Saturday, July 16, 2011

Simple Hawaiian Pizza

Assalamualaikum & selamat pagi...

Selamat berhujung minggu kawan-kawan... Agaknya ke mana destinasi hari ini? Mesti ada plan nak ke mana-mana bersama keluarga. Cheq sue pikir2 harini nak berjalan-jalan ke negeri Perak... amboiiiiii macam jauh aje bunyinyer padahal setoet kat situ aje... Rasa2 dah lama tak berjoli-joli menghabiskan sisa2 duit ni menunggu gaji akan datang... Ngeh ngeh ngeh..
Berbalik pada resepi ni...cheq sue mencuba pulak resepi dari blog Che Mat - Dapur Tanpa Sempadan. Satu yang sukanya dengan resepi ni adalah kuantitinya yang sedikit. Jumlah tepung yang digunakan hanya 300g, kira-kira kejap ajelah nak ngabeskan ni. Kalau untuk keluarga yang kecil...atau nak makan berdua aje sedang elok la adunan ni.. Sebab tu la pizza kali ni cheq sue tak dapat nak bahagikan pada adik naim... sori ye....
Pizza ni kan, sedap dimakan semasa masih panas... lembut di dalam dan rangup di bahagian bawahnya. Bila angkat adunan yang dah masak pun ringan aje...makan apetah lagi... ala2 di pizza hat la....

Yang ni dah siap dibakar... daripada adunan asal dalam 2 cm naik sehingga 5 cm

Daripada satu adunan, dibahagikan kepada 4. nampak pun dah gebu kan dohnya tu...

untuk pizza hawaii simple ni cheq sue hanya masukkan capsicum dan nenas aje... boleh jugak dimasukkan bende2 lain..ayam ke, sosej ke...tapi xde stok pulak dalam esbok tu... dah ada nenas kira ok ajelah
** kedekut tol...secoet je mozzarella...

Mmmmmm..... yummyyy!!!! Kena lari pusing padang lepas makan pizza ni...

SIMPLE HAWAIIAN PIZZA
Sumber : Che Mat DTS

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)
-300 g tepung gandum cheq sue guna tepung roti
-6 g instat yeast
-20 g mentega
-10 g gula halus
-1 camca teh bread improver (optional)
-1/4 camca teh garam
-1 1/2 camca besar madu cheq sue ganti dengan golden syrup
-170 ml air air suam
-Sedikit tepung untuk ditabur

BAHAN-BAHAN PIZZA GEBU :-)
-4 batang sosej ayam "ayamas", hiris serong
-4 hirisan gegelang red capsicum
-4 hirisan gegelang yellow capsicum
-4 hirisan gegelang green capsicum
-1 biji bawang besar, hiris bulat (optional)
-175 g keju mozzarella, hiris nipis2
-Sos tomato dalam botol secukupnya
-4 camca besar mayonnaise
** untuk topping cheq sue hanya guna belen sos dan tabur capsicum, nenas, mayonis, sos dan mozarella ~ bikin simple2 udah la....

CARA MEMBUATNYA :-) 

UNTUK DOH PIZZA :-
-Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu.
-Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. -Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.
** untuk doh cheq sue masukkan semua bahan2 (kecuali air) ke dalam food processor, blend sekejap kemudian masukkan air

KAEDAH LAIN :-
-Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap. 

UNTUK PIZZA GEBU :-
-Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan.
-Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat.
-Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal.
-Letak 2 camca besar mayonnaise, ratakan dan letak pula sos tomato, ratakan.
-Susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. untuk saiz mini yang cheq sue buat ni bakar dalam 10-15 minit je
-Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk satu bahagian lagi..
MMM

8 comments:

  1. jam 2.30a.m. ok. perut memang lapar. nak pizza tu! :D

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum cheq sue..
    wah rajinnya buat pizza... akak nak ckit... nampak sedap tu ... meleleh air liur tau

    ReplyDelete
  3. - pon makan pizza malam takdi...tapi beli hehehe..domino...

    ReplyDelete
  4. Salam Cheq Su..amboiii rajin sungguh..kalau akak, calling2 je delivery tu, akak ni memang pemalas sungguh
    :D

    ReplyDelete
  5. @belog|amiyo
    awat tak calling calling amiyo...buleh pi hantaq

    ReplyDelete
  6. @Diana @ Melley Mey
    Buat doh aje kak...sos dah ada belen aritu... kira2 perabih stok la ni

    ReplyDelete
  7. @AI
    Cheq sue tak pernah makan lagi pizza domino tu... mesti best kan..

    ReplyDelete
  8. @IXORAROXI
    Akak... camana la nak calling-calling... paling dekat pun kat ipoh..deme pun xmau hantar mai ch ni... terpaksalah buat sendirik

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]