Showing posts with label Tempahan. Show all posts
Showing posts with label Tempahan. Show all posts

Tuesday, November 27, 2012

Rangkuman 3 Order


Haaaa... kan senang, masuk je terus baki tempahan yang lalu. TQ pada semua yang menempah. Untuk tahun 2012 yang bakal melabuhkan tirainya tak lama lagi, Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah beri. Halalkan mana2 resepi yang di guna untuk berjual beli, semoga bertambah2 lagi keberkatan kita semua.

Meh la kita lihat untuk kenang-kenangan dan rujukan masa depan...

Kek Span Coklat + Mousse ~ SEMEKAR

Kek span coklat dengan filling choc mousse. Cukup suka sebab dah lama dok berangan nak buat kek mousse, baru dapat dan sedap. Dapat makan sebab order dari sekolah pada last day haritu.

2 kg ++


 Kek Span Kopi + Coklat ~ Adik

Kek span kopi + coklat ni dibawa ke Tanah Rata oleh adik cheq sue yang mengganti di sana. Tak tahu la camana, sedap ke tidak, lupa nak tanya. Harap2 berpuas hati. Just simple touch.


Kek kanak-kanak ~ Khairul

Kek tempahan staf sekolah untuk pelajar pra isterinya di SJKC Tringkap. Simple touch juga. Span strawberry dengan peach.



Versi cuppies, macam aiskrim

Apapun semuanya, terima kasih atas sokongan. Luv ya!!


Stylish Thankyou

Friday, November 9, 2012

Blueberry Cheesetart ~ Kak Anah

 
 
Kenangan tempahan cheesetart yang pertama. Hasil yang terbaik dengan filling yang elok sangat kejadiannya. Cheq sue masih lagi menggunakan resepi yang sama cuma saiz tart ni adalah 4.5 cm memandangkan ianya ditempah untuk makan-makan semasa majlis baca Yaasin di rumah puan GPK Ko kami iaitu Kak Anah. Kalau guna acuan yang biasa tu macam besar sangat pulak. Kiranya tempahan ni merasmikan lah 4 dozen acuan tart yang baru cheq sue tambahkan dalam koleksi.
 
 
50 biji cheesetart dengan deco simple.Untuk fillingnya tu cheq sue mix guna food processor, agak lama jugak sampai dia sebati.
 
 
Walaupun shell agak comot, alhamdulillah senang je nak keluarkan dari acuan. Untuk resepinya boleh klik kat sini. TQ pada yang mengutarakan resepi tersebut. Wassalam
 
Stylish Thankyou

Saturday, November 3, 2012

RVC Untuk Makan-Makan ~ Atikah

 
 
RVC permintaan Atikah. Simple CC deco. Cuma rasa macam merah tu tak kena sangat, jadi dark red gitu. Harap2 beliau berpuas hati.
 
 
Stylish Thankyou

Friday, November 2, 2012

Kek Apa-Apa ~ Krishna

 
 
Tempahan hari Isnin lepas oleh seorang rakan sekolah. Katanya nak kek apa-apa. Senangnya cerita, buat ajelah kek yang cheq sue tahu dan deco pun ala-ala perasan sweet gitu. Lupa nak tanya camana feedbacknya, moga2 berpuas hati. Sebenarnya bila dah lama tak baking, memang ketar tangan jugak.. :)
Dedikasi khas buat semua pelajar, semoga sukses dalam SPM 2012 dan good luck. Wassalam
 
 
Cappucino sponge cake + blueberry
 
Stylish Thankyou

Monday, October 8, 2012

1st Order Carrot Cake

 
 
Pertama kali buat carrot cake. Sebelum ni dah pernah buat versi cuppies. Tak jelas camana rasanya tapi sangat minat nak mencuba. *_* Kek ni ditempah oleh seorang staf sekolah yang mahukan kek ni dengan cream cheese aising. Cheq sue menyahut cabaran dan terhasil kek comel ukuran 7" denga berat 1 kg ++.
Untuk deconya cheq sue letak biasa-biasa aje. Kalau dilihat kek ni agak kembung sebab cheq sue tutup dengan aluminium masa bakar (takut hangit). Lepas tu sayang pulak nak potong bagi rata, jadi go on aje dengan gayanya macam bukit aje.
 
 
Dengan kek ini jugaklah cheq sue dapat ber SMS panjang lebar dengan tokeh kek di Sabah yang dah agak lama menyepi. TQ Zack atas beberapa perkongsian dan tunjuk ajar. Sangat berguna.

