Showing posts with label Daging / Tulang. Show all posts
Showing posts with label Daging / Tulang. Show all posts

Thursday, July 5, 2018

Rendang daging Hitam Manis

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 


Bila cerita tentang rendang, saya mahupun famili memang tak 'berapa'suka makan. Kalau buat memang lambat nak laku. Pernah sekali saya buat 2 kilo rendang daging masa raya, jenuh nak perabiskan. Kalau buat rendang daging ok sikit jika dibandingkan dengan rendang ayam. Sebab itulah saya tak reti nak merendang... he he he


Tapi rendang daging hitam manis ni saya buat baru-baru ni sebab terasa nak makan. Dalam tak suka rendang tu, saya sebenarnya suka rendang Tok (Perak). Oleh sebab malas nak buat rendang yang "otai" ni saya buat rendang biasa-biasa ajelah. Saya buat penghujung Ramadhan untuk dimakan dengan nasi lobak merah di pagi Aidilfitri. Kata My Mek, bubuh sikit jah daun kunyit, sebab kalau banyak-banyak nanti lagi semerbak bau dia. Bimbang pulak takde orang nak jamah. 



Thursday, September 10, 2015

Kambing Panggang Frozen (Perap Segera)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila cerita pasal kambing ni... memang istimewa la bagi saya. Kalau di CH memang susah nak dapat daging kambing segar, kecuali yang dah disejuk beku. Pernah saya menyuarakan kepada My Mek untuk menyembelih kambing semasa Aidiladha nanti... tapi belum ada kata putusnya. Kalau ikutkan saya ni bukan la suka sangat daging kambing, tapi kalau yang dipanggang atau dibakar ataupun steak memang saya suka sangat.

Pernah juga saya bersembang2 dengan adik untuk mengupah orang membuat kambing bakar, tapi setakat itu sajalah. Sembang2 kosong kata orang. Agaknya nak menjdi rezeki, semasa dalam perjalanan bermesyuarat di Terengganu seorang kawan yang kebetulan tinggal di Jerteh mengatakan beliau pernah makan daging kambing bakar yang sangat sedap. Jadi saya pun menempah la untuk cuba jugak... Kiranya semasa balik tu, hantar dia dan terus dapat daging kambing berkenaan yang diambil oleh suami beliau.


Ini la rupa parasnya daging kambing yang telah siap diperap. Semuanya 1 kilo, ada lebih kurang 6 ke 7 keping daging di dalamnya. Kuah cicahan juga didatangkan bersama. Pada saya kuah ni sangat sedap dan kena bila digandingkan bersama daging yang telah dipanggang.



Tuesday, August 25, 2015

Daging Masak Hitam II

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya memang selalu masak daging menggunakan resepi ini. Memang sedap dimakan dengan nasi panas tanpa sedar boleh bertambah  tambah.. Kebetulan pulak dalam peti ais saya ada stok daging yang dibawa dari kampung selepas cuti hari raya (bayangkan berapa lama dok mengeras kat situ...). Masa nak raya tu My Cek ada beli daging... masa tu seekor lembu harganya dalam RM8k-RM10k seekor. Bayangkan berapa besarnya lembu tu. Tapi Alhamdulillah dagingnya tak keras atau liat. Masak kejap pun dah lembut.


Buat sesiapa yang ingin mencuba saya tempekka resepinya di bawah ni.



Friday, October 24, 2014

Bistik Tulang Rusuk

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Ini menu selepas Hari Raya  Haji. Biasalah kan, bila ada lebih2 daging atau tulang, saya ada la bawak sikit ke CH untuk dibuat lauk. Sebatang tulang rusuk dan seketul daging, selalu saya tak bawa banyak pun sebab daging ni tak la menjadi pilihan sangat, tambah pulak dengan pagar yang semakin longgar, makin sakit lah ia kalau makan daging ni...


