Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts

Thursday, February 13, 2025

Kaya Ball

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Hai semuaaaaa... Lama kan? Since 2018 kau! Bukan lupa. Tidak sama sekali. Atau dua kali. Saya sentiasa mencuba tetapi itulah terlalu banyak halangannya. Minat yang satu ini, iaitu menulis memang sentiasa ada cuma kesempatan yang tidak pernah menjengah. InshaAllah slow slow lah saya aktifkan semula lama curhat ni. Nak sign in rupa rupanya dah lupa password diknon oiii... Nasib baik berjaya khobek sana sini. Selongkar dalam draf ada dua tiga post yang tersadai kita upkan lah ... 

Ini merupakan kali ke 2 saya membuat kaya ball, sebabnya dah lama sangat rasa nak makan. Terus search resepi dan berkenan dengan yang ini. Pertama kali dulu saya menggunakan resepi Sis Gert tapi hasilnya tak berapa nak memuaskan. Barangkali sebab resepinya dalam Bahasa Inggeris gittew. He he he... Selalu kalau beli dekat pasar malam tu memang tak puas makan sebab boleh tahan pricey jugak benda alah ni. Kan..


Ini adalah bater dia, yang saya dah perap lebih 1 jam. Bukan apa jadi ke lama tu, sebab dok sibukkan keje lain sampai tak sempat nak bakar on time. Satu lagi sebab saya menggunakan yis yang dah agak lama, trauma jugak takut dia tak hidup, kang tak pasal pasal dapat kaya ball jenis penyek like before... Adunan ni sedikit pekat macam nak buat cucur gitulah.



Wednesday, August 1, 2018

Kuih Bingka Pandan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Dah lama sebenarnya tak buat kuih ni. Last sekali saya buat tahun lepas, masa tu dekat rumah di kampung, belum sempat masak oven pulak rosak. Saya memang gemar kuih ni, iyalah, dengan lemak lemak manis tu memang menggoda sesungguh. Bila saya stat berdiet dan jaga makan, memang saya jarang-jarang menyentuh kuih muih tradisional yang berprofil tinggi, tapi bila dah fasa mengekal berat ni makan jugaklah sesekali.
 

Kuih ni asyik lalu lalang je dekat IG sampai saya yang menengok pun turut rasa nak membuatnya. Jadi, buat ajelah satu adunan guna apa bahan yang ada di rumah. Satu adunan ni pun tak banyak sangat dapat satu loyang kecil aje, tapi puas jugaklah nak perabis sebab makan seorang.  Kiranya hari hari la makan kuih ni. He he he...

Kuih ni kan sebenarnya sama je dengan kuih bakar, mungkin berbeza panggilan di sesetengah tempat. Pastu selain dibuat lemak camni boleh jugak diubah dengan memasukkan ubi kentang, susu, durian dan sebagainya bergantung kepada kreativiti seseorang.



Friday, July 22, 2016

Kuih Jongkong Mangkuk

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kuih jongkong ni dah lama saya buat, dah selamat pun masuk dan keluarnya. Kuih ni lebih kurang aje kot dengan kuih tepung pelita, cuma yang ni agak menawan sikitlah sebab ada warna kuning. Kiranya yang ni dah ditacap2 dengan mekap kasi wow! Dari segi rasa tak jauh sangat cuma yang lainnya kuih jongkong ni dimaniskan dengan gula perang. Ala2 bendera Kedah pulak bila sekali pandang.


Nah...dengan pengukus sekali ahkak up kan. Ni separuh adunan saja, dapat la 4 ketui mangkuk taufu fah yang leper sikit tu. Buat pun tak sempurna, tak ikut betul2 resepinya. Yang penting lepas masuk ke mulut jadik laaa. Letak dalam esbok makan time sejuk2 tu aduhhhh sedapnya! Serius cakap kuih ni memang sedap. Kalau kata yang saya buat ni kasi lembik2 sikit mesti lagi umphhhh



Tuesday, February 2, 2016

Kuih Buah Peria Ubi Kayu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Masa cuti sekolah hujung tahun 2015 lalu, memang ada banyak stok ubi kayu kat rumah. Masa tu memang hari2 ada kuih based on ubi kayu. Masa tu macam2 request dekat My Mek. Antaranya kuih kato, kuih beko dan juga buah peria ni.