Harapnya Che Mat yang menempah ni berpuas hati... Wassalam...

Stylish Thankyou

Sunday, October 7, 2012

Happy Birthday Nur A'dani

 
 
Basket wave yang tidak menjadi. Ni kali ke2 cheq sue deco kek bakul. Untuk hasilnya memang kurang memuaskan sebab x smooth dan macam penyek aje. Lepas ni kena guna nozzle lain untuk tiang bakul. Nozzle basket tu pun macam nipis sikit. 
 
Ini adalah tempahan Cikgu Risha untuk anak sulungnya bulan lepas. Cup cake kat bawah tu (untuk dihantar ke sekolah pra) dan kek span bunga-bunga tu untuk makan-makan di rumah.
 
 
Kalau tengok kat bunga-bunga atas tu macam kek kawin-kawin pulak ya...
 
 
  Inilah yang tak puas hati tu. Memang nampak sangat lapisa basket tu nipis. 

 
Ini pula cup cake coklat dengan choc rice aising buttercream dan biskut oreo. Ini pun 1st order. Memula nak paip guna nozzle rumput tapi tak fikir pula bila dah masukkan choc rice payah la nak keluar. Ish ish ish...

Apapun harap yang menempah berpuas hati. Wassalam.

Stylish Thankyou

Wednesday, September 26, 2012

Anniversary Cake

 
 
Lagi tempahan kek. Kat draft ada 2 3 resepi nak post tapi tak sempat nak link kan lagi resepi dari sumber asal, tu yang tak keluar lagi. Nantilah slow2 cheq sue masukkan. Untuk kek ni, ianya ditempah oleh cikgu sekolah, Puan Siti sempena ulangtahun perkahwinannya yang ke tiga. Kek 1/2 kg ni adalah shortcake dengan hirisan peach di dalamnya (dengan permintaan).
 
 
Kek ni juga yang pertama cheq sue buat rose (bagi tempahan). Barulah kena dengan tema ulangtahunnya tu. Agak sukar jugak buat rose guna whip cream. Tambah2 memang dah lama tak buat, tangan memang menggeletar.  Cuma bila buat rose ni sentimentalnya tu lain sikit... ala2 romatis gittew.
 

Yang geramnya boleh pulak salah eja anniversary menjadi annyversary. Bukan apa, dok pk nak buat shortform tapi bila dah tulis penuh baru perasan. Takpelah, memang dah silap takleh  buat apa.

 
Harapnya moga Siti dan suami suka dengan kek ni dan semoga perkahwinan mereka berkekalan selamanya, bahagia dengan kehadiran anak-anak sebagai penyeri keluarga. Aminnnn.
 
Wassalam...
 
Stylish Thankyou

Tuesday, September 25, 2012

Kek Buat Mama...

 
 
Kek 1/2 kg  yang ditempah oleh rakan sekolah. Katanya nak makan-makan di rumah. Kek ni simple aje, deco pun biasa-biasa. Lebih kepada menerai nozzle baru untuk border atas dan bawah, tapi nampaknya tak berapa smooth dan tak balance. Memang tak pernah guna lagi nozzle tu, kiranya baru rasmi lah.
 
Tempahan kek ni agak segera jugak, bagitahu hari ni hendaknya esok, tu yang takleh nak pikir design kebabooom. Harap2 yang menempah berpuas hati lah.. Lupa lak nak tanya.
 
  Choc shortcake + peach filling

Stylish Thankyou

Thursday, September 20, 2012

Tak Tahu Nak Letak Nama Apa....

 
 
Kek ni bila ya cheq sue buat? Dasyat betul cheq sue ni...lintang pukang dah jadinya. Lately ni memang mood berblog dah ke laut, dengan masa tak ada + broadband kat rumah tu buat hal, terus malas nak online. Curi2 masa ajelah..
 
Oleh sebab tak mau sepikan  ABC yang dah sedia sepi ni, cheq sue up kan satu n3 tentang kek yang tak bernama ni. Serius, memang blur tak tahu nak letak nama apa. Ianya diminta oleh Puan Zuraini yang sangat sukakan cheese. Kek ni memang takleh nak belah, kena cedok dengan sudu @ senduk. Anaknya suruh namakan KEK CEBOK sebab ambil dengan senduk. Tapi punya la tak glemer kan...