Tuesday, July 1, 2014

Stik Daging Rusa

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Alhamdulillah... dah masuk hari ketiga berpuasa. Macam mana? Semoga segalanya berjalan lancar. Berpuasa di CH ni tak adalah cabaran mana, bebudak pun faham bila cikgu berpuasa, diorang takde la naik syeih sangat. Cuma yang tak menahan bila kena mengajar diluar kelas... duh aduhhhhh kejap aje pusing kepala. Harapan saya agar korang semua dapat menempuh Ramadan kali ni dengan seadanya.

Back to the n3 today... 

Ini sebenarnya menu sebelum puasa tapi biasalah dok pending manjang dek kesibukan. Haritu dah post resepi pertama daging rusa. Kali ni yang kedua pulak. Sebenarnya ada satu lagi tapi takdan nak ambil gambar sebab masa tu dok lorat bizi nak gi miting.


Resepi stik ni saya korek dari rumah Kak Amie. Katanya di Lahad Datu lagi senang nak dapat daging rusa berbanding daging lembu. 

Bila baca2 resepi tu, saya peraplah semalaman. Cuma yang silap haribulan tu bila keluarkan daging dari esbok, terus saya masukkan dalam kuali, agaknya itulah sebab kejadian stik ni agak tak berapa nak lembut gitu.

Jadi lepas masak sos, saya masukkan sekali lagi daging dag direneh dengan api sederhana. Ada yang lembut, ada jugak yang kekal liat terutama di bahagian yang ada urat tu. Oleh sebab kuantiti dagingnya tak banyak, masaknya sekali makan saja dan digandingkan dengan coleslow ringkas.

Lepas ni nak cuba pulaklah buat stik ni, boleh guna daging lembu. Rasanya memang sedap kecuali bab lenguh gigi nak ngunyah daging rusa tu. Kak Amie, trimas ya!


Resepi Asal: Stik Daging Lembu
Sumber : Masakan Barat oleh Chef Hanielieza

Bahan A:
500 gram daging batang pinang - stik - Amie gunakan daging rusa
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu teh madu ataupun gula
1 sudu makan sos plum

Bahan B:
1 sudu teh serbuk lada hitam
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan C:
(Untuk Sos Lada Hitam)
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan tepung jagung
1 cawan air
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap pekat

Cara Membuat Stik:
1. Daging dipotong lebar setebal 1 cm.
2. Gaul semua Bahan A dan Bahan B dan perap selama 4-5 jam.
3. Masukkan semua bahan ke dalam kuali non-stick dan tutupkan dengan tudung.
4. Masak di atas api sederhana hingga air kering dan daging lembut.
5. Angkat daging dan sediakan sos.

Cara Membuat Sos Lada Hitam:
1. Panaskan semua bahan C termasuk lebihan bahan daging di dalam kuali non-stick.
2. Kacau sehingga sos menjadi pekat.
3. Susun stik daging ke dalam pinggan bersama bahan hiasan pilihan.
4. Tuangkan sos lada hitam.

Friday, June 27, 2014

Daging Rusa Goreng

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Daging rusa ni saya dapat dari Mok Ja yang mana ianya hasil pemburuan adiknya. Ikutkan hati tak nak ambil sebab saya masa tu nak kena mesyuarat di Gambang, kemudian sambung lagi ke Ipoh, tapi fikirkan payah dah nak dapat daging rusa ni, saya ambil dulu dan simpan dalam esbok.

Balik dari Gambang, saya sempat masak ni sekali. Tak banyak pun dagingnya, ada la tiga kali masak. Masa saya makan yang dah Mok Ja masakkan, dagingnya lembut je dan masa tu saya dah rasa lainnya dari daging biasa. 


