Jus Oren & Lobak Merah... Berani??
Cheq sue merupakan seorang penggemar minuman jus buah-buahan segar. Bila berpuasa ketika itulah detik terbaik untuk mencuba pelbagai gaya minuman dengan menggabungkan beberapa jenis buah-buahan. Sebenarnya nak buat jus carrot susu, terliur menengok Che Mat buat tapi rupanya xde stok susu pekat pulak kat rumah. Intai-intai terfikir nak gabungkan limau dengan carrot. Alaaaa...kita yang buat dia kan. Lagi pun dengan jadual makan yang berbeza ni perut pun dah makin meragam, harap-harap lepas ni takde masalah la bahagian tandas tu kan. Hiiiiiii...
Masa berbuka (iftar ke tu baru dapat rasa. Mmmmm tak la pelik mana pun, masih rasa jus orennya tapi agak seimbang dengan carrot. Cheq sue tak tapis pun jus ni, minum gitu aje setelah disimpan sejuk seketika. Korang yang nak rasa tu boleh la cuba. Wassalam...
JUS LIMAU & LOBAK MERAH
Resepi : Cheq Sue
Bahan-bahan :
1 biji limau - buang kulit dan empulur putihnya
1/2 batang lobak merah (saiz kecil) - hiris nipis
1 gelas air
1 sudu besar gula
Cara-cara :
Masukkan semua bahan ke dalam pengisar
Kisar hingga halus
Boleh dihidang sejuk atau diminum begitu sahaja
salam Cheq Sue, sedapyer carrot + oren.. akk besa carrot + epal hijau jer. sdp gak. nnti bleh la try yg ni plak..hee..
ReplyDeletehehe teroknya dni.. takpenah beli carrot.. nanti nak beli lah buat jus :)
ReplyDeletewahhh cheqsue berkhasiat neh^^_
ReplyDeletennt nk cube tp kne cari blander laen yea dopps
klu blander umh tuh, pedas ler bland cili.huhuhu