Showing posts with label Tip / Petua. Show all posts
Showing posts with label Tip / Petua. Show all posts

Tuesday, April 17, 2012

Kek Span ~ Sweet4ever (MyR)


 
 
Maaf pada semua sebab tak dapat nak berbalas BW
Terima kasih banyak2 ya sebab sudi ke teratak yang tidak sepertinya ni
Pagi ni cheq sue nak kongsi satu lagi kek span yang sangat bagus dan memang menjadi
Dah setia dengan resepi ni, mudah dan senang aje
Cuma pastikan ikut langkah2 yang ditulis insyaAllah kek naik sempurna
Cheq sue buat ni untuk tiramisu (1/2 biji) dan selebihnya tu cheq sue masukkan untuk tempahan
Memang sesuai sangat untuk dijadikan kek yang berhias
Kek ni pulak boleh kita ejas mengikut kesesuaian, nak perisa pandan ke, plain ke, semua boleh
Selalu cheq sue buat versi plain aje
 Kalau ada yang nak mencuba tu sila-sila kan lah
Satu adunan tu memang dapat untuk sebiji kek, dalam 1 kg ++ jugak
Cheq sue kompom sangat kalau buat kek macam ni kat kampung, mesti laku punya
Orang2 tua memang suka, memang lembut sangat macam kapas giteww
Cheq sue saje2 jugak masukkan dalam paper cup... cantik aje jadinya
TQ pada Sweet berkongsi resepi ni



 
Kat sini juga cheq sue nak kongsi tips la dalam baking membaking ni...
 
Kalau kita bakar sesuatu kek, bila dah agak lama tapi kek belum masak, kita letak aje aluminium foil kat atas loyang tu, tak tutup pun xpe. Kalau letak tutup periuk yang sepadan pun boleh
 
Bagi yang guna oven kecil macam cheq sue, kadang2 bila letak di rak tengah, bahagian atas tu mudah sangat hangit. Tambah2 kalau oven tu jenis yang xde kipas (fan). Jadi penyelesaiannya cheq sue letak di rak bawah, dan alaskan jaring tu dengan aluminium juga sebelum diletak loyang. Ini dapat mengelakkan bahagian bawah pula menjadi hangit.

Untuk kek span atau kek chifon, jangan sesekali lenserkan loyang dengan majerin /  minyak. Pastikan kita hanya alas loyang dengan baking sheet dan tuang adunan. Bila dah masak tu terus aje sisipkan bahagian tepinya dan telangkupkan ke atas redai. InsyaAllah kek tak akan mendap.

* Ini berdasarkan pengalaman dan penggunaan oven cheq sue la ya, mungkin orang lain x pernah alami masalah camni, jadi sila abaikan tips ni. TQ  
 
 T_T

Wassalam...
 


 
KEK SPAN PANDAN
Resepi : Sweet4ever @ MyR
 
Bahan-bahan (1 biji kek)
Tepong super fine - 150 gram (1 ½ cawan)
Gula kastor - 150 gram  (3/4 – 1 cawan)
Telor - 5 biji telor A
Ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
Air daun pandan - 80 ml
Minyak / mentega cair -80 ml
Pes pandan - 5 ml / 1sudu teh
Serbuk penaik - 5 ml /1 sudu teh
Sedikit pewarna hijau  (opt)

Cara-cara
Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun) saya guna no 5
Perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 8", griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180'C api atas bawah
Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek  mendap

Monday, April 16, 2012

How to Cook Fresh Pumpkin



 
 
Quick n3...
Lappy xde kat rumah, dok dengan adik
Rasa patah tangan jugak sekejap
Xpelah, jangan marah tau kalau xdan nak BW
Ampon ye!
 
Pagi ni nak kongsikan camana nak masak dan simpan labu
Memang dendam sangat dengan labu kuning ni
Dah lama dok nanti, dok tunggu
Member bagi separuh, so cheq sue masak macam yang dikongsi oleh Tun Telani
Kat bawah ni ada hasil dan cara-caranya
Harap2 dapat la disimpan 2 3 hari sebelum keluar hasil
Roti, donat, bingka, kek....
Berderet resepi labu dok tunggu
 Alih-alih peram aje lam peti ais tu, camana?
..T_T..
Harap2 pasni dapat la rasa
TQ Tun share tips & resepi ni
Berguna sangat
Wassalam...




