Thursday, July 21, 2011

Jadual Campuran Warna

Assalamualaikum & salam bahagia


Kali ni cheq sue teringin nak kongsikan satu maklumat yang rasa-rasanya berguna untuk geng2 masak cheq sue, terutama yang selalu mendeco atau menggunakan warna untuk membuat kek, kuih atau aising. Penggunaan warna memainkan peranan penting bagi menyerlahkan sesuatu hasil yang dibuat. Kesuraman, kemenarikan dan keserian juadah yang terhasil tentunya lebih menarik untuk di cuba.
Kebiasaannya, di rumah hanya ada warna2 yang asas sahaja...merah, hijau dan kuning wajib ada la kan. Tapi macam mana jikalau kita hendak mendapatkan warna yang lain pulak, contohnya biru muda atau pastel. Takkanlah kita nak cari semua tu? Kat mana? Kalau cheq sue secara jujurnya tak pernah jumpa. Masalah jugak tu..
Jadi, dalam buku Panduan Asas Menghias Kek oleh Zati d'Hati (m/s 40) ada dikongsikan jadual campuran warna. Jom kita tengok...

HITAM 
= coklat / coklat emulco + hitam. (perap satu malam, jika tidak dicampurkan warna coklat, hitam tak akan menjadi)

EMAS
= sedikit warna coklat + kuning limau
= 3 bahagian kuning limau + 3 bahagian oren + 1 bahagian merah

COKLAT
= merah + hijau

MERAH
= campurkan pewarna merah ke dalam krim mentega dan simpan 24 jam. (warna semakin terang dan gelap)

UNGU
= biru + merah. tambah sedikit susu untuk mengelak warnanya pudar

PASTEL
= 2 bahagian putih dan satu bahagian mana-mana warna pilihan

BIRU AIR
= 5 bahagian biru langit + 1 bahagian hijau daun

APRICOT
= 2 bahagian oren + 1 warna kuning keemasan


AVOKADO
= 4 bahagian kuning lemon + 1 bahagian hijau daun + sentuhan warna hitam

MERAH POLOS
= 5 bahagian ros merah jambu + 1 bahagian violet

KUNING LIMAU GELAP
= 5 bahagian kuning lemon + 1 bahagian hijau daun

COKLAT KARAT
= 8 bahagian warna oren + 2 bahagian merah + 1 bahagian coklat

COKLAT TEMBAGA
= 1 bahagian kuning keemasan + 1 bahagian coklat + 1 bahagian merah krismas

KARANG
= 3 bahagian ros merah jambu + 2 bahagian kuning lemon

LAVENDER
= 5 bahagian ros merah jambu + 1 bahagian ungu manis

KELABU / PERAK
= 1 bahagian hitam + 1 bahagian biru


BIRU FIRUS
= 6 bahagian biru + 1 bahagian kuning lemon

BIRU FIRUS NYATA
= 9 bahagian biru + 1 bahagian kuning lemon

LEMBAYUNG MUDA
= 5 bahagian ros merah jambu + 2 bahagian jingga + 2 bahagian merah + 1 bahagian hitam

PLUM
= 1 bahagian ungu manis + sentuhan merah krismas


MERAH GELAP
= 4 bahagian merah + 1 bahagian merah polos

HIJAU LUMUT
= 3 bahagian kuning lemon + 2 bahagian ungu manis

BIRU LAUT GELAP
= 1 bahagian biru langit + 1 bahagian ungu manis

MANIS ANGGUR
= 1 bahagian biru langit + 6 bahagian ros merah jambu

14 comments:

  1. wah boleh cuba nie..mantap juga kalo nk bt kak nty..

    ReplyDelete
  2. @cucu umie
    cheq sue pun tak pernah try lagi gabungan warna2 ni... tapi boleh la cuba

    ReplyDelete
  3. wow! selalu tanya cikgu seni je kalo bab mewarna ni...sebab kt sekolah selalu dibekalkan cat yg limited warnanya...kite pulak kene pandai2 campur sendiri...pasni leh C&P masuk note book ni...boleh kan cheqsue??

    ReplyDelete
  4. @nuwairani ismail
    ambik la nuni...mana2 yang boleh pakai tu kita pakat2 share..

    ReplyDelete
  5. wahh. banyaknya boleh campur2..
    dulu tau beberapa kaler je pun.. heheh

    ReplyDelete
  6. @cik pulau
    cheq sue lagi la tak tahu langsung...

    ReplyDelete
  7. sue..kita ni duk salin je...nak gunanya tak tau bila...hahahha..aduiiiaiii...

    ReplyDelete
  8. @quinnie
    salin dulu yang penting...kalau nak review senang nak cari Q

    ReplyDelete
  9. dah lama xmain ngan warna...huhu..

    ReplyDelete
  10. bagusnya entry ni...sangat membantu...thanx ya cheqsue

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum nice sharing Cheq Sue. Thank you. Done follow awak. jom singgah bloq saya https://aenoyou.blogspot.my

    ReplyDelete
  12. Macam mana nk jadikan warna susu

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]