhhh, bukan mudah nak dapat ni... Tempat korang, apa citer lempuk ni?

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

3 comments:

  1. Wana baru tau psal lempuk durian..mmg sedap la mkn bubur kacang dgn durian..slurp sikit..;)

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi campur lempuk durian..mesti sedapkan..nanti nak cuba la..

    ReplyDelete
  3. Rindu LEMPUK! Masa sek men selalu mak bekalkan lempuk bwk balik asrama. Saya makan dgn roti. Nak buatnya mmg lenguh tangan kacau.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]