Dalam sibuk bizi saya tu, tak tahu nak masak apa. Bahan2 masak pun tak banyak ada di rumah. Maklumlah lepas naik cuti sekolah terus masuk mesyuarat dan sambung mesyuarat lagi. Makan tak makan je di rumah. Jenuh jugak nak fikir nak masak apa. Iyalah, benda payah nak dapat jadi nak masaknya tu biarlah puas hati time makan nanri. Fikir2 saya goreng biasa saja, sekali makan habis!

Ada yang lembut dan ada jugak yang agak liat, barangkali kena bahagian yang berurat jenuh la jugak nak menggigitnya. Saya masak ni biasa je, selalu guna daging lembu, tapi kali ni tukar pada daging rusa pulak. Rasanya Alhamdulillah sedap pada saya.

Resepi ringkasnya ada saya catatkan di bawah ni... Bahan2 tu macam biasalah, agak2 dengan kuantiti daging.


DAGING RUSA GORENG
Resepi : Cheq Sue

Daging rusa - hiris nipis
Perap : sos tiram + garam

Bawang besar, cili, halia, kicap pekat
Sedikit minyak

Perap daging rusa dengan sos tiram dan halia lebih kurang sejam
Masukkan daging yang telah diperap ke dalam kuali, masak hingga kering air
Tambahkan minyak masak, cili, bawang halia dan kicap
Masak hingga mesra
Tambah sedikit kicapp
** kalau agak2 tak masin boleh masukkan garam

Thursday, May 8, 2014

Daging Black Pepper

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Untuk apa-apa masakan, saya memang gemarkan jenis berkuah kerana senang nak hadam, kalau lauk kering tu biasanya budu dan ikan aje. Sebab itulah kalau ada yang perasan, kebanyakan resepi yang saya kongsi adalah jenis banjir dengan kuah semuanya,.

Begitu juga dengan daging black pepper ni. Cara dan bahan lebih kurang sama saja dengan daging masak kicap, cuma ada sedikit penderhakaan. Itupun untuk mendapatkan hasil yang lagi sedap, katanya!


Satu hidangan lengkap. Selain berkuah, di dalamnya juga ada sayur, jadi saya hanya masak sejenis sahaja dan dah lengkap semuanya. Ini saya bawa ke sekolah sebagai bekal. Selalu memang lebih banyak lauk dari nasi *_*

Kat bawah ni ada saya tuliskan semula resepi kot2 ada yang nak buat panduan...


DAGING BLACK PEPPER
Resepi : Cheq Sue

Daging lembu - hiris nipis

Bawang besar - mayang
Cili merah - mayang
Daun bawang - potong memanjang

Lobak merah - sagat
Kicap, sos tiram, sos cili
Serbuk lada hitam -secukupnya
Sedikit minyak masak
Air secukupnya
Sedikit bancuhan air tepung jagung
Garam, gula

Cara membuatnya
- panaskan minyak
- tumiskan bawang besar, cili merah, lobak merah dan daun bawang
- setelah agak garing masukkan serbuk lada hitam dan daging
- campurkan sedikit air untuk kuah dan untuk empukkan daging
- bila daging empuk dan air sudah berkurangan masukkan sos cili, sos tiram dan kicap
- perasakan dengan garam dan gula
- pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung
* jika nak kuah lebih, sila lebihkan air

Daging Masak Kicap

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila beli ikan, hari-hari kena makan ikan.
Begitu jugak bila beli ayam, hari-hari kena masak ayam.
Ni saya beli daging, memang jenuh nak masak dan makan hari-hari.

Letih jugak nak fikir nak masak apa. ^_^

Tahu sajalah bila masak untuk seorang, kadang2 kita dah bajet sikit je sekali masak, bila dah siap mak aiii banyak le pulok. Daripada nak makan sekali habis, kena makan sampai dua kali. Saboooo ajelah! Biasa kalau saya masak sikit ni, main campak2 aje. Kalau kata kena tumis, saya renehkan. Sesuaikan dengan masa dan apa yang kita ada.

