Showing posts with label Eksotik. Show all posts
Showing posts with label Eksotik. Show all posts

Monday, October 22, 2018

Makan Kulit Lembu??

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ok, meh sini nak cerita. Pernah makan ke idok kulit lembu? Haa, iyalah kulit lembu atau perkataan yang lebih sopannya adalah belulang lembu. Apa? Boleh makan? Eh memang la boleh makan sebab itulah saya upkan di sini.

Yang sebenarnya kalau dekat Indonesia kulit lembu ni memang diorang makan, samada di masak gulai / sup boleh juga diproses buat keropok. Kebetulan raya Haji tahun lepas 2017 ada sorang abang ni proses belulang lembu tu dibuat sup dan dibawa makan makan di surau dekat kampung. Masa tu la semuanya kepelikan, tapi habis licin sup yang disediakan. Rupa rupanya sedap wehh, macam sup kaki gittew.


Yang ni saya buat air asam sama macam air asam kaki lembu seperti yang pernah saya updatekan dibawah label EKSOTIK.

Nak dijadikan cerita, semasa Aidiladha 2018 baru baru ni, saya dan abang sesaja nak try proses kulit lembu yang ada di rumah (kebetulan ayah saya buat korban). Tak banyak la, dalam sekeping aje, tapi bila dah siap timbang timbang semua dalam 3 kilo jugak rupa rupanya.

Cara dia macam ni...



Thursday, April 9, 2015

Belut Tumis Halia





Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Ini resepi belut yang kedua. Belen dari belut paprik. Maklumlah beli sekilo, memang banyak dapatnya. Tukang yang makan pulak memang kurang. Belut yang saya bawak tu dah siap digoreng, kira ni macam perangat semula dan tambah bahan2 lain untuk upkan rasanya.


Saya masak ni ala2 simple je. Sebab tak nak yang berkuah, kalau boleh biarlah kering2 sikit baru sedap nak makan. Guna bahan lebih pada campak-campak, mungkin setiap orang ada cara yang lain.

Tuesday, March 31, 2015

Belut Masak Paprik

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Anda2 semua makan belut tak?

Saya makan, mula makan baru aje. Masa tu masak paprik, dekat kedai. Harga boleh tahan. Kalau belut masak sup... atau gulai ke saya tak pernah try lagi. Setakat ni kalau makan pun hanya yang kering2 dan bergoreng sahaja.

Balik kampung awal tahun dulu saya cuba masak sendiri belut ni. Beli dekat Pasar Pasir Puteh harganya RM18 sekilo. Dah lama cadang nak beli tapi asyik nampak belut saiz kecil, bila nampak saiz agak besar saya on ajelah. Dalam masa yang sama terfikir jugak boleh ke masak sendiri nih. Tapi sebab belut tu dah siap siang, dah potong2 maka kurang la sikit tahap 'kecelaruan minda' tu... Balik rumah tinggal bersihkan saja dengan asam limau nipis.




Thursday, March 12, 2015

Tumis Pedas Kulat Sisir (Cendawan Kukur)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Waktu nak balik ke CH dari cuti sekolah tahun lepas, nampak ada kulat sisir yang dah kering atas meja makan di rumah. Cepat2 mintak dengan mek. Kalau yang kering nampak je sikit, tapi lepas jugak la dua kali makan. Kalau musim kulat sisir memang akan ada yang dikeringkan sebab tak habis makan sekaligus. Dan jika bernasib baik sayalah yang akan angkut menghabiskannya.



Bila dah bawak ke CH melepak pulak kulat tu kat meja rumah saya. Hinggalah satu hari dok melilau cari benda nak masak, ternampak plastik kulat sisir tu. Apa lagi... terus sajalah saya rendam dengan air. Sekejap saja dah kembang dan boleh terus dimasak.


Saturday, April 14, 2012

Teresek Jantung Pisang


 
 
Ini adalah masakan kedua yang cheq sue bawak pada potluck semalam
Kebetulan ada banyak jantung pisang, rezeki kawan2 boleh makan 
Nak buat teresek ni ada macam2 versi
Yang cheq sue ni versi suka hati aje
Cheq sue pernah tgk orang letak budu kat dalamnya
Kerisik pun boleh masukkan
Terpulanglah pada citarasa masing-masing
Mmmmm, xleh nak cakap banyak ni, nak ke hospital nengok anak member
Nanti balik kita jumpa eh..
Wassalam...
 