 
HOW TO COOK FRESH PUMPKIN
Source : Hubpages
Source : Tun_telani

Labu di belah dua. korek keluar biji labu.
Telangkupkan labu atas loyang, dan masukkan sedikit air (anggaran dlm 1/2 inch) <- supaya labu tak kering masa bakar.
Bakar 200 C selama lbh kurang 45 minit. lepas 40 minit tu cucuk2 kulit labu dan garfu, kalau dh lembut maknanya dh masak.
Korek keluar isi labu dgn sudu dan lecekkan. tun guna garfu je utk lecek sbb dh lembut sgt, xyah blend segala bagai. cheq sue x lecek pun, skopkan dengan sudu gitu aje sebab labu ni jenis yang lembut punya
Dh sejuk blh simpan dlm bekas kecik dlm freezer. Nnti senang nk guna wat kuih =)

Saturday, October 22, 2011

PEPSI Kurangkan Kesakitan Senggugut

Assalamualaikum & salam sejahtera



Pernah dengar tak yang air PEPSI dapat mengurangkan kesakitan semasa awal period? Cheq sue pernah la dengar kengkawan citer...memang agak membantu. Orang laki2 maybe tak tahu camana rasanya sakit ni...sampai mood boleh berubah, emosi boleh terganggu dan fikiran jadi ke laut. Hanya yang alami aje akan faham. Jadi kalau ada awek2 ke isteri ke 'semacam' aje kat tengah2 bulan tu...mungkin tengah alami kesakitan orang perempuan ni.

Selalunya pengambilan ubat PANADOL MENSTRUAL atau PANADOL ACTIFAST memang boleh, tapi takut pulak kesannya. Pernah jugak cheq sue dengar ada antara panadol ni yang sudah diharamkan. Jadi kalau sape2 yang selalu aje sakit senggugut tu bolehlah cuba minum PEPSI ni masa hari2 awal tu, maksudnya bila rasa sakit2 nak period sehingga hari pertama...InsyaAllah dapat membantu... Lelaki, sila ambil perhatian ya!! Wassalam...

Thursday, July 21, 2011

Jadual Campuran Warna

Assalamualaikum & salam bahagia


Kali ni cheq sue teringin nak kongsikan satu maklumat yang rasa-rasanya berguna untuk geng2 masak cheq sue, terutama yang selalu mendeco atau menggunakan warna untuk membuat kek, kuih atau aising. Penggunaan warna memainkan peranan penting bagi menyerlahkan sesuatu hasil yang dibuat. Kesuraman, kemenarikan dan keserian juadah yang terhasil tentunya lebih menarik untuk di cuba.
Kebiasaannya, di rumah hanya ada warna2 yang asas sahaja...merah, hijau dan kuning wajib ada la kan. Tapi macam mana jikalau kita hendak mendapatkan warna yang lain pulak, contohnya biru muda atau pastel. Takkanlah kita nak cari semua tu? Kat mana? Kalau cheq sue secara jujurnya tak pernah jumpa. Masalah jugak tu..
Jadi, dalam buku Panduan Asas Menghias Kek oleh Zati d'Hati (m/s 40) ada dikongsikan jadual campuran warna. Jom kita tengok...

HITAM 
= coklat / coklat emulco + hitam. (perap satu malam, jika tidak dicampurkan warna coklat, hitam tak akan menjadi)

EMAS
= sedikit warna coklat + kuning limau
= 3 bahagian kuning limau + 3 bahagian oren + 1 bahagian merah

COKLAT
= merah + hijau

MERAH
= campurkan pewarna merah ke dalam krim mentega dan simpan 24 jam. (warna semakin terang dan gelap)

UNGU
= biru + merah. tambah sedikit susu untuk mengelak warnanya pudar

PASTEL
= 2 bahagian putih dan satu bahagian mana-mana warna pilihan

BIRU AIR
= 5 bahagian biru langit + 1 bahagian hijau daun

APRICOT
= 2 bahagian oren + 1 warna kuning keemasan


AVOKADO
= 4 bahagian kuning lemon + 1 bahagian hijau daun + sentuhan warna hitam

MERAH POLOS
= 5 bahagian ros merah jambu + 1 bahagian violet

KUNING LIMAU GELAP
= 5 bahagian kuning lemon + 1 bahagian hijau daun

COKLAT KARAT
= 8 bahagian warna oren + 2 bahagian merah + 1 bahagian coklat

COKLAT TEMBAGA
= 1 bahagian kuning keemasan + 1 bahagian coklat + 1 bahagian merah krismas