Seperti juga daging masak kicap ni, mungkin cara saya tak sama dengan cara orang lain. Saya main lebur je semuanya dalam minyak..pastu baru masukkan daging dan masak hingga empuk. Asal boleh makan, tak keras tak liat, jalan....

Di bawah ni saya kongsikan cara membuatnya...


DAGING MASAK KICAP
Resepi : Cheq Sue

Daging lembu - hiris nipis

Bawang besar - mayang
Halia - mayang
Cili merah - mayang
Daun bawang - potong memanjang

Ubi kentang - potong dadu
Kicap, sos tiram
Sedikit minyak masak
Air secukupnya
Sedikit bancuhan air tepung jagung
Garam, gula

Cara membuatnya
- panaskan minyak
- tumiskan bawang besar, halia, cili merah,dan daun bawang
- setelah agak garing masukkan ubi kentang dan daging
- campurkan sedikit air untuk kuah dan untuk empukkan daging
- bila daging empuk dan air sudah berkurangan masukkan sos tiram dan kicap
- perasakan dengan garam dan gula
- pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung
* jika nak kuah lebih, sila lebihkan air

Wednesday, October 30, 2013

Asam Pedas Daging Tulang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Bila lepas raya Qurban, memang banyaklah n3 yang berkaitan dengan daging. Macam2 resepi dikongsikan. Saya pun tak terkecuali. Kalau nak harapkan saya beli daging atau tulang memang jarang2 sebab lambat nak habis. Kebetulan baru2 ni saya ada ambil bahagian jadi saya bawaklah seketul daging dan 3 ketul tulang berisi ke CH. My Mek tu berulang kali dok suruh saya bawa balik, jadi nak tak nak kenalah ambil. Dah ada stok daging tu lepaslah lauk saya seminggu dua. Ha ha ha...


Jadi bila dah ada daging saya carilah resepi di internet untuk mencuba sesuatu yang lain sikit. Biasanya goreng garam kunyit atau buat sup. Tak pun singgang merah tapi kali ni tertarik pulak dengan resepi asam pedas seperti yang dibuat oleh Kak Ita. Kenapa daging tulang? Alkisahnya semua bahan yang saya bawa tu saya rebus menggunakan periuk tekanan. Bila dah guna PC tu tahu2 sajalah, habis lerai tulang dengan daging. Sengaja saya pilih tulang yang ada banyak daging. Seketul tu bila dipotong kecil dapatlah dua kali makan. Cuma macam biasalah, saya ejas sikit bahan-bahannya mengikut kuantiti daging yang saya ada.

Sesekali buat asam pedas daging memang sedap. Layan jugak dimakan dengan nasi panas. Kalau nak cicah roti pun boleh jugak ni. Separuh saya makan di rumah dan selebihnya saya bawa bekal ke sekolah. Nak cerita bila bawa bekal benda berkuah ni memang mudah sejuk sikit. Walaupun guna termos tapi tak tahan panas. Jadi saya bungkus dalam plastik dan rendam sekejap dalam air panas. Mujur jugak dalam bilik saya tu ada kettle.

Tapi yang silap haribulannya dengan resepi ni, bila saya terbubuh lebih asam jawa. Saya gunakan paste asam jawa, jadi agaknya terbanyak dah jadi termasam pulak. Jenuh jugak nak balancekan dengan gula dan garam. Notenya lain kali agak-agak sikit bila guna jenis paste ni.

Kepada Kak Ita dan Kak Lieza, terima kasih banyak-banyak dengan perkongsian resepi ni. Saya copy semula untuk rujukan akan datang.