Bila sebut buah peria ni bukanlah macam buah peria dari tepung pulut inti kacang tu... mungkin lebih kurang sama cara penyediaan tapi bahan2nya memang tak sama. Untuk resepi ni memang tak ada sukatan tertentu, main agak2 saja. Masa tu My Cek mintak nak makan kuih ni jadi My Mek buat, so saya standby dengan telefon nak ambil gambar dan tukang ngap kendiannya...


Inilah kejadian kuih buah peria ubi kayu yang telah dimasak. Sekali tengok nampak macam lempuk durian. Kuih buah peria ni dibungkus dengan daun nyor (kelapa) lembah. Kat tempat lain tak tahu la dipanggil nama apa. Kalau nak tengok rope pokok tu lihat di sini.


Thursday, January 14, 2016

Kuih Kato Ubi Kayu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kuih kato?

Apa tu... pernah dengar tak korang?

Kuih kato ni merupakan sejenis kuih tradisional, tak tahulah asal dari mana tapi memang sejak saya kecil sampai ke saya besar2 macam ni, saya memang suka makan kuih kato. Senang nak kata, kuih kato ni macam kiuh lopes, tapi bahagian pulut tu digantikan dengan ubi kayu parut yang dikukus seperti lepat. Hah... panjang lebar penjelasan ni korang faham ke tak... Kalau tak faham sila baca n3 ni sampai ke hujung rancangan. Semoga gambar2 yang saya ambil boleh membantu menguatkan kefahaman.


Inilah kejadiannya kuih kato yang sedia di makan. Bila tengok balik gambar ni rasa nak makan lagi je.... tapi mana nak dapat ubinya.. hu hu hu


Tuesday, October 27, 2015

Kuih Bakar

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kuih tradisional yang tetap menjadi pujaan tak kira bila atau di mana berada. Saya memang hantu dengan kuih ni. Kalau zaman bebudak dulu bila My Cek beli kuih ni, biasanya kita gigit dulu bahagian tepi2nya yang berkerak tu... aduhhh memang masuk lah...


Kali ni saya buat sekali lagi, menggunakan resepi menggunakan periuk NOXXA sebenarnya tetapi saya bakar cara konvensional, guna oven Butterfly lagi tu. Memang anak2 buah pun suka, kebetulan masa tu dok kampung, depa semua cuti semasa Aidiladha.


Friday, August 14, 2015

Kuih Cara Manis

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kuih cara manis ni antara  kuih yang saya suka. Memang kalau ada je kuih ni mesti saya makan. Tetapi saya amat jarang sekali membuat kuih ni. Rasanya pernah cuba dulu tapi tak menjadi. Kalau tak hangit di bawah, mesti tak masak. Tapi semangat nak mencuba memang sentiasa ada.


Kebetulan baru2 ni tak ada buat apa, saya sesaje surf tenet, Google pasal kuih ni. Memang banyak la tips2 yang dikongsi untuk menjayakan kuih ni. Cewahhhh...


Monday, August 3, 2015

Tepung Pelita

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kuih tepung pelita ni saya buat masa Ramadhan, masa tu memang teringin sangat. Jadi terus cuba buat guna resepi yang memang dah ada dalam simpanan. Rasanya saya buat ni separuh adunan aje, dapatlah 4 bekas tau fu fah, boleh makan sorang satu dan sambung pulang esoknya.


Cuma yang spoilnya bila tak ada pewarna hijau. Jadi kuning tak berapa nak berseri pulak. Tapi tak apalah, warna tak kisah asalkan ada rasa tepung pelita. Oleh kerana tak ada santan segar, saya hantam saja guna santan kotak. Memang la takleh nak lawan santan segar, tapi asal jadi aje ni.


Monday, May 4, 2015

Kaya Ball

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Projek kaya ball ni pun dah agak lama terperuk di dalam draf. Momentum berblog agak merudum dek kesibukan... Cuba jugaklah nak up n3 sesekali... jngan marah yaaaa....