 
TERESEK JANTUNG PISANG
Resepi : Cheq Sue
 
Bahan-bahan :
 
2 biji jantung pisang 
* dihiris dan celur sekejap. Masukkan sedikit minyak masak semasa mencelur. Toskan air
2 ekor rangka ayam @ boleh guna bahagian isi - potong kecil
 Kacang panjang @ buncis - potong serong
Cili merah @ cili kampung @ lada solok kelantan 4 biji - hiris serong

5 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 sk ketumbar - sangai
Sehiris lengkuas & kunyit hidup
5 biji cili kering
Serbuk kari 
 * tumbuk lumat dan sebatikan

Santan dari 1 biji kelapa - sederhana pekat (kalau suka berkuah boleh lebihkan)
Garam, gula, nissan, asam jawa
Minyak masak
 
 
Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga wangi dan garing
Masukkan rangka ayam yang telah dipotong kecil. Masak hingga ayam empuk
Masukkan jantung pisang yang telah direbus, gaul hingga mesra dengan rempah dan ayam. Tambahkan juga sedikit nissan dan asam jawa
Setelah berapa ketika, masukkan santan, kacang dan cili
Perasakan dengan garam dan gula
Masak hingga mendidih dan pecah minyak
Bila nampak kuah dah pekat bolehlah diangkat

Nota :
Selalunya bila dah sejuk teresek ni akan kurang kuahnya sebab diserap oleh jantung pisang.

Monday, July 11, 2011

Menu Eksotik - Kerutup Kering Belalang Kunyit

Assalamualaikum & salam bahagia

Hai semua... Pagi ni cheq sue nak kongsikan satu resepi eksotik yang memang menjadi febret cheq sue dan keluarga. Belalang kunyit @ grasshopper. Haaaaaaa korang pernah makan tak? Belalang ni kalau musim hujan banyak la dapat kat sawah2 yang ada pokok "menerong". Biasanya kalau orang cari lepas Isyak sampai ke pukul 2 3 pagi. Pengalaman dulu2 pernah jugak mencari belalang dengan mek. Bawak pelita yang dikenali dengan "DEGHO" (pelita yang diisi dalam tin minyak yang dibelah dua-jinjit sebelah tangan). Belalang yang dikutip secara manual ni pulak akan dimasukkan ke dalam bekas yang dikenali sebagai "BOLONG" (bekas yang bahagian atasnya kecik kira2 belalang susah nak keluar). Tapi sekarang ni takut dah nak pergi...dengan lintah, pacat dan kadang2 mungkin serangga/haiwan berbisa...baik beli jika ada yang mencari. Tapi sekarang ni agak susah jugak nak dapat sebab sawah dah kurang, banyak dah naik rumah banglo, pastu pokok menerong pun dah tak berape ade..
So masa balik kg minggu lepas, agaknya dah rezeki cheq sue nak makan belalang, dapat la beli secupak (RM5). Kalau sesape yang pernah masak ni tahu lah betapa seksa nak siapkan dia. Belalang tu kan ada sayap...kali belakang dan najisnya...so bende tu perlu dibuang satu persatu. Ye lah...kalau nak makan kang tak tertelan pulak...
So dengan gambar2 ni korang perhatikan la ye...macam mana caranya... tapi sebelum tu cheq sue nak mintak maap la atas saiz extra-large ni...jelas sikit nak tengok di hari tua nanti...

KERUTUP KERING BELALANG KUNYIT
Sumber : Sendirian Berhad

Bahan-bahan :
- 2 cawan belalang (telah dibersihkan) *
- 4 ulas bawang merah *
- 1 ulas bawang putih *
- 1 sb ketumbar *
- sedikit kunyit hidup & lengkuas (1 cm) *
- 2 sb cili boh **
- 2 sb rempah @ 'awah' Selising **
- 2 keping asam gelugur
- santan pekat dari sebiji kelapa
- garam dan gula secukupnya

Cara-cara :
- tumbuk lumat bahan *
- gaul sebati dengan bahan **
- masukkan santan ke dalam kuali dan masukkan bahan yang telah ditumbuk lumat (* dan **)
- masukkan belalang
- bila sudah mendidih, masukkan asam gelugur, gula dan garam secukupnya
- masak sehingga  kering (perlu dikacau selalu) supaya masak sekata dan garing