ASAM PEDAS DAGING
by : Chef Hanieliza

Sumber : Kak Ita (Masam Manis)

500 gm daging - dipotong kecil (ita guna batang pinang)
7 helai daun limau purut
1 pokok daun ketumbar
2 biji tomato - dipotong baji
1 kuntum bunga kantan - ita tambah  saya gantikan dengan daun kesum
2 cwn air
1 cwn air asam jawa
3 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa
1 kiub daging - ita tambah

Bahan Kisar

10 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inc lengkuas
1 1/2 inc halia
3 btg serai
3 biji buah keras
1 inc belacan
4 helai daun limau perut - ita tambah
1 pokok daun ketumbar - ita tambah


Ita kisar sekali daun limau perut dan daun ketumbar bersama2 bahan kisar dan tinggalkan 3 helai daun limau perut untuk disiat2 dalam lauk.
Sekiranyer tidak menggunakan daging batang pinang, seeloknyer daging itu di rebus terlebih dahulu. Dan 2 cwn air tu gantikan dgn 2 cwn air rebusan daging.
Panaskan minyak, tumis bahan yg dikisar hingga garing dan naik bau.
masukkan daging dan biarkan sehingga pecah minyak semula.
Masukkan air asam jawa, ita masukkan sekali kiub daging dan biarkan seketika sehingga daging masak dan empuk.
Kemudian masukkan daun limau perut, tomato dan bunga kantan. Biarkan reheh sehingga pekat dan pecah minyak.
Angkat dan hidangkan dgn taburan daun ketumbar.

Tuesday, October 29, 2013

Daging Merah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Lagi n3 tertangguh perihal daging korban. Seketul daging yang ada nampaknya dah berjaya saya jadikan daging merah, Rasanya tak ada yang tak suka makan daging merah ni, kalau pekena dengan nasi goreng pun sedap. Kalau gandingkan dengan telur mata jadilah nasi goreng USA, pendek kata bila dah buat ni macam2 boleh jadi. Saya makan dengan nasi biasa je, separuh dinner separuh bawa ke sekolah. Kalau tengok nasi tu, itulah periuknya untuk masak 1 pot. Bila guna claypot ni rasa mudah sikit berbanding periuk biasa. Kalau periuk elektrik alamat bahagian bawahnya pun tak tertutup. ^_^


Sebenarnya daging yang saya dah rebus tu terlalu empuk sampaikan bila hiris dia dah tak berbentuk. Hancur la senang kata. Tapi tak apa, bila dah empuk senang sikit nak makan. Kalau tengok dalam gambar tu, kena kuis dulu baru jumpa dagingnya. Saya masukkan lebih sayur supaya jadi hidangan lengkap. Sayurnya cuma brocoli dengan capsicum aje pun. Kuah pulak saya sengaja lebihkan untuk kasih lembab sikit bila makan dengan nasi. Rasanya resepi ni kalau ditambahkan dengan serai atau daun limau purut lagi sedap, ala-ala Thai gitu. Cuma masa buat ni terlupa nak masukkan cili, jadi tak berapa pedas, macam tak kick la pulakkkk.

Apapun, terima kasih pada As yang sudi berkongsi resepi ni. Saya copy di bawah untuk rujukan akan datang.


DAGING MERAH

Bahan-bahan ( 6 orang )
500 gm daging -rebus & ambil airnya (sekiranya suka berkuah)
2 labu bawang besar- di hiris kasar
5 ulas bawang putih -di tumbuk halus
2 inci halia - di tumbuk halus
4 sdb sos tiram
2 sdb kicap- ikut suka
4 sdb sos tomato
2 sdb cili kisar
Lada bengala/lada besar merah @ hijau -dihiris
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
1 sdb perwarna merah- ikut suka nak merah macamana

Cara-cara
Tumis bawang putih dan halia, masukkan lada kering, setelah naik minyak, masukkan sos,sos tiram,kicap dan pewarna merah. Masukkan daging dan garam. Gaul rata.
Tambahkan air rebusan daging tadi jika inginkan sedikit kuah.
Masukkan carrot, lada bengala dan bawang besar.
Sedap di makan dengan sambal belacan. Selamat mencuba...

