Saturday, April 21, 2012

Roti Jala... Ye La Roti Jala!




 

Wahhhh...harini kerja ye. Selamat mengganti sekolah ye cikgu cikgi semua....

Eh, roti jala... Mmmmm sekarang ni kan, pesen roti jala ni dah ada macam2. Bukan setakat yang dikirai dalam bulatan tu aje, tapi dah ada bentuk tikar, mahupun yang serong2 gitu. Cheq sue baru baru 1st time buat roti jala versi tikar ni, baru ngetes acuan muncung  3 yang dah berzaman dalam simpanan. Memang agak kekok jugak untuk permulaan ni, tapi seronok la guna sebab tak comot macam acuan biasa tu.

Untuk resepi roti jala ni, tak sengaja ternampak di blog yana, macam tergerak aje nak cuba. Tengok bahan2 tu tak banyak. Bila buat tu memang tak dapat banyak, dapat sekali makan. Dan sebab nak makan tu sendiri lah cheq sue tak buat kuah ape pun, cuma cicah aje dengan gula. Aishhh.. Macam sayu aje kan bila makan dengan gula, sampai member pun tanya ngape makan tu aje. Bukan ape pown...mengabiskan gas aje nak mengari. He he he...

Kalau sape yang tak berapa ramai ahli nak makan ni, boleh la cuba resepi ni pulak. Xde la pikir nak habiskan camana. Memang tak mengecewakan la resepi Che mat ni. TQ semuanya

Wassalam...




ROTI JALA
Resepi : Che Mat @ DTS
Sumber : Yana



BAHAN-BAHAN :
1 cawan tepung gandum

3/4 cawan air

1/2 susu segar

2-3 titik pewarna kuning

1 biji telur

3 camca besar mentega air (atau minyak zaitun) yana guna minyak zaitun 
minyak masak je
Secubit garam

CARA NAK BUAT :

Satukan semua bahan2 di atas. Kacau rata dengan whisk dan tapis bancuhan tadi. Ketepikan 10 minit. cheq sue whisk dan tapis
Panaskan non-stick pan, mat guna saiz 10 inci. Lenser dgn sedikit minyak zaitun ( lap dgn paper towel bersih yg dicelop sedikit minyak ). Bila panas, paipkan adunan yg telah diisi dalam acuan botol bermuncung tiga secara zig-zag. Kemudian buat kaedah sama tapi kali ni bertentangan jaluran tadi.

2 comments:

  1. Morning Cheq Sue,
    memang sekarang ni di sana-sini nampak lawa-lawa aje rupa roti jala, tertarik hati orang nak makan tengok warna-warninya... he he heh

    ReplyDelete
  2. Salam..ala-laaa laaaa..ciannya dia main cicah gula...Tak pe janji jala dia pun nampak cantik...Tapi klu tak sempat buat kari, masak tumis sardine pun boleh gak..ikut seleralah kannnnn

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]