Tengok kan haritu saya kongsi gajet tokoyaki pan ni. Jadik nak test tu saya Google la kaya ball, sebab kalau nak buat tokoyaki bahan2nya tak cukup, nanti tak umphhh... Jadi try kaya ball dulu la walaupun saya minat tak minat aje. Sebenarnya kalau Google memang ada banyak resepi kaya ball, pilih ajelah mana yang sesuai dan rasa agak mudah. Yang paling penting cukup alat nak buat, dan tentunya mesti ada pan bulat2 tu la, kalau tak takleh panggil kaya ball.... he he he


Wednesday, April 15, 2015

Talam Keladi

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

N3 backated. 

Alkisahnya cerita talam keladi ni memang saya akan ingat sampai bila-bila. Kekanda serumah saya ada beli setongkol keladi, dekat RM8 jugak regenya. Dok tergolek terlentang di dapur sampai dekat2 nak cuti raya cina masih tak buat2. Kalau dah masuk angin kompom tak sedap kan... Jadi saya bawak balik Kelantan, konon2 nak buat dekat rumah. Tapi tak terbuat jugak dek kesibukan nak buat majlis kesyukuran dengan anak2 berudu yang balik. Jadi bawak semula ke CH...


Sampai di CH melepak dulu keladi ni dekat dapur. Fikir2 tak boleh jadik ni. Tukang beli dah tak mahu buat jadi saya ni rasa sayang pulak nak biar macm tu aje. Jadi saya pun merajinkan diri untuk buat kuih talam sebab itu adalah kuih yang saya suka. Cuma kena maklumlah nak buat talam ni pakai santan banyak... tak apalah, kebetulan ada stok kelapa segar, pastu topap dengan santan kotak maka akhirnya terjadilah kuih talam ni.


Monday, December 23, 2013

Sardin Gulung Goreng



Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Ini merupakan salah satu makanan kegemaran saya. Saya ingat kalau zaman sekolah dulu kuih ni la yang akan saya ambil dulu. Kebetulan masa budak2 KL ada baru ni, saya godeklah satu adunan. Memang dah nampak Nani buat ni dulu tapi tak menyempat nak cuba. Dah alang2 ada tukang makan kat kampug sedap sikit nak masaknya.

 
Oleh sebab tukang makannya adalag geng-geng bas sekolah, maka saya buat inti tu simple-simple je...hanya goreng sardin dengan bawang, tak ada cili bagai sebab taknak pedas. Cuma kalau tengok kejadiannya memang hancus...teruk benar penyakit kulit yang dihadapi sampai berbintil2 semuanya. Saya nak tergelak sendiri bila tengok. Tapi asalkan boleh ngap tak ada masalah.

Saya buat malam, goreng sekejap untuk simpan dalam peti ais dan goreng sepenuhnya pagi esok. Tak menyempat nak tunggu lama, memasing dok tunggu dengan mulut ternganga. Pakat-pakat lapar... Pada Nani, TQ. Lama tak online, bz dengan baby agaknya...



SARDIN GULUNG GORENG
Resepi : Nuwairani

Bahan pastry :
2 cawan tepung
2 sm marjerin sejuk
1/2 sk garam
1/2 cawan air sejuk

Cara :

Marjerin sejuk dipotong kecil2 kemudian dimasukkan ke dalam tepung dan garam.
Ramas2 marjerin sehingga menjadi serbuk roti.
Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga membentuk doh.
Simpan doh dlm fridge untuk seketika.

Bahan Inti :
1 tin sardin saiz sederhana -asingkan kuah dan ikan
2 ulas bawang putih -ditumbuk
3 ulas bawang merah -ditumbuk
1/2 biji bawang besar -dipotong
3 batang cili padi/merah -dipotong
1/2 biji limau nipis -diambil jusnya
garam dan gula secukup rasa
3 sb minyak canola utk menumis

Cara :
Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
Masukkan 3 sudu besar kuah sardin, bawang besar dan cili padi. Masak hingga layu.
Hancurkan isi ikan dan gaul bersama bahan tumis tadi. 
Masukkan air limau dan garam gula secukup rasa.
Agak2 air dah kering, boleh tutup api.
Canai doh mcm kita nk buat inti karipap tu. Letak inti sikit kemudian gulung rapat2. Jangan sampai terkeluar inti di hujungnya. Biar bertutup habis. Buat sampai habis, pastu boleh goreng sampai garing.
 