Monday, October 15, 2012

Opor Daging

 
 
Inilah pelengkapnya nasi lobak merah cheq sue, iaitu opor daging. Sebelum ni memang tak pernah buat pun, kebetulan ada stok daging, tu yang terhasil masakan ni. Kalau tidak, memang guna lauk ayam aje. Kalau daging selalunya digulai, atau just goreng kunyit. Bila dah buat opor ni sekurangnya telah menambah koleksi resepi daging. Tak pasti pulak ya, opor ni resepi ori negeri mana eh? Rasanya lebih kurang gulai kurma / kerutup merah. Apapun, xpelah dari mana pun resepi ni berasal, yang penting rasanya sedap dan kena dengan nasi tumis.
 
Resepi ni cheq sue ambil dari FP Kak Hanieliza jugak yang banyak meletakkan resepi menarik. Kalau siapa yang belum buat tu cheq sue sarankan untuk cuba resepi ni. Meskipun tak makan dengan nasi tumis, sedap juga kalau dimakan dengan pulut kuning atau nasi putih biasa. Boleh jugak kot kalau nak gantikan dengan ayam kalau tak ada daging. Heeeee...pepandai aje.
 
Buat penyumbang resepi ni, tq very much atas perkongsian. Wassalam.
 
 
OPOR DAGING
Resepi : Kak Liza (Hanieliza)

Bahan
1 kg daging [hirskan nipis dan bersihkan]
1 biji kelapa [4 cawan santan]
2 s/b kerisik tak masukkan
1 s/b gula perang atau gula merah lembut [soft brown sugar]
3 s/b rempah kari daging ]
1 s/k jintan manis ] gaulkan 
1 s/k jintan putih ] termiss lak 2 jintan ni
3 keping asam keping
minyak
garam


Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih


Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai


Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin & rempah daging yg digaulkan dan kacau rata.
3. Masukkan daging dan kacau rata sehingga nampak naik minyak.
4. Masukkan santan dan biarkan reneh denagan api yg kecil sehingga mendideh dan daging lembut.
5. Masukkan gula, garam, asam keping dan kerisik dn kacau lagi. Biarkan naik minyak.
6. Hidangkan dengan nasi putih/minyak atau ketupat atau pulut kuning. 

Stylish Thankyou

Tuesday, February 7, 2012

Rendang Daging Hitam Manis


 
 
Pagi hari ni, jom la layan mata dengan menu yang sudah tiada. RDHM ni cheq sue buat 2 hari lepas setelah dapat stok daging seciput.  Sejak kebelakangan ni memang teruja sangat nak cuba resepi rendang walaupun tak berapa gemar. Tak salah mencuba, menambahkan skill memasak dan bersuka-suka.

Istimewanya rendang ni adalah penggunaan kicap manis. Selalunya orang tak bubuh kicap kan? Rasanya sedap jugak, manis masin dengan rempahnya tu memang sedap dimakan dengan nasi panas. Kalau dapat makan dengan pulut kuning ke, nasi impit pun gerenti sedap. Yang ni cheq sue makan dengan nasi aje. Bawa ke rumah kawan, sedap katanya. Padahal untuk 1st time ni cheq sue termasin sikit. Biasalah kalau buat tak banyak (dalam 100g daging je), payah jugak nak agak bahan2 tu. He he he... Tapi walaupun sedikit berbaloi tau bila buat...memang layan habis laaaa.............. Pasni InsyaAllah nak buat lagi, boleh jugak kot rasanya digantikan dengan ayam, mudah sikit nak dapat berbanding daging.

Bagi sapa yang gemar makan rendang tu boleh la cuba resepi ni. Memang lain dari biasa dan dapat menambah koleksi resepi rendang. TQ pada Kak Diana yang sudi berkongsi resepi ni. Wassalam...
 


