Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Sunday, November 10, 2013

" Saya Tunggu Awak "

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

  
Sungguh. Ramai rakan-rakan saya yang belum bertemu jodoh meluahkan kerisauan mereka. Jujur, mereka akui adakalanya cemburu melanda tatkala melihat ramai sahabat dan kenalan sudah berkeluarga. Punya pasangan untuk saling berpegangan tangan, punya cahaya mata untuk bergurau senda. Lalu, mereka jadi tertanya-tanya bilakah akan sampainya giliran mereka?

Perjalanan hidup saya menyaksikan jerih perih mereka melawan tekanan. Bukan sekadar dari diri sendiri, bahkan lebih menyesakkan hati bila terpaksa berdepan dengan soalan dan asakan dari keluarga dan kenalan.
“Bila nak kahwin?” “Bila lagi nak makan nasi minyak?”.
Itu belum lagi termasuk soalan-soalan berbaur sindiran.
“Kenapalah yang memilih sangat ni?” “Siapa suruh letak hantaran mahal-mahal?”
Aduhai.. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Wahai sahabat-sahabatku yang baik,
Kalau ada dari kalangan kita yang masih belum berumahtangga, jangan ditanya-tanya andai kita tidak punya niat mahu mengusahakan jodohnya. Doakan sahaja. Soalan-soalan kita adakalanya hanya menambah tekanan buat mereka.

Kalau ada pula sahabat yang sedang membaca ini masih belum bertemu jodoh, bersabarlah kerana perjalananmu masih jauh. Kalau Allah masih mahu kita bersabar, tidak perlu kita terkejar-kejar. Sebenarnya, Allah sudah memberitahu dengan jelas bahawa sebaik sahaja manusia diciptakan, segala perkara mengenai kita sudah pun berada di dalam genggaman-Nya. Soal jodoh, rezeki, hidup dan mati semuanya sudah tertulis. Sebab itu, biar apa pun cakap-cakap orang tentang jodoh kita, tak sepatutnya buat kita berduka. Yang penting, kita berusaha dan terus yakin bahawa apa yang Allah tetapkan adalah yang terbaik untuk kita. 


Percayalah.. 

Alam rumahtangga ni, macam air tasik. Nampak tenang dan cantik, tapi sebenarnya, kita tak tau apa yang ada kat dalam tu. Walaupun orang yang dah terjun ke dalamnya pun, masih banyak yang mereka tak tahu. Ada indahnya. Ada bahayanya. Sebab itu, kita tak boleh tergesa-gesa. Kena yakin pada takdir. Kena yakin bahawa Allah akan lepaskan kita ke dalam tu bila kita betul-betul dah sedia.

Insya-Allah.. Kalau dah jodoh takkan ke mana.. Enjoy the shortfilm - SAYA TUNGGU AWAK.

Temui penulisnya di FB : Bonda Nor.

Tuesday, May 8, 2012

Sesekali...



 
 
Sekadar berkongsi satu keindahan alam. Dengan kamera cap ayam, siapa kata tak boleh dapat shoot yang menarik jika kena caranya. Hobi memotografi dan berfotografi memang dah sebati dalam diri cheq sue. Bab bergambar memang nombor satu. Album gambar dah hampir 10 dalam simpanan... Rasa2 pun ramai dari kita yang mempunyai hobi ni kan... Memang sesuai sangat lah...



Lokasi : Kebun Bunga di Batu 49 Kuala Terla
Date : 25 April 2012

Wassalam ^^


Saturday, December 17, 2011

Apa Lelaki Mahu???

 
 


Petang semalam sempat bermesyuarat tingkat dengan kakak-kakak di depan rumah. Sambil2 melayan mood merudum ni, just nak share citer ni. Apa lelaki mahu? Macam mana yang mereka hendak? Kisah ini berkisar tentang perhubungan dan pemilihan seorang perempuan untuk di jadikan isteri. Kita namakan dia sebagai A. Sebenarnya A ni masih muda, belum pun 25 tahun, bekerja sebagai anggota keselamatan di selatan tanah air. Dia pernah bertunang tetapi ditakdirkan tiada jodoh, maka perhubungan itu terpaksa diputuskan. Sebabnya kerana si  perempuan itu 'agak' cemburu dan 'kurang kepercayaan' kepada bakal suami yang berjauhan.

