Saturday, April 14, 2012

Teresek Jantung Pisang


 
 
Ini adalah masakan kedua yang cheq sue bawak pada potluck semalam
Kebetulan ada banyak jantung pisang, rezeki kawan2 boleh makan 
Nak buat teresek ni ada macam2 versi
Yang cheq sue ni versi suka hati aje
Cheq sue pernah tgk orang letak budu kat dalamnya
Kerisik pun boleh masukkan
Terpulanglah pada citarasa masing-masing
Mmmmm, xleh nak cakap banyak ni, nak ke hospital nengok anak member
Nanti balik kita jumpa eh..
Wassalam...
 


 
TERESEK JANTUNG PISANG
Resepi : Cheq Sue
 
Bahan-bahan :
 
2 biji jantung pisang 
* dihiris dan celur sekejap. Masukkan sedikit minyak masak semasa mencelur. Toskan air
2 ekor rangka ayam @ boleh guna bahagian isi - potong kecil
 Kacang panjang @ buncis - potong serong
Cili merah @ cili kampung @ lada solok kelantan 4 biji - hiris serong

5 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 sk ketumbar - sangai
Sehiris lengkuas & kunyit hidup
5 biji cili kering
Serbuk kari 
 * tumbuk lumat dan sebatikan

Santan dari 1 biji kelapa - sederhana pekat (kalau suka berkuah boleh lebihkan)
Garam, gula, nissan, asam jawa
Minyak masak
 
 
Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga wangi dan garing
Masukkan rangka ayam yang telah dipotong kecil. Masak hingga ayam empuk
Masukkan jantung pisang yang telah direbus, gaul hingga mesra dengan rempah dan ayam. Tambahkan juga sedikit nissan dan asam jawa
Setelah berapa ketika, masukkan santan, kacang dan cili
Perasakan dengan garam dan gula
Masak hingga mendidih dan pecah minyak
Bila nampak kuah dah pekat bolehlah diangkat

Nota :
Selalunya bila dah sejuk teresek ni akan kurang kuahnya sebab diserap oleh jantung pisang.

11 comments:

  1. kesukaan akk di sue, lama tak buat n tak mkn

    ReplyDelete
  2. cheq sue,sedapnya teresek..teringat kak ros pada teresek kacang panjang dan kopeh aye hak che kak Ros buat....sedapnya..nak balik kampung tak tahu la bila.

    ReplyDelete
  3. Salam Cheq Sue.slmt berhujung minggu.teresek jantung pisang...sedapnya.dah lama tak masak ...kat Cairo tak da org jual jantung pisang.teresek ni teringat aruah nenek...dulu arwah suka masak teresek bila ada kenduri kat kg.

    ReplyDelete
  4. Salam Cheq Sue..waahh..feveret yana nii..dh lama xmkn..nnt kna cr jantung pisang lah..tibe plak rs nk mkn :-)

    ReplyDelete
  5. salam cheqsue..nmpk dari tigkap ada teresek jantung pisang..dan2 terpa mai..sedapnya...dah lama tak makan neh

    ReplyDelete
  6. tun x pernah dgr pun teresek nih. tgk cara masak pun, mcm jakun je. hihi..

    ReplyDelete
  7. akak tak pernah makan ,tapi nampak menarik boleh cuba ni

    ReplyDelete
  8. salam cheq sue..mokwo rindu akan masakan nih...serindu mokwo pd mama n papa n kampung halaman ku!

    ReplyDelete
  9. sedapnya teresek, lama dah xbuat...

    ReplyDelete
  10. salam sue
    kerana terleiur tgok mcm sedap tak terkata.. kak ilah dah print resepi..tah bila nak masak..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]