 
RENDANG DAGING HITAM MANIS
Sumber : Kak Diana
Resipi Oleh ~ Chef Hussin Khan @ Studio Masakan Chef Hussin ( TQ )
:: Sumber ~ Majalah Aroma, Dec 2011 ( TQ )


Bahan²

600 gm daging lembu _ dipotong kecil
2 batang serai _ diketuk
5 sudu besar kerisik
3 sudu besar kicap manis _ (Diana guna kicap pekat manis ABC + sedikit kicap/caramel pekat Loon Kee - cheq sue guna kicap kipas udang je + kicap pekat sikit )
2 sudu besar cili giling
200 ml santan kelapa
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
20 gm daun kunyit _ dihiris halus
Garam dan gula secukup rasa _ ( Diana & cheq sue guna gula melaka )
Minyak untuk menumis

Bahan² Kisar

7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
30 gm halia
20 gm lengkuas

Cara²
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama cili giling hingga naik baunya.
Masukkan bunga lawang, kayu manis dan serai lalu ditumis seketika.
Tambahkan kicap manis dan kacau sebati.
Masukkan daging dan santan.. Masak hingga daging empuk.
Kemudian masukkan kerisik dan kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Taburkan hirisan daun kunyit dan gaul rata.
Angkat dan sedia untuk dihidang.


Monday, February 6, 2012

Daging Lompap...Podah Le Pulak Jang Oiiiii...


 
 
Di sana dan di sini sibuk orang cerita tentang daging lompap. Cheq sue memang pantang sangat  bila ramai2 dah cuba, mesti nak cuba jugak. Bila ada stok daging, dan kebetulan ada member bagi celerry, terus aje jalankan projek untuk lunch semalam. Tak banyak pun buatnya, dalam 200g je kot, itu pun tak habis sekali makan. Oleh kerana cheq sue tak berapa makan pedas, dengan daging yang sedikit tu cheq sue masukkan sebiji aje cili. Tapi x tahulah, rupa2nya cili tu pesen yang pedas, memang pijar rasanya kat mulut. Sudahnya tak berapa menikmati daging lompap dek kepedasan tu. Agaknya orang cam cheq sue ni x sesuai nak cuba2 resepi belah2 N9 @ Melaka yang pedas2 berapi tu, kang tak pasal2 orang kata sedap, kita pulak xleh nak komen...

Apapun bagi penggemar masakan pedas @ daging, disarankan agar mencuba resepi ni tau. Dah ramai jugak di kalangan kita yang mencuba, ada yang makan dengan nasi, dan ada juga yang menggandingkannya dengan nasi impit. Kalau ada kelapangan tu sila la cuba ya. Wassalam...






DAGING LOMPAP
Resepi : Kak Cek
Sumber : Noorsha
Cuci mata : Izah, Mas, Kak Ayu, Kak Madihaa, Kak Sheila, Kak Zura, Ct Zaliedana
 
 

BAHAN-BAHANNYA :
500 - 600 grams daging
dipotong sederhana kecil...dicuci...ditoskan..
13 biji cili padi  *
3 biji cili hijau  *
1 biji bawang besar  *
1 inci halia  *
2 ulas bawang putih  *
1 batang serai dititik
 2 biji cili merah dipotong serong2
1 batang celery dihiris2
1 ketul chicken cube
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam keping
Minyak secukupnya untuk menumis
Sedikit air
 
CARA-CARA PENYEDIAANNYA...
Kisar sume bahan2 yang bertanda  *
Panaskan minyak...tumiskan sume bahan2 kisar dan serai...hingga naik baunya...
Masukkan daging....kacau sebati....tutupkan kuali...kecikkan api....sekali sekala...dikacau..tambahkan air...jgn byk sgt...tutupkan kuali semula...biarkan daging empuk...
Masukkan chicken cube...garam dan gula secukup rasa....masukkan jugak asam keping...biarkan kuah agak pekat sedikit....akhir sekali masukkan hirisan cili dan celery...kacau sebati...siap dah...tutupkan api....

