Wednesday, July 25, 2012

Ini Pun Dah Cukup... & Update Peserta GA


Cabaran berbuka seorang @ masak untuk seorang memang la sangat memedihkan. Masak dalam kuantiti sedikit, sekali makan, ehhhhhh letih tau nak fikir. Cheq sue ni pulak bukan suka makanan berulang kali, hangat dan makan lagi, kecuali makanan tertentu. Nak tak nak, kena juga masak. Dan oleh sebab itulah menu di bawah ni menjadi santapan iftar ke 4 semalam.
 
 
Sebenarnya stok lauk langsung tak ada, nasib baik stok telur masin ada banyak lagi. Berjasa jugak telur masin tu, bila darurat lauk boleh guna on the spot. Tapi sebiji tu memang tak habis pun, kena makan lagi hari ni nampaknya. Pucuk ubi tu pula sebenarnya nak dibuat pecal, tapi serbuk pecal segera yang dibuat sendiri oleh seorang rakan dah berkulat pulak. Nasib baik jugak sambal goreng tempoyak ada lagi, dapat la cheq sue buat cicah. Rasa-rasanya lepas ni memang kena buat stok sambal tempoyak tu. Dah macam ketagih pulak. Nak bagi berkuah sikit letak pulak kicap. Heeeee... Tak menjadi masalah pun, janji dapat isi perut.
 
Harini entah nak masak apa lak ya? Gaji dah masyuk, boleh gi pasar malam. Dok plan nak masak asam tempoyak. Mmmmmm entah jadi ke tidak. Sama-sama kita tengok. Selamat berpuasa semua... Wassalam...
 
NOTE :

Pada semua yang ingin nak join GA cheq sue sekarang, masih ada masa lagi. Harap dapat beri sokongan eh... Tak susah pun, jangan risau. Senarai peserta setakat ini adalah :
.
.
.
.
.
Kak Wan
Onni Q
Nuwairani
Cheq Da
 
 
TQ very much. Muahhhaaaaaa.....
 
 
Stylish Thankyou

7 comments:

  1. Assalam sue, mkn sorang mmg tak best, nk msk pun rasa kureng sikitkan . Tapi kalo tak suka yg beli baik msk sendiri, simple pun tak apa janji mkn juga.

    Akk ni dh rindu ikan goreng , sayur tumis air dan budu....

    ReplyDelete
  2. asslm Cheq Sue...ooo ade buat GA yer...nti QH join yer...

    psttt rupanye kita sebaya la..hihi

    ReplyDelete
  3. sama la kite cheqsue. hari2 makan sorg2 je. kalo x masak kang,, tak makan la jawabnya. sudahnya, nani perap ayam rempah banyak2; hari2 duk ulang makan yang tu je. huhuh

    ReplyDelete
  4. alahai siannya berbuka sorang..tak pe la nanti ada ler teman tu.selamat berbuka puasa yer cheq sue:)

    ReplyDelete
  5. tang telor masin yg best tu cheq sue..hehehe...saya pun menu biasa je...tak sampai seru lagi nak masak beria..hehehhe

    ReplyDelete
  6. salam Cheq Sue, ksiannyee..mkn sorang2 yer, sbenarnye lauk simple x mnjadi soal, yg pnting kmeriahan mase mkn tu, ngn unsur berebut2 & hulur menghulur lauk.. xpsal2 mkn brtambah2..hee. dlm bln yg mulia ni akk doakan semga Cheq Sue cepat mndapt teman tp mesra, yg dpt mmbahagiakn Cheq Sue dunia & akhirat. Amiin, insyaAllah...

    ReplyDelete
  7. KADANG MAKAN YG SIMPEL2 TU PUN DA CUKUP SELERA DAH..LAGI LA TIME SAHUR :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]