Idea untuk kek ni adalah daripada sini dan kek di dalamnya menggunakan resepi strawberry shortcake. Pastu digabungkan dengan peach, jem strawberry dan cream cheese.Pastu simpan dalam fridge semalaman... memang rugi kalau siapa yang tak suka. Memang maveless sungguh. Gabungan masam manis dalam kek ni sangat mengasyikkan. Kalau nak rasa boleh la cuba dengan kepakaran masing-masing. InsyaAllah jadi. Sampai jumpa lagi. Wassalam...

Stylish Thankyou

Friday, September 14, 2012

Kek Span Coklat Oreo Untuk Abirami

 
 
Kek tempahan staf sekolah untuk anaknya. Nak buat yang simple2 aje, takmo design beriya. Inilah yang terhasil. Ini pertama kali campur oreo dalam filling. Saja nak test camana dan ok jugak hasilnya. Lepas ni boleh pelbagaikan filing. Cheq sue guna kepingan oreo coklat yang dibuat sedikit krim tengahnya. TQ pada yang sudi menempah tu. Wassalam...
 
 
Gambar diambil dengan DSLR EOS 550D - pinjam. Suka je tengok. Jelas...
 
 
 

Stylish Thankyou

Saturday, September 8, 2012

Angry Bird : Pesen Ni Jelah Yang Aku Reti...

 
 
Nampaknya lately ni n3 dah bercampur gaul. Dah tak banyak n3 pasal foodies. Maklumlah sejak balik cuti raya tu saya berpuasa, sekarang tengah nak habiskan hari terakhir puasa enam (insyaAllah) jadi bila berbuka pun makan mana yang ada. Kalau ada kelapangan nanti2lah kita cuba resepi baru pulak ya. Jadi jangan bosan dengan n3-n3 saya ni ok.... *_*
 
Bila ada permintaan untuk buat kek angry bird, memang dah tak ada pesen lain, pesen gini jelah yang saya reti, yang mana tangan dah lembut menghiasnya. Sesekali memang agak kejang kat jari kalau guna aising banyak. Namun masa menghiasnya tu tak lama.
 
Seperti jugak dua tempahan di bawah ni, yang mana jaraknya berselang sehari. Keduanya mahu kek angry bird, jadi saya hasilkan dengan dua warna yang berbeza. Memang selalu buat warna pink tetapi untuk yang kuning ni, tempahan angry bird pernah dibuat sebelum ini jadi saya buat lain sikit warnanya.
 

Tempahan Kak Lia sekali lagi untuk hari ulang tahun anak bongsunya yang pertama, majlisnya bersama sambuta hari raya dan bacaan Yaasin Khamis lalu. *Makanan semua sedap-sedap, TQ Kak Lia. Untuk kek ni saya gunakan kek span coklat dengan filling blueberry dan peach.

 
 Ini pula tempahan untuk sambutan hari jadi prasekolah SJKC Tringkap. TQ pada Anis & Khairul. Saya gunakan kek span strawberry dengan filling blueberry dan peach.

Semoga keduanya berpuas hati dan terima kasih banyak-banyak. Wassalam...

Stylish Thankyou

Tempahan Pertama Cheesecake

 
 
 Tempahan pertama untuk cheesecake sebelum raya. Diminta oleh seorang kawan untuk dibawa pulang ke kampung. Dua biji sebenarnya, cheesecake dengan base (resepi di sini) dan cotton cheese cake (resepi Alma MyR) yang tak sempat nak diambil gambarnya. Nak letak jugak di sini sebagai kenang-kenangan. TQ pada Cikgu Husin yang sudi mengorder. Moga2 menepati citarasa. TQ juga pada yang berkongsi resepi maveless ni.
Wassalam...
  Blueberry cheesecake + base
 
Stylish Thankyou

Tuesday, July 31, 2012

Happy Buffday Mimi


 
 
Kek untuk Mimi, anak kepada ketua unit cheq sue yang tarikhnya sama iaitu 28 Julai. Buat dalam 1/2 adunan sekali dengan kek indulgence. Deconya pun guna whip cream Anchor. Tak dapat nak rasa sebab deco masa puasa. Harap2 tak ada masalah dari segi rasanya. Nampak macam ok aje rupanya. ^_^


 Untuk fillingnya pula cheq sue letakkan belen coklat putih untuk kek cheq sue dan juga filling blueberry.


 Choc sponge cake + FC & blueberry filling & FC + FC
 
Stylish Thankyou