Showing posts with label Puff. Show all posts
Showing posts with label Puff. Show all posts

Friday, May 17, 2013

Cream Puff [II]

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Salam Jumaat. Quick entry sebelum bertolak balik kampung. Cuaca mendung, nyaman, sesuai sangat untuk menyantap cream puff. Tapi tak boleh la ya, sebab semua dah habis.

Lama jugak mengidam nak makan cream puff. Selalu kalau buat saya guna je resepi Kak Yani (MyR) tetapi kali ni saya gunakan pula resepi Barbara Bakers yang diambil dari blog Kak Ita. Memula tu plan nak buat swan cream puff tapi daripada banyak2 leher swan yang saya buat tu semuanya tak menjadi. At the end bentuk koman ni la yang jadik ^^


Dengan menggunakan resepi ni, alhamdulillah menjadi cream puff nya, cuma agak terlebih lembut kerana saya tersilap memasukkan lebih telur. Sepatutnya guna 4 biji aje tapi saya ni entah resepi mana yang ditengoknya, termasuklah 5 bijidalam adunan. Aiseyhmann.. nasib baiklah bentuknya tak penyek macam biskut meri.


Untuk intinya pula saya gunakan filling kastard resepi Yanie. Oleh sebab adunan ni agak banyak, satu adunan inti tu tak mencukupi sehingga ada yang terpaksa di makan begitu sahaja. Tak apalah, next time boleh buat lagi. TQ pada yang mengongsikan resepi ni.

CREAM PUFF SWANS
Resepi :
Barbara Bakers
Sumber : Kak Ita
 
Choux Pastry
1/2 cup (1 stick) unsalted butter
1 cup water
1/4 teaspoon salt
1 1/2 teaspoons sugar
1 cup all-purpose flour
4 large eggs

Pastry Cream
3/4 cup granulated sugar
1/3 cup flour
1/4 teaspoon salt
2 cups milk
3 egg yolks, beaten
2 tablespoons butter
1 1/2 teaspoons vanilla bean paste or vanilla extract
1/2 cup whipping cream

Pastry:
Preheat the oven to 425º. Line a sheet pan with parchment paper.
In a large saucepan, bring butter, water, salt and sugar to a boil over medium-high heat. Remove pan from the heat and add the flour all at once. Stir quickly until all the flour is incorporated, about a minute. Return to the heat and cook, stirring constantly, for another minute or two.
Transfer the dough to the bowl of an electric mixer. Beat at medium speed for 1 minute to cool the dough down a little.

Add the eggs one at a time, beating well after each addition; beat until the dough loses its “slimy” look, and each egg is incorporated. (You may only need 3 eggs, depending on your climate.) The dough should be thick, but should fall slowly and steadily from the beaters when you lift them out of the bowl.

Using a pastry bag fitted with a 1/2″ tip, pipe out 12 swan heads. (You’re aiming for something between a numeral 2 and a question mark, with a little beak if you’re skilled and/or lucky.)
Remove the tip from the bag and pipe out 12 swan bodies. These will be about 3” long, and about 2” wide. One end should be a bit narrower than the other.
Use your fingers to smooth out any bumps of points of dough that remain on the surface. Bake 15 minutes, then reduce the heat to 375º and bake until puffed up and light golden brown, about 25 minutes more. Try not to open the oven door too often during the baking.
Let cool on the baking sheet.

Pastry Cream:
In a medium saucepan combine the sugar, flour and salt. Gradually whisk in milk. Cook over medium heat, stirring constantly, until mixture starts to boil. Cook for 2 minutes until thickened.
Remove from stove. Slowly whisk 1/4 cup of the hot mixture into the beaten egg yolks, and immediately add egg yolk mixture to the hot mixture in the saucepan. Cook for 2 more minutes, stirring constantly. Remove from heat and add butter and vanilla. Transfer pudding mixture to a medium bowl. Cover with plastic; refrigerate until well chilled, about 1 hour or overnight.
When pudding is chilled, whip cream to form soft peaks and gently fold in to pudding. Keep covered and chilled until ready to use.

Assemble Swans:
Take a swan body and use a very sharp knife to cut off the top 1/3rd to 1/2. Cut the removed top down the center to make two wings.
Dollop or pipe pastry cream into the body, insert head, and then add wings. Sprinkle with powdered sugar if desired.

********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Sunday, June 5, 2011

Paratha Puff Sardin


Mmmmm... slow sungguh la tenet kat kg nih.. ada banyak n3 yang tertangguh...banyak yang nak dikongsi dengan kawan2 tapi bila nak huplod gambor sekeping pun makan berejam...haduiiiii tensen mak gini...
pagi tadi cheq sue bersarapan dengan paratha puff sardin yang dibuat menggunakan plain paratha jenama KAWAN. satu paket paratha tu menghasilkan 10 biji puff. Jom kita tgk macam mana nak membuatnya


PARATHA SARDIN PUFF
Sumber : Sendirian Berhad

Bahan-bahan :
5 keping plain paratha
1 tin besar sardin
1 biji bawang besar
Sebiji telur
Sekeping slice cheese

Cara-cara :
* tumis bawang hingga layu dan masukkan inti sardin
* paratha puff di potong dua
* letakkan 2 sb inti yang telah dimasak di satu bahagian dan tutup paratha
* kelim bahagian tepi dengan menggunakan garfu
* sapu dengan kuning telur pada bahagian atas
* bakar suhu 170 selama 25 - 30 min

************************************************************************************

Wednesday, May 11, 2011

Cream Puff

Salam petang semua...
Petang ni CS nak tayang satu juadah yang baru je siap dimasak iaitu cream puff. Cream puff ni bukan la kuih pebret CS tapi sesekali bila rasa nak makan oleh je buat. sebenarnya sebelum ni dah beberapa kali buat...cuma yang sedihnya bila dah masak adunan tu tibe2 je mendak/turun/kecut jadik macam...macam ape ye...mcm mulut nenek xde gigi kot....heeee nenek2 jangan marah ye..
cream puff yang CS buat ni adalah dari yani manakala inti kastardnya dari honey. resepi yang biasa CS buat dulu tak tahu pulak siapa punya. kali ni memang bentuknya cun melecun dan tak kecut anymore... yey..yey...
jom kita tgk resepi yang telah di CnP itew...

Cream Puff

Bahan-bahan ( 10 biji - CS dapat dalam 17 bijik)

  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g)

Cara-cara

  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
  2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  5. Masukkan telur, kacau cepat-cepat
  6. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
  7. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
  8. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  9. Spray permukaan cream puff dengan air (CS x spray pun). Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  10. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

Custard cream

Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )

  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega

Cara-cara

  1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
  2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
  4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
  5. ** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.
  6. CS campur semua bahan2 ni dan masak atas dapur, guna api kecik...
 guna nozel munge-munge...comel aje..

 cream custard dah ready...guna susu cair je

 suka sgt2... x kecut pun, elok je stand

tada......selamat dah makan 2 bijik... alhamdulillah