Friday, December 2, 2011

Singgang Tulang Empat Ketul.... Terkilan & Kecewa!!!


 
 
Haishhh...geram betul rasanya dengan orang jual gas ni, dari tengah hari kita nelepon nak beli gas sampai sekarang dia tak hantar2 lagi. Nasib baik ada portable stove, dapat gak la cheq sue buat singgang ni untuk lunch. Dah dekat seminggu lebih rasanya x bersilat di dapur dek kehabisan gas. Masak ni pun sebab nak habiskan tulang korban yang dibawa dari kampung. Dah masuk tahun baru stok korban baru habis. Isk isk isk...sadisnya... Padahal bukan banyak pun, 4 ketul aje tulang rusuk, kalau bawak sekilo mesti kena bawak balik kampung semula....

Singgang tulang ni memang la feveret orang Kelantan. Mungkin ada pelbagai cara dan kaedah memasaknya. Cheq sue masak ni mudah2 aje, tulang pun tak banyak. Semua main lebur aje dalam periuk. Yang penting bila rebus tu kena pastikan daging betul2 empuk. Kalau nak tengok versi yang pernah cheq sue buat dulu boleh klik kat SINI... :). Kalau ikutkan hati memang malas nak masak. Korang bayangkan lah ye, dengan 4 ketul tulang tu macam terpaksa aje... :x

Okeh...kita tinggalkan cerita tentang singgang tulang yang dah selamat kat dalam perut ni. Terkilan dan kecewa, itulah ayat yang paling sesuai cheq sue gambarkan dengan peristiwa yang berlaku semalam. Mungkin semua dah maklum yang MIEZA datang ke Cameron untuk kursus fotografinya. Dia ada memaklumkan pada cheq sue yang dia akan menaiki bas POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH dan ke mana destinasinya. Dalam perjalanan ke dewan peperiksaan, cheq sue ternampak la bas tu, ternampak beberapa orang tengah meneropong, menembak di persekitaran ladang teh. Hajat hati nak singgah tapi xsempat sebab dah lambat. Aduiiiii memang terkilan sangat. Bila baliknya dalam pukul 5 lebih, ternampak bas lagi bas tu di Kea Farm, tapi sayang bas tu baru aje bergerak pergi. Cheq sue ingatkan sempat la cari Mieza di sana tapi nampaknya xde jodoh lagi untuk kami berjumpa. Dari Kea Farm sampai ke Kampung Raja cheq sue hanya mampu pandang bas tu dengan penuh rasa kecewa. Nak buat camana, bas tu di depan cheq sue aje, tapi rasa tak mampu pulak kalau nak suruh bas tu berhenti. Huuuuuuuuuuuuu.... sedih, terkilan sangat.. -_- Mmmmm xpelah, mungkin lain kali kot.... Maaf ya Mieza!
 
Pada kawan2 yang lain, kot2 ada yang nak datang ke CH tu, bolehlah maklumkan pada cheq sue. Mana la tahu cheq sue xde ke mana-mana boleh la kita berjumpa bertemu mata... He he he... Wassalam...
 



 
SINGGANG TULANG
Resepi : Cheq Sue
Bahan-bahan :
  4 ketul tulang rusuk - rebus empuk
kunyit 1/2 cm @ 1/2 sudu kecil kunyit serbuk
lengkuas 1 cm 
halia 1/2 cm
cili boh 2 sb (boleh jgk guna cili kering)
bawang merah 1 biji (sedang)
bawang putih 1 biji (kecil)
asam gelugur 1 keping
gula & garam secukupnya

 Cara membuatnya :
1. tumbuk semua bahan kecuali tulang rusuk, asam gelugur, gula dan garam hingga agak2 lumat
2. masukkan ke dalam tulang yang telah direbus terlebih dahulu. Kuah tu agak2 la yang diingini
3. setelah mendidih, masukkan asam gelugur dan rasakan gula dan garamnya