Thursday, July 5, 2012

Idaman Sejak Dulu...



 
 
Hari semalam tersangatlah menyedihkan. Sebelum cerita tentang n3 hari ni cheq sue nak lepaskan perasaan sikit. Ehhhhh bukan hape pon, semalam alhamdulillah dapat puasa. Balik sekolah petang tu terasa penat sikit + mengantuk. Tak mau layan perasaan tu, cheq sue preparekan kek untuk hari Jumaat ni. Memula plan nak buat kek sifon, tengah asingkan telur putih dan kuning, sampai telur ke 5 dah termasuk pulak kuning telur ke dalam putih telur. Adehhhhh.... padahal nak guna telur 6 biji je. Tension sungguh cheq sue masa tu. Nak tak nak, kena ejas buat kek span 1 1/2 adunan. Tu satu hal... bila dah setel bab kek tu, sedia pulak satu kek lagi, sebab teringat permintaan ibu mengandung nak makan kek yang ada tapak.... he he he, cheesecake dengan base rupanya. Buat punya buat, base dah ok. Bila sampai adunan cheesenya tu, terlebih cecair pulak, pastu cheesenya tu taknak hancur. Salah cheq sue jugak sebab careless sangat, patut kena blend atau guna FP, tapi cheq sue whisk. Bila dah masak, kek tu jadi cair sikit dan lembik hingga ke basenya. Memang boleh makan pun tapi kena guna sudu, pastu rupa pun tarak. Tengok la camana nanti, kalau ada mood cheq sue uploadkan camana ghupenye. Tapi sebelum tu jangan lupa lak klik sini. atau sini.. tolong tau! ^_^
 
 Berbalik pada n3 kali ni setelah selesai membebel. Hi hi hi... Nah, tengok gambar bawah tu. Nak menunjuk siket aihhh. Ini merupakan benda yang memang dah lama cheq sue inginkan (semuanya cheq sue nak kalau boleh). Set kaserol 3 beradik ni memang dah lama cheq sue ushar, kumpul duit sesikit sehingga sampai ke jumlahnya. Sejak berkecimpung dalam dunia masak memasak ni memang ada banyak sungguh benda di dalam wishlist. Dengan terbelinya benda ni (dan benda-benda itu.....), kurang-kurang nampak jugak harta yang ada sepanjang 9 tahun bekerja, janganlah duit habis tapi habuk pun takde. Memang kalau difikirkan benda2 camni sesuai untuk golongan yang dah berkeluarga. Tapi xpelah, dah ada rezeki lebih cheq sue nak dapatkan Alhamdulillah....
 




Set LUMINARC ni ada 3 dalam ukuran 1L, 2L dan 3L serta penutup plastik. Pastu ada pulak disertakan jag sebagai hadiah. Bunga sekuntum tu tak termasuk senarai ye...disediakan khas oleh tuan punyanya. Cumanya kan, cheq sue dok pikir semenjak dua menjak ni, banyak suruh barang2 kat rumah. Kalau la my mom nengok, kompom sehari dia membebel. Nanti dia kata 'beli barang banyak-banyak tak guna nanti kena dakwa dek barang tu'. Setakat nak masak nasi 1/3 pot, ikan seekor + ayam sekeping, kena pikir dulu mak nak guna ni. He he he...

Itulah sekadar bingkisan untuk hari ini. Sampai jumpa lagi.... ^_^ Wassalam...
 
Stylish Thankyou

8 comments:

  1. Wah ada ahli baru in the houz. Samalah, kalau boleh apek kedai tu pun nak eden beli.....

    ReplyDelete
  2. wow best nye...luminarc...baru laaa bersmangat nk masak2 kan3x...

    ReplyDelete
  3. nani pun minat dengan barang2 mcm tu. mula2 berkenan dengan corelle, pastu vantage pulak...pasni tak tahulah apa lagi

    ReplyDelete
  4. Rahel minat sangat barang2 macam tu...semangat nak letak lauk dalam caserol tu..hehe..

    ReplyDelete
  5. wahhhhh.. suke!! suke!! tun belum ada caserol tu.. kt sini susah nk jumpa luminarc. tp pinggan mangkuk tun mmg luminarc, angkut dr semenanjung. sbb tun jenis ganas. yg ni jatuh pun x pecah.. hihihi..

    ReplyDelete
  6. best2 tu....mmg btul ler...skrng pun sy tgh dok gila ngan pinggang mangkuk ni...hehe...+ brng tupperware...mmg x bole nak elak....:)

    cer cite skit..brapa rege tu...cam jelez jer nie sbb x de lagi set2 cenggini....huhuhu....

    ReplyDelete
  7. Salam.. Wah banyaknya pinggan mangkuk baru.. Cantik.. Nur dah tolong klik..

    Belum beli lagi jenama ni.. Teringin juga.. :D

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]