KARANG
= 3 bahagian ros merah jambu + 2 bahagian kuning lemon

LAVENDER
= 5 bahagian ros merah jambu + 1 bahagian ungu manis

KELABU / PERAK
= 1 bahagian hitam + 1 bahagian biru


BIRU FIRUS
= 6 bahagian biru + 1 bahagian kuning lemon

BIRU FIRUS NYATA
= 9 bahagian biru + 1 bahagian kuning lemon

LEMBAYUNG MUDA
= 5 bahagian ros merah jambu + 2 bahagian jingga + 2 bahagian merah + 1 bahagian hitam

PLUM
= 1 bahagian ungu manis + sentuhan merah krismas


MERAH GELAP
= 4 bahagian merah + 1 bahagian merah polos

HIJAU LUMUT
= 3 bahagian kuning lemon + 2 bahagian ungu manis

BIRU LAUT GELAP
= 1 bahagian biru langit + 1 bahagian ungu manis

MANIS ANGGUR
= 1 bahagian biru langit + 6 bahagian ros merah jambu

Monday, July 4, 2011

Menyimpan Kangkung Lebih Lama

Assalamualaikum... Selamat petang...

Kalau tengok bak-baik kan xde pun yang kaler kuning-kuning... macam fresh je lagi

Masuk plastik dan bungkus...senang!

Petang ni sepi je di Kg Raja...hening sungguh... Baru sat tadi, keluarkan bahan2 untuk masak. Ada la sedikit lauk dan sayur. Bila terpandangkan kangkung yang masih elok je ni, teringin nak kongsi dengan kawan2.
Kangkung ni cheq sue beli minggu lepas (29 Jun - Rabu). Biasanya kangkung ni tak tahan, cepat aje daunnya jadik kuning. Tapi yang ni ok pulak walaupun dah 5 hari. Apa yang cheq sue buat adalah :
- potong mengikut saiz yang dikehendaki (kering, tak perlu bersihkan)
- masukkan ke dalam plastik
- bungkus dalam surat khabar
- simpan dalam peti sejuk
Mmmm cuba lah ye tips ni, kalau berjaya boleh simpan "lama" sket kangkung tu...
:)

Thursday, May 26, 2011

Whip cream : guna dan simpan (TQ Zack)

p/s: Di CnP dari http://zachoes.blogspot.com 
Post ini dibuat khas untuk orang yang tiada pengalaman langsung dalam menggunakan fresh cream (nama lain non-dairy whipping cream).

Step-by-step cara mudah (bergambar) memukul fresh cream atau non-dairy whipping cream untuk tujuan hiasan kek. Selalu fresh cream didapati di bahagian freezer di kedai bakeri supplier dan berada dalam keadaan beku. Sebelum boleh menggunakan fresh cream ikuti beberapa langkah di bawah:

1) Fresh cream yang dibeli biasanya dalam keadaan beku. Nyahbekukannya semalaman atau seharian di bahagian bawah peti sejuk jika ingin menggunakannya esok hari. Jika ingin menggunakannya pada hari itu juga, nyahbeku pada suhu bilik tetapi pastikan jangan sampai terlalu cair. Biar kotaknya masih sejuk (mungkin titisan air akan kelihatan di luar kotak) tetapi apabila digoncang tiada ketulan-ketulan besar kedengaran.

2) Sangat penting: goncang kotak fresh cream sebelum dituang ke dalam mangkuk mixer. Ini kerana ketika ia dinyahbekukan, kemungkinan kandungan cream dan air yang terdapat di dalamnya telah 'seperate' atau terpisah. Jika anda terus tuang dan pukul tanpa menggongcangkannya terlebih dahulu, berkemungkinan fresh cream anda akan lembik dan tidak kaku walaupun telah dipukul lama. Ada kemungkinan anda hanya menuangkan air ke dalam mixer dan bahagian creamnya tertinggal di dalam kotak.