Friday, November 29, 2013

Kuih Cek Mek

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Sepanjang hampir 3 tahun berblog, saya belum pernah up kan tentang kuih cek mek. Katanya kuih made in Kelantan tapi malu la kalau tak tahu buat kan? Sebelum ni memang ada la buat, tapi itulah, tak pulak mengambil gambar dan masukkan kat sini. Saya tak berapa suka makan cek mek sebenarnya kerana air gula di dalamnya tu sangat sensitif pada gigi saya. Jadi kadang2 bila buat tu satu dua je saya makan.


Kebetulan baru ni kemas-kemas rumah sikit, terpandang 3 ketul keledek kuning yang saya bawa dari kampung sejak Aidiladha lalu. Punyalah lama sampaikan di bahagian hujungnya dah mengecut dan kering. Haiiii, dasyat sungguh anak dara sorang ni. Jadi fikir2 nak buat apa... bila search resepi ada Kak Besah kongsikan kaswi keledek tapi tak sedap kalau makan tak ada kelapa. Jadi fikir2 buat cek mek ajelah, senang dan tak banyak bahan.

Sebenarnya nak buat cek mek ni tak perlukan banyak bahan. Yang penting jangan guna tepung banyak, agak-agaklah supaya balance dengan ubi tu. Tapi saya ni cakap je pandai, kemain suka agaknya ambil tepung dalam bekas, dah terlebih pulak. Jadi bila dah terlebih tu kenalah tambah air sikit supaya dapat uli dan bentuk dengan elok. Bila dah begitu begini, mmmmmm memang jadi agak keras sikitlah.

Keras pun tak mengapalah asalkan masih boleh di makan. Kalau nak tengok hasil yang cantik boleh ke link blog Kak Azie yang saya copy di bawah.


KUIH CEK MEK
Sumber : Kak Azie

Bahan bahan
ubi keledek oren
tepung gandum
sedikit gula

Rebus ubi sampai empuk. Lenyekkan.
Ubi yg telah dilenyek diuli dan digaul bersama tepung gandum. Agak agak lah kelembutan adunannya.  Kalau terlebih gandum, adunan menjadi keras.  
Bentukkan kuih cek mek molek. Masukkan sesudu gula dan dibentuk membujur. 
Goreng dalam minyak panas yang banyak dengan api perlahan agar gula hancur menjadi air gula semasa digoreng. 
Angkat bila kekuningan. Awas gula panas, jadi berhati hati jika makan kuih cek mek molek semasa panas panas. 

Thursday, October 24, 2013

Resepi Roti Jala

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hari ni sekolah bercuti sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Pahang. Saya melepak di rumah saja, nak key in markah PBS pelajar server asyik error memanjang. Semalam kita dikejutkan dengan tragedi banjir lumpur yang melanda Bertam Valley di Ringlet. Saya agak terkejut juga bila melihat gambar yang di whatsapp kawan-kawan. Takziah pada mangsa yang terlibat. Pada yang menitipkan komen di n3 blogsarry semalam, terima kasih banyak-banyak...

Seperti yang saya janjikan, hari ni saya nak kongsikan satu resepi juadah yang saya buat sempena Aidiladha lalu iaitu roti jala yang menggunakan resepi emak saudara saya yang saya panggil CHIK. Kalau diikutkan ada beberapa resepi yang saya dah cuba sebelum ini. Tapi yang ini rasanya lebih mudah kerana sukatannya yang senang dan menjadi. Chik saya ni menjalankan perniagaan tempahan roti jala. Sejak pencen kerja, beliau dah banyak memenuhi tempahan di sana-sini.

Kali ni saya menggunakan acuan muncung 3 untuk mendapatkan roti jalan dwiwarna. Mudah guna acuan ni, sebab ianya tak meleleh sana sini, jadi tak la kotor kat dapur. Bila tunjuk dekat Chik, dia pun suruh saya belikan dua set untuk dia. Komen tetamu... cantik dan terkejut. Tak sangka itu rupanya roti jala. Yang penting, katanya saya rajin! Suka...


