Saturday, July 23, 2011

Novelog 2 : Kisah Aku Dan Dia - Ep. 30


“Ada apa kau nak jumpa aku?” Firdaus memula kata di saat dia berhadapan dengan Idham di Starbuck Bukit Bintang selepas balik dari kerja. Lelaki itu yang beria-ia mahu bersemuka dengannya.
“Aku ada something nak dicakapkan dengan kau.” Angkuh sungguh bunyi suaranya.
“Hal apa yang penting sangat tu? Nak rebut tender dengan aku lagi ke?” Firdaus menyindir.
“Jangan cuba nak dekati Iman kalau nak selamat.”
Wah…mengugut namanya ni!
“Apa kaitannya dengan kau aku nak rapat dengan dia atau tak? Aku punya suka lah.”
“Kau tak habis-habis nak berebut dengan aku. Tolonglah Fir, aku benar-benar sukakan Iman. Aku tak mahu kehilangan dia.” Idham mengendurkan suara. Buat pertama kalinya dia mengalah.
Firdaus menyedut moccanya. Wajah Idham dipandangnya tepat.
“Aku dah menunggu terlalu lama untuk memiliki dia. Aku takkan sesenang melepaskan dia pada kau. Maafkan aku Idham.”
Idham memandang Firdaus berlalu dari tempat itu. Geramnya melampau-lampau. Dia cuba berlembut tapi jual mahal pulak lelaki tu.
Tak apa…dia belum tahu siapa aku!

*****

Firdaus terperasan ada sebuah SATRIA hitam yang mengekori keretanya sejak tadi. Keluar dari pintu pagar rumahnya hingga kini membelok ke kawasan perumahan Iman, kereta itu tidak masih dibelakangnya. Dia sudah berjanji dengan Iman untuk makan malam bersama.
Dua orang lelaki berpakaian serba hitam berada dalam kereta tersebut. Ntah apa yang mereka mahu. Macam-macam orang ada dalam dunia ini!
Seketika kemudian Iman keluar menuju ke arahnya. Cantik gadis itu malam ini berkemeja singkat dan skirt labuh berbunga-bunga.
“Kenapa bang?”
“Tu ha. Kereta SATRIA tu dari tadi follow abang. Tak tahu kenapa.”
“Jomlah. Tak payah hiraukan dia. Kita bukannya ada buat salah pada dia pun.”
Mereka memasuki kereta. Dua orang yang tidak dikenali kelihatan sedang cuba menghubungi seseorang melalui telefon bimbit.
“Okey. Ok boss.” Faham dengan arahan yang diterima, pemandu itu menghidupkan enjin keretanya dan mengekori semula kereta Firdaus yang berada selang dua buah kereta di hadapan.

*****

Selamat pagi sayang.
I miss you!
Firdaus.

Nota ringkas yang diterimanya bersama sejambak bunga mawar putih bercampur merah menyemarakkan paginya yang bercahaya. Berkali-kali jambangan iu diciumnya tanpa rasa jemu. Jannatun yang datang membawa kopi untuknya menyatakan rasa jeles melihat Iman menerima bunga yang digubah indah itu. Belum lagi hilang rasa sukanya menerima bunga dari Firdaus, office boy datang membawakan jambangan bunga yang lebih besar dari itu. Kesemua bunganya berwarna merah hati. Jannatun yang masih berada dalam bilik itu membeliakkan mata. Terkejut.
“Ni ada bunga lagi untuk Cik Iman.” Zaki menghulurkan jambangan itu pada Iman.
“Bunga untuk saya? Awak salah orang tak Zack. Saya dah terima dah pagi tadi.”
“Betul Cik Iman. Saya dah check dah. Memang untuk Cik Iman. Tadi tu yang lain.”
“Amboi…banyaknya peminat Cik Iman pagi ni.” Jannatun mengusiknya.
Dia membelek kad yang terselit di antara tangkai bunga.

I love You!
~Idham~

Idham lagi?
Dia memandang Jannatun yang semakin terkejut. Tak sangka orang atasannya menaruh hati pada gadis manis itu, detik hatinya.
“Kalau you nak bunga ni ambillah Atun.”
“Betul ke ni Cik Iman?” Tak percaya bila Iman menawarkan bunga yang berjumlah hampir 22 kuntum itu padanya.
“Ambillah. Saya tak mahu. Bunga pemberian Firdaus ni walaupun sikit besar maknanya pada saya.”
Jannatun mengendong jambangan itu keluar dari bilik Iman. Setiap orang di pejabat itu mendapat sekuntum bunga. Semua orang gembira. Idham yang memandang dari dalam biliknya hangin satu badan. Tak sangka Iman mempermainkan pemberiannya.

2 comments:

  1. - berebut pulak org nak kan Iman ye cheq sue...

    ReplyDelete
  2. @AI
    nk wak guano al...bare comey... pakat nk blakow

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]