“Hello. Assalamualaikum. Boleh bercakap dengan Iman?”
“Waalaikumussalam. Iman di sini. Siapa ni?”
“Amboi…sejak jadi orang KL ni langsung lupa pada orang Penang ya!”
Orang Penang? Sapa pulak yang tahu nombor aku kat sini? Hanya Mr. Joe. Tapi ni bukan suara orang tua tu. Siapa ya…
“Maafkan saya. Saya tak berapa cam. Siapa ni?”
“Ni Nik lah Iman. You dah tak ingat ke?”
“La, Nik rupanya. Sorrylah Nik. I betul-betul tak cam suara you tadi. Apa khabar?”
“Tak berapa baik Iman. Sejak you tinggalkan Penang, I betul-betul terasa kehilangan you.”
Nik Fauzan, dari dulu hingga sekarang tak pernah berputus asa untuk memenangi hatinya.
“Nik, you tak habis-habis nak bergurau dengan I. Zaryn mana you nak letak?” Saja je dia sebut nama Zaryn kerana dia tahu gadis itu meminati Nik Fauzan. Tapi lelaki biasalah. Memandang bintang dilangit hingga lupa rumput di bumi.
“Apa pulak hubungan I dengan Zaryn?”
“Nik, you tahu tak, Zaryn tu minat dekat you. Cuba you bukak mata tu sikit. I tak boleh nak terima cinta you. I told you already!” Rasa geram membara di hatinya.
“Eh…macam mana dengan baby you? Mesti sekarang ni you dah dapat rasakan dia bergerak-gerak dan menendang-nendang perut you. Kan!” Lelaki itu mengubah tajuk perbualan mereka pabila dia mengesan ada nada marah dalam suara Iman.
Ayat-ayat yang dikeluarkan dari bibir Nik Fauzan terasa begitu berbisa.
“Nik, sebenarnya I dah keguguran dua bulan lalu. Dah bukan rezeki I nak buat camana.” Iman menyatakan perkara yang sebetulnya. Dia tidak mahu berselindung lagi.
Nik Fauzan terdiam seketika mendengar penjelasan itu.
“Sorry Iman. I tak tahu. I harap you tabah dan bersabar okey. Eh…I kena letak phonelah. Ada call masuk. Nantilah bila free I call you back. Bye.”
Iman meletakkan gagang telefon. Hatinya benar-benar sedih dengan kata-kata Nik Fauzan tadi. Bayi bergerak-gerak dan menendang-nendang perut…itu adalah perkara biasa bagi ibu yang kandungannya telah mencecah usia 4 atau 5 bulan. Tapi dia tidak sempat merasa detik aneh itu…tidak sempat!
Air mata ditahan dari gugur. Itulah janjinya. Tidak mahu menangis lagi. Air matanya kini hanya untuk saat-saat yang bahagia saja.
*****
Sejambak mawar merah terletak di atas meja Iman. Agak terkejut juga dia bila membuka pintu bilik setelah masuk ke pejabat selepas lunch. Siapa pulak yang menghantarnya? Surprise…
Iman membelek kad yang terselit diantara bunga-bunga mawar yang berwarna merah. Syoknya jika Firdaus yang menghantar bunga itu. Kad kecil yang berbau harum dibacanya.
Salam kasih untukmu.
~Idham~
Idham?
Tidak percaya nota ringkas itu dari Idham. Tidak percaya bahawa Idham yang menghantar bunga itu. Eksekutif muda yang selalu tersenyum kepadanya rupa-rupanya menyimpan satu maksud yang lain. Sedang dia mengelamun, telefonnya berbunyi.
“Hai Iman. You dah terima bunga I?”
“Dah. Thanks.”
“I nak ajak you dinner malam ni boleh tak? Dah lama I nak ajak you keluar.”
“Malam ni? I sebenarnya tak suka keluar malam. Kalau betul you nak belanja I apa kata kita minum bersama petang nanti lepas habis kerja.”
“Minum petang? Boleh juga tu. Kat mana?”
“I tak kisah. Kat mana-mana pun boleh. Tepi jalan ke, kedai mamak ke, restoran ke. Terpulang pada you. You yang nak belanja I kan.”
“Kalau macam tu kita jumpa dekat lobi Swiss Garden nanti. You nak pergi sama I ke nak drive sendiri?”
Swiss Garden? High taste jugak Idham ni…
“I go by myself.”
