Friday, July 22, 2016

Kuih Jongkong Mangkuk

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kuih jongkong ni dah lama saya buat, dah selamat pun masuk dan keluarnya. Kuih ni lebih kurang aje kot dengan kuih tepung pelita, cuma yang ni agak menawan sikitlah sebab ada warna kuning. Kiranya yang ni dah ditacap2 dengan mekap kasi wow! Dari segi rasa tak jauh sangat cuma yang lainnya kuih jongkong ni dimaniskan dengan gula perang. Ala2 bendera Kedah pulak bila sekali pandang.


Nah...dengan pengukus sekali ahkak up kan. Ni separuh adunan saja, dapat la 4 ketui mangkuk taufu fah yang leper sikit tu. Buat pun tak sempurna, tak ikut betul2 resepinya. Yang penting lepas masuk ke mulut jadik laaa. Letak dalam esbok makan time sejuk2 tu aduhhhh sedapnya! Serius cakap kuih ni memang sedap. Kalau kata yang saya buat ni kasi lembik2 sikit mesti lagi umphhhh





Nah...sekali imbas rupa paras di dalam. Lelehan air gula tu yang tak menahannya. Rasa macam nak buat je karang.

Apapun kalau ada yang nak menikmati kuih ni jugak boleh la follow resepi di bawah ni.



KUIH JONGKONG MANGKUK
Resepi : Kak Fida
Sumber : Mas

Bahan : 24 mangkuk plastik 100ml

Untuk Lapisan Bawah : 
gula melaka secukupnya dihiris2 halus atau gula merah

Adunan Hijau :
1 cawan tepung beras
2 sudu kecil tepung sagu - saya guna tepung jagung
5 cawan santan cair = ( 100 ml KARA + air ) 1 sudu kecil pes pandan
1 sudu kecil air kapur

Adunan Kuning :
1 cawan tepung beras
2 sudu kecil tepung sagu -  saya guna tepung jagung
5 cawan santan pekat = ( 400ml KARA + air )
2 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning
 

Bubuh 1/2 sb hirisan gula melaka/gula merah kedalam mangkuk2 kecil dan ratakan.Ketepikan.

Campur kesemua bahan hijau,tapis dan masak hingga hampir pekat dan matikan api.

Tuang adunan hijau tadi ke dalam mangkuk berisi gula melaka dan kukus hingga gula mencair.

Sementara itu campur pula adunan kuning,tapis dan masak hingga hampir pekat dan matikan api.

Tuang adunan kuning ke atas lapisan hijau dan kukus lagi hingga kuih masak lebih kurang 15-20 min.

Keluarkan kuih jongkong dan hidangkan suam atau dingin.




 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]