Sepi @ Kampung
6 Julai lepas, cheq sue balik kg setelah agak lama jugak tak balik, last pada cuti sekolah baru-baru ni. Maklumlah kekangan masa, tugas dan sumber kewangan yang tidak mengizinkan. Kenapa tajuknya SEPI @ KAMPUNG? Mmmmm sebenarnya bukan apa, sekadar meluah rasa dari perspektif orang tua. Sekarang ni memang tinggal mek, cek dan adik aje kat kampung. Dengan adik-beradik cheq sue rata riti di sana sini mencari rezeki, ada di KL, ada di Terengganu, ada di Pahang, yang tinggal kini hanya mereka 3 beranak. Adik bongsu pula yang semakin menginjak dewasa lebih banyak masanya di luar rumah. Kerja, bola, jalan-jalan.... sudahnya hanya tinggal mak ayah di rumah.
Bila ada anak-anak balik, betapa sukanya mak ayah kita kan? Kalau ada makanan, terus teringat pada anak-anak yang lain. Anak itu suka makan ni, anak ini suka makan ni...masing2 membangkitkan nostalgia pada mereka. Bila cheq sue balik tu, kebetulan ada durian, lalu mek pun bercerita tentang anak-anak yang bermacam pesen suka makan durian. Ada yang suka makan gitu aje, ada yang suka makan dengan pulut. Malah dalam peti ais pun dah ada durian yang siap difrozenkan untuk anak-anak tersayang. Begitulah emak ayah kita kan, sentiasa memikirkan anak-anak. Cheq sue terfikir, alangkah tewasnya seorang anak yang tidak mengutamakan emak dan ayah melebihi segala-galanya. Mmmmmm, aku lah tu!
Kemudian, pagi Sabtu tu cheq sue diminta untuk mengambil kelapa di belakang rumah. Bawak kereta buruk macam bawa bas rasanya. Mek menebas semak dan cek menurunkan kelapa dengan beruknya. Bila cheq sue peratikan mereka berdua, alangkah sayunya hati mengenangkan betapa simplenya hidup, betapa mudahnya kehidupan, tak perlu fikir masalah lain. Sampai masa solat, makan, motong getah, kalau malas boleh cuti..... hish kalau la kita tu tak dapat hak buat cam deme. Pastu diorang pun tidak berkehendakkan apa-apa, malamnya ke masjid dan berehat.
Namun satu yang pasti, di sebalik kehidupan itu memang ketara sangat mereka merindui anak-anak. Nun yang jauh di sana, sekadar dihubung dengan suara yang sangat-sangat jarang menerjah ke telinga. Aduhai, cheq sue sebagai anak berkali-kali mengingatkan diri sendiri supaya sentiasa bertanya khabar mereka. Sekali sebulan insyaAllah boleh balik tapi kadang-kadang tak boleh. Mek atau cek tak pernah sekalipun bertanya bila mahu balik kampung (kecuali musim raya) tidak seperti emak ayah orang lain. Bila balik mereka tersenyum, yang sakit jadi sihat, yang demam boleh kebah.
Bila bercerita tentang mak ayah ni, memang mudah sangat air mata bergenang. Satu-satunya perkara yang membuat cheq sue menangis tanpa paksaan adalah bila memikirkan tentang mereka. Jadi, buat semua anak-anak diluar sana, sekali pun tidak dapat balik bersua muka dengan emak ayah anda, sekurang-kurangnya telefonlah selalu untuk menghilangkan kerinduan mereka. ... Wassalam
assalam sue, duduk jauh2 mcm ni lh, cuti sekolah baru dpt kelik kg. akk pun hujung minggu ni pun nk blk, last cuti sekolh bulan 6 tu
ReplyDeletesebak pulak kat ayat2 terakhir tue..ttba rindu kt emak dan arwah ayah..
ReplyDeleteKak Amie tiap-tiap hari telefon bonda, kalau 2 hari tak telefon, bonda yang telefon hu huhuuuu sayang kat bonda!
ReplyDeletesalam ceqsu
ReplyDeleteuntung ibubapa ceqsu punya anak macam ceq ni kan,siapa lah kita tanpa ibu dan bapa,apa yg kita buat pada ibu bapa kita sekrang itu lah jugak yg akan dibuat oleh anak2 kita nanti ..
dni selalu call parents setiap minggu :)
ReplyDeletestuju sgt ngn Cheq Sue sbb akk pun
ReplyDeletedh mula rasekn prasaan org tua, bla ank yg dh brkhwen dok jauh di utara & ank2 yg bljar jauh dinegeri org..memang terasa kehilangan & kerinduan. tak seminit lupa pd mereka, trutama bila mkn mknn kgemaran masing2. Alhmdulillah akk masih punya bapa,82thn.setiap kali menatap wajahnye..kesayuan sgt2 trasa.bila diberitahu anknye akn pulang, dia akn duduk di pangkin di luar rmh, mnunggu hingga mereka sampai.."ya Allah, kasihanilh ibubapa kami sebagaimana mereka mengasihi kami sejak dri kecil. Amin!"