Roti jalan yang saya hasilkan ini pula digandingkan dengan gulai / kari ayam ikut suka saya saja, tak ada resepi kerana saya hanya mencampak-campak saja apa yang ada di dapur. Cuma nak cerita apa yang berlaku... bila dah siap menjala, dan siap gulainya, pakat-pakatlah merasa. Yang kelakarnya bila my Cek balik, dia komplen katanya daging ayam tu kecik sangat. Biasanya kalau gulai roti jalan ni kita buat dalam saiz kecil supaya senang nak cubitkan dengan roti. Adusss, saya yang dok dalam bilik boleh dengar leterannya tu. Cerewet sungguh. Lain kali kalau saya buat, saya nak buat besar-besar macam lauk ayam yang dimakan dengan nasi. Baru puas hati.


RESEPI ROTI JALA
Resepi : Pn Maimunah Bt Deraman

Bahan-bahan :
1 kg gandum
1 tin susu cair
4 tin air (tin susu cair)
3 telur A / 4 telur B
Secubit garam

Cara membuatnya :
Blend semua bahan hingga halus
Tapis
Jika suka bolehlah diletak pewarna
Bolehlah dikirai

Note : Kalau adunan di whisk, kemungkinan ianya akan terlekat pada muncung acuan roti jala. Jadi lebih baik diblend.

Wednesday, October 2, 2013

Kuih Lapis Koko

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Dah agak lama juga saya tak membuat kuih lapis. Bukan tak suka tetapi kebanyakan resepi adalah untuk sukatan yang banyak dan memikirkan agak sukar saya nak menghabiskannya, saya kiv dulu. Namun baru-baru ini saya ada beli santan serbuk dan memang dah berniat nak cuba buat kuih lapis dengannya. Selalu saya guna santan kotak sahaja.

Dah semangat nak buat kuih lapis ni, tetiba pulak tepung beras tak ada dalam simpanan. Ehhhh boleh tahan stress jugak saya time tu. Godek punya godek terjumpalah resepi yang menggunakan tepung gandum. Walaupun perlu masukkan juga sedikit tepung beras, tapi saya skip dengan menambahkan lebih sedikit tepung jagung. Nak buat punya pasal kan....


Daripada apa yang saya buat, saya rasa santan kotak lebih lemak dari santan serbuk. Untuk setengah adunan yang saya buat ni, saya guna 2 peket dan rasanya tak lemak sangat. Tengok daripada kejadian kuihnya pun dah tahu. Baunya tak ada, tak seperti sesetengah santan kotak yang agak tengik.

Untuk warnanya pula saya gandingkan coklat dengan warna hijau kerana tak ada warna kuning. T_T


Potongan yang agak kurang kemas. Mungkin kerana tak ada tepung beras menyebabkan kuih lapis saya ni agak lembik. Nak makan selapis-selapis tu memang sudah sikitlah sebab ianya melekat. Walaupun begitu rasanya sedap dan pada saya manisnya sedang-sedang. Mungkin next time kena cuba dengan tepung beras pulak. Lepas kejadian ni saya terus beli tepung beras dalam paket besar tu. Huhhh...geram sangat!


Saya suka dengan gambar ni. Tetiba ada tangan si kecil di belakang tu. Tak lain tak bukan tangan Muhammad Ali yang sedang menyibuk semasa saya dok mengambil gambar. Buat Kak Yatie, terima kasih atas perkongsian resepi dan saya salinkan semula di sini.

KUIH LAPIS KOKO
Resepi : Kak Yatie

Bahan-bahan.
1 1/2 cwn tepung gandum
2 sb rata tpng beras
2 sb rata tpng jagung
1 sk garam
1 cwn gula pasir
5 cwn santan
3 sb rata serbuk koko
4 sb air suam utk bancuh koko.
pewarna kuning.

Cara-cara.
Satukan kesemua tepung didlm mangkuk.Masukkan garam dan gula pasir.
Masukkan pula santan dan gaul sebati.(saya masuk dlm blender kesemuanya)
Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna kuning dan satu lagi letak bancuhan koko.
Panaskan kukus dan balut penutupnya dngn kain.
Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi.Masukkan adunan koko 1 senduk dan kukus selama 5 minit.
Setelah itu lapis pula adunan kuning selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
Lapisan akhir sekali kukus selama 15 minit.
Bila dah siap, sejukkan selama 1 jam dan boleh di potong.