3) Tuangkan jumlah yang ingin digunakan sahaja ke dalam mangkuk mixer. Pastikan tidak melebihi kapasiti mangkuk mixer tersebut kerana fresh cream akan mengembang berkali ganda dari saiz (cecair) asalnya. Tuang 1/5 saiz atau 20% saiz mangkuk mixer anda.

4) Sebaiknya simpan bekas mixer dan beaters (pemukul mixer) dalam peti sejuk hingga sejuk sebelum hendak memukul fresh cream. Ini kerana ia lebih mudah mengembang dalam keadaan sejuk. Gunakan mangkuk stainless steel (jika ada). Walau bagaimanapun mangkuk plastik juga boleh digunakan.

5) Mulakan dengan memukul fresh cream pada kelajuan rendah. Perlahan-lahan tingkatkan kelajuan hingga ke maksimum speed. Selepas beberapa minit apabila fresh cream mula kelihatan pekat, perlahankan speed mixer kepada sederhana (speed 4). Bagi 1C fresh, masa yang diambil untuk memukulnya hingga ke keadaan kental adalah lebih kurang 2 minit.

6) Perhatikan fresh cream anda. Jika ia kelihatan halus tanpa buih-buih besar dan gebu ia sudah boleh digunakan serta tidak terlalu 'lembik' atau 'keras'. Fresh cream yang terkurang pukul akan kelihatan masih boleh mengalir dan lembik. Jika terlebih pukul ia kelihatan kasar dan sangat pekat (apabila cuba dilepa atau dipicit dengan nozzle dalam icing bag ia seperti terlalu berketul-ketul). Jika terkurang pukul, tambah lagi masa memukul. Jika terlebih pukul, tambah sedikit fresh cream (yang masih dalam keadaan cecair dari kotak) dan aduk hingga ia lebih cair.

7) Fresh cream dalam keadaaan kaku (kental) boleh terus digunakan atau disimpan dalam freezer beberapa bulan (bergantung pada jenama). Kek yang dihias dengan fresh cream biasanya akan mula mengeras (hiasan fresh creamnya) selepas hari ke-3. Seeloknya hias sehari atau pada hari anda ingin menghidangkan kek tersebut (setelah beberapa jam disimpan dalam peti sejuk).

8) Apabila anda ingin menggunakan fresh cream yang sudah di'freeze'kan, nyahbekukan fresh cream yang kaku tadi sebentar pada suhu, atau boleh juga dalam peti sejuk bahagian bawah.

9) Fresh cream boleh diwarnakan setelah dipukul kaku. Sebaiknya guna pewarna gel atau jika tiada, pewarna cecair (pastikan jangan terlebih letak, takut kandungan cecair tinggi menyebabkan fresh cream lembik). Ambil kuantiti yang diperlukan dan titiskan beberapa titis pewarna dan kacau menggunakan sudu. Fresh cream yang sudah diwarnakan akan 'matang' atau lebih terang warnanya setelah ia disimpan beberapa jam/semalaman di dalam peti sejuk.


Cara Guna Fresh Cream (Non-dairy whipping cream)
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com

Bahan dan alat:
1C @ 300g fresh cream dalam keadaan cecair tapi masih sejuk - ku guna jenama Value Pride
Mangkuk mixer
Beaters mixer


1) Tuangkan fresh cream yang sudah dinyahbeku ke dalam mangkuk mixer.

2) Pukul pada kelajuan rendah. Tingkatkan kelajuan dari sederhana ke tinggi.

3) Setelah 30s fresh cream mula kelihatan pekat.

4) Fresh cream bertambah pekat selepas dipukul 1 minit.

5) Fresh cream mula kelihatan gebu dan bila dikacau dengan beaters (berhentikan mixer dahulu), ia rasa seperti kapas yang lembut.

6) Pukul hingga kaku, tidak lagi cair dan 'peak' fresh cream tidak lentok lagi.

7) Fresh cream sudah dipukul sebati (pastikan setiap sudut mangkuk sudah dipukul). Lebih kurang seperti buat 'meringue'.

8) Boleh terus guna atau disimpan.


NB: Info berdasarkan pengalaman sendiri menggunakan fresh cream. Jika ada tersilap atau salah harap beri tunjuk ajar.


Contoh jenama Value Pride (gambar dari Google)