Inilah rupanya belalang yang telah siap dicelur air panas dan digoreng seketika. Antara nama2 belalang yang mungkin termasuk sekali dalam tu adalah belalang kunyit, belalang minyak, belalang 'peroh' (yang bersaiz besar) dan  belalang kacong (yang ni xleh makan, tak tau ngape)

Ini pulak sayap dan "kateh" (kaki belakang belalang) yang telah siap diasingkan.. Tak makan tau, rezeki semut pulak

 Ini pulak belalang yang telah dibersihkan. Sekarang kena pisahkan kepala dan badan untuk membuang najisnya. Walaupun diet belalang ni hanyalah rumput2 dan tumbuhan, tapi tak sanggup jugak nak makan. Bila dah siap, belalang perlu diulang basuh beberapa kali sehingga air tapisan menjadi agak jernih

Okeh...sekarang dah boleh masak. Biasanya belalang ni lebih mudah jika dimasak dalam kuali sebab nanti senang nak kacau, terutama bila masa nak keringkan / garingkan dia. Kalau kuah tu banyak, biasanya akan dikeluarkan separuh (bila dah mendidih) sebab nanti lambat pulak untuk belalang ni kering

Ini pulak yang dah siap dimasak. Bila dah part ni memang sedap la...garing, macam makan snek aje. Selain dimakan dengan nasi, sedap jika dicecah dengan pulut... Rasanya ala2 rendang je kot...


Mmmmmmmm...camana kawan2.... Jangan terperanjat pulak ye....

Saturday, June 11, 2011

Air Asam Kaki Lembu

 N3 kali ni merupakan lauk lunch tadi. kalau tengok ke tajuknya cheq sue x pastilah korang pernah atau tak pernah makan lauk yang sebegini. Lauk ni memang kegemaran cek dan anak-anak. Kira-kira ni menu superb la kat rumah.
Semalam, dia bawak balik kaki lembu yang sudah siap dipotong-potong.
Meh cheq sue terangkan sikit ye... kaki lembu tu perlu dibakar, jangan sampai hangus hitam legam lak cukup sekadar hangus bulu2 di kulitnya saje... dapat tak korang bayangkan? Ni memang guna bahagian kaki je tau... kaki yang jalan2 tu ler....
bila dah hangus tu, ia perlu dikikis pulak bagi menghilangkan bulu yang ada... kiranya ni nak dapatkan isi / bahagian belulang  / kulit pada kaki tersebut tu ler.. dan bila dah bersih, bolehlah dihiris dan dipotong kecil2. bila dah dibersihkan, ia perlu direbus 2 3 jam sebab bahagian ni agak liat sikit, plasticky gitew (ade ke istilah ni....) tapi serius gua cakap beb, lauk asam ni memang masyuk, sedapppppp hingga menghirup kuah.
untuk membuat asamnya pula, biasanya xdan orang lain buat sebab cek akan buat sendiri dan kitorang akan guna yang tu je... (kire2 yang orang lain buat x kene la tu dengan selera die...). kot-kot ada yang nak cuba, ni ye resepinya. kuantiti bahan2 tu tak dapat dinyatakan sebab bergantung pada citarasa memasing.

AIR ASAM KAKI LEMBU
Sumber : Sendirian Berhad

Bahan-bahan :
- semangkuk kaki lembu yang siap direbus
- belacan
- cili padi kampung
- asam kerat lintang @ asam kiya
- garam kasar
- daun kesum

Cara-cara :
- masukkan belacan, cili padi, garam dan daun kesum dalam mangkuk. ramas2 / tumbuk2 manja hingga keluar bau
- perah limau secukup masam
- masukkan sedikit buat rebusan kaki lembu dan sebatikan (garam hancur)
- campur ke dalam mangkuk yang mengandungi kaki lembu yang telah direbus
- sedia di makan

inilah ghupenye kaki lembu yang telah siap diproses dan sedia untuk direbus. kalau diperhatikan betul2 nampak macam belulang tapi bila dah masak rasanya agak2 rangup jugak. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhh susah la citer.. harap korang paham la yer.... tp bg cheq sue, 15 bintang utk resepi ni