“Ok. Kita jumpa nanti.”
Tak tahu ke lelaki tu yang Iman sekarang ni tengan baik dengan Firdaus? Takkan dia tak mendengar gossip yang sedang hangat diperkatakan. Masih hendak mencuba masuk line juga. Tak apalah, dia dan Firdaus pun belum ada apa-apa ikatan. Lagipun dia bukannya hendak memberi peluang kepada Idham cuma sekadar ingin memenuhi undangan rakan sepejabat sahaja.
Habis saja kerjanya jam 5, terus saja dia ke kereta. Idham menunggunya di tempat yang dijanjikan. Dia sebenarnya ada appoinment dengan klien di luar office tadi. Itulah sebabnya dia terus menunggu Iman tanpa masuk terlebih semula ke pejabatnya. Nasib baik Iman tahu bagaimana untuk ke sana. Dia pernah pergi beberapa kali dengan Firdaus.
25 minit tersangkut dalam jem, dia sampai juga akhirnya. Mencari parking, dia segera ke lobi mencari empunya diri yang sedang menantinya. Idham sudah sampai di situ. Menyambut kedatangannya, mereka bergandingan ke restoran yang ada di situ. Dalam keriangan itu, dia tidak melihat kelibat Firdaus yang kebetulan turut minum petang di situ bersama pak usunya.
Siapa lelaki itu?
Kacak. Hensem bergaya. Dari penampilannya jelas dia bukan dari golongan bawahan. Bukan calang-calang orang. Api cemburu marak membakar dalam dadanya. Seketika langkahnya terhenti.
“Kenapa ni? Jom.” Pak usu mencuitnya.
Dari jauh dia melihat Firdaus berdiri di sisi kereta di hadapan pintu pagar rumahnya. Wajahnya masam mencuka. Dia maletakkan keretanya di belakang kereta Firdaus.
“Abang tunggu Iman?”
Firdaus tidak menjawab pertanyaannya. Malah dia tidak memandang Iman pun. Dibiarkan keadaan sepi buat seketika.
“Iman bersama siapa di Swiss Garden tadi?” Sengaja ditekankan suaranya. Menggertak Iman biar dia tahu ada rasa cemburu di hatinya.
“Tadi Iman pergi minum dengan penolong pengarah tempat kerja Iman. Idham namanya. Dia yang beria-ia nak belanja Iman. Takkan Iman nak tolak.” Dia menjawab dengan nada yang lembut.
Idham?
Dia semacam biasa dengan nama itu.
“Kenapa berdua aje? Urusan apa sampai minum di hotel?”
Dia dapat mengesan perasaan cemburu Firdaus. Bahagia kerana baginya cemburu bermakna sayang. Sayangkah Firdaus padanya?
“Kami dah berjanji untuk minum berdua. Takkan itu pun salah.” Dia membalas semula.
“Memang tak salah. Tapi Iman tahu tak abang tak suka semua tu.”
“Kenapa pula abang tak suka? Iman berhak buat apa yang Iman suka. Iman pun tak terikat dengan sesiapa. Iman dah bebas.” Lancang mulutnya berkata-kata. Sengaja mahu mendengar apakah jawapan lelaki itu.
“Iman…abang jelous tengok Iman dengan lelaki lain. Berbulu mata abang ni tau.”
“Abang…Iman keluar dengan dia hanya sebagai seorang kawan sahaja. Iman tahu apa yang Iman buat. Iman sedar siapa diri Iman. Abang jangan risau. Iman boleh jaga diri.”
“Itulah yang abang harapkan. Abang cinta dan sayangkan Iman. Abang tak mahu berkongsi Iman dengan sesiapa.”
Firdaus telah menyebutnya! Itulah kalimah yang paling ditunggunya. Selepas dia kehilangan Rezal dan Najhan Rushdan, dia tidak mahu kehilangan Firdaus pula.
“Maafkan Iman abang.” Dia mencapai tangan Firdaus dan mengucupnya.
Dia berazam itulah kali yang pertama dan terakhir dia keluar dengan Idham.
rasanya....
ReplyDeleteayu kena pi kedai printing..
kena save novelog cheq sue.....
kemudian bukukan..
kalau tak..
tak dapat ayu nak baca.....
@Citarasa Rinduan
ReplyDeleteNantcheq sue cuba usahakan copy n emailkan kat ayu okey.... sabaq...sabaq...