Showing posts with label Cerita Puasa. Show all posts
Showing posts with label Cerita Puasa. Show all posts

Monday, June 22, 2015

Ramadhan 2015

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Alhamdulillah diberi kesempatan sekali lagi olehNya untuk bertemu dengan Ramadhan tahun 2015. Sudah hari ke 5... bagaimana rasanya?



Wednesday, July 25, 2012

Ini Pun Dah Cukup... & Update Peserta GA


Cabaran berbuka seorang @ masak untuk seorang memang la sangat memedihkan. Masak dalam kuantiti sedikit, sekali makan, ehhhhhh letih tau nak fikir. Cheq sue ni pulak bukan suka makanan berulang kali, hangat dan makan lagi, kecuali makanan tertentu. Nak tak nak, kena juga masak. Dan oleh sebab itulah menu di bawah ni menjadi santapan iftar ke 4 semalam.
 
 
Sebenarnya stok lauk langsung tak ada, nasib baik stok telur masin ada banyak lagi. Berjasa jugak telur masin tu, bila darurat lauk boleh guna on the spot. Tapi sebiji tu memang tak habis pun, kena makan lagi hari ni nampaknya. Pucuk ubi tu pula sebenarnya nak dibuat pecal, tapi serbuk pecal segera yang dibuat sendiri oleh seorang rakan dah berkulat pulak. Nasib baik jugak sambal goreng tempoyak ada lagi, dapat la cheq sue buat cicah. Rasa-rasanya lepas ni memang kena buat stok sambal tempoyak tu. Dah macam ketagih pulak. Nak bagi berkuah sikit letak pulak kicap. Heeeee... Tak menjadi masalah pun, janji dapat isi perut.
 
Harini entah nak masak apa lak ya? Gaji dah masyuk, boleh gi pasar malam. Dok plan nak masak asam tempoyak. Mmmmmm entah jadi ke tidak. Sama-sama kita tengok. Selamat berpuasa semua... Wassalam...
 
NOTE :

Pada semua yang ingin nak join GA cheq sue sekarang, masih ada masa lagi. Harap dapat beri sokongan eh... Tak susah pun, jangan risau. Senarai peserta setakat ini adalah :
.
.
.
.
.
Kak Wan
Onni Q
Nuwairani
Cheq Da
 
 
TQ very much. Muahhhaaaaaa.....
 
 
Stylish Thankyou

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan 1433H / 2012


 
 
Selamat menjalani ibadah puasa pada semua umat Islam, semoga dengan hadirnya Ramadhan kali ini akan lebih meningkatkan keimanan dan jati diri. Pada yang tidak dapat berpuasa, diberi cuti wajib tu bersedialah untuk menggantikannya. Yang dapat bersahur kali pertama pagi tadi bersama keluarga, tentu seronok kan. Alhamdulillah, cheq sue dapat bersama keluarga di kampung dinihari tadi bersahur bersama-sama. Bila mengingat kembali saat-saat bersahur / berbuka dirantau, atau berbuka sendirian, sangat sebak untuk diingat kembali. Yang pasti ada air mata mengiringi. Jangan kata zaman-zaman dok U dulu, sekarang ni pun kalau kena bersahur seorang, memang tak bangun dah pun. Berbuka pulak kalau takde teman, macam syahdu aje...sedih manjang. Lastnya tumpang berbuka la ramai-ramai rumah orang. He he he...


Harapan cheq sue semoga kita semua dapat menempuh Ramadhan kali ini dengan sempurna... InsyaAllah. Wassalam...

Stylish Thankyou

Friday, August 5, 2011

Iftar 5 : Menu Lemah Semangat

Assalamualaikum & salam sejahtera

Bubur kacang, ikan kembung goreng, kangkung belacan, soya jagung

Sebelum terawih ni cheq sue tinggalkan dapur ni dengan menu berbuka tadi. Dah 5 hari rupanya ya kita berpuasa... kejap aje rasanya.. Hari ni dunia agak huru hara... xde semangat dek keletihan (buat apa ya...) badan pun selepet je.. Nak masak pun macam malas aje...kalau tak masak nak ke pasar Ramadhan malas jugak. Pendek kata...semuanya malas2 aje petang ni.
Hajat di hati sebenarnya nak makan puding, tapi kacang hijau tu petang kemarin dulu dah rebus takot masam pulak. Kena la buat bubur. cheq sue masak bubur tu dalam setengah cawan je...dapat semangkuk besar. Nampaknya esok makan bubur ni jugak laaaa.....
Kangkung tu pulak dah berumur 13 hari dah...alhamdulillah masih boleh dimakan dengan simpanan dalam peti ais atau cara simpanannya di n3 ni..... digoreng dengan ikan masin dengan sedikit kuah. Ikan kembung tu sebenarnya cheq sue mintak dengan bangla jual ikan. cheq sue beli udang setengah kilo...selamba je cakap... NAK IKAN FREE... seb baik cheq sue ni regular customer...
Air soya jagung? Beli aje kat kedai, Cap Drinho... setel...
*wassalam*