Okeh, bila dah putus tunang, agaknya sedikit terasa, maka A memberi kepercayaan kepada keluarga untuk menentukan dan memilih jodoh untuknya. Dia menyatakan TIDAK KISAH yang macam mana pun. Maka berlakulah sesi cari mencari, intai mengintai dan risik merisik. Ada sesekali A membawa balik seorang gadis, tetapi tidak disetujui oleh datuknya dengan alasan TERLALU KURUS. Kemudian diperkenalkan pula dengan seorang jururawat tetapi tak mahu juga, kerana BANYAK HUTANG (kita andaikan dia hutang PTPTN la tu...). Ok takpe. Jumpa pulak seterusnya dengan seorang cikgu. Mmmmm ditolak jugak kerana ada sedikit kecatatan fizikal padanya. Kemudian ketemu lagi dengan seseorang tetapi tidak berkenan sebab kulitnya hitam (lahir masa bulan gerhana kot). Yang berada jauh-jauh pun tak mahu juga. Yang x ada kerja pun dirijeknya juga. Agaknya mahu yang cantik aje macam Aishwarya Rai atau Kareena Kapoor.... Iyalah, zaman sekarang ni masalah jugak kalau dapat calon isteri tak lawa. Nanti lima enam tahun pun orang asyik dok cerita benda sama aje.

Tiba-tiba rasa seram, terbayang diri sendiri, kalau semuanya nak yang lawa-lawa tahap retis, yang tinggi lampai macam Ziana Zain, atau yang tubuhnya seperti Amber Chia... kesian la yang tak berapa lawa ni. Yang debab, yang kemetot, yang gerhana kulitnya...maka siapa yang akan memilih dia? Kenapa syarat luaran yang dijadikan keutamaan? Lalu bagaimanakah dengan syarat-syarat yang ini...  (Sumber Mr Wiki)
  • beriman & solehah
  • rupa paras yang sedap mata memandang, dapat menyejukkan hati suami
  • memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
  • menentukan mas kahwin yang rendah
  • wanita yang subur
  • masih dara
  • berasal dari keturunan yang baik
  • bukan keturunan terdekat
  • tidak memandang harta semata-mata

Pada pandangan cheq sue, A masih muda dan masih punya banyak masa untuk mencari yang serasi dan memahami jiwa. Urusan ajal, maut, jodoh dan pertemuan semua telah ditetapkan. Hal nikah kawen ni bukan macam main pondok-pondok. Ianya hal sepanjang hayat. Apalah guna syurga di dunia jika derita juga sudahnya? Setiap orang punya kelebihan dan kekurangan sendiri. Dan sebagai bakal pasangan, andalah yang akan melengkapkan kekurangan pasangan diri anda. Sebenarnya ini bukan saja untuk A, tetapi juga untuk diri sendiri.... Dan lelaki, carilah pelengkap tulang rusukmu dengan sebaiknya kerana ia akan melengkap dan menyempurnakan kehidupan anda selamanya... Wassalam...

"Ya Allah, rezekikanlah aku dengan cintaMu, dengan orang yang mencintaiMu, dengan cinta yang boleh mendekatkan aku denganMU."

Wednesday, June 22, 2011

Dicintai, Bercinta, Mencintai

Pinjam Pokcik Google nye gambo
 1. Apabila anda bersama dengannya, anda akui dia istimewa tapi anda berpura-pura tak peduli. Tapi bila dia tiada, anda mencari-carinya pula. Pada ketika begini, anda sedang dilamun perasaan cinta

2. Walaupun ramai orang di sisi anda, tapi perhatian anda hanya tertumpu kepadanya. Itu tandanya anda sudah jatuh cinta

3. Sepatutnya dia sudah menghubungi anda lama sekembalinya dari satu perjalanan yang jauh, tapi telefon anda terus membisu. Anda menanti dengan kecewa dan penuh mengharap. Itulah tandanya anda sedang dilamun arus cinta

4. Kalau anda berasa sangat gembira hanya kerana sepotong SMS daripada seseorang yang anda rasa istimewa, anda sedang tenggelam dalam alam percintaan

5. Jika anda ada sesuatu yang ingin diberikan dan anda hanya teringatkan dia sebagai penerimanya, itu tanda anda memang bercinta

6. Katalah anda seorang wanita yang ego dan tidak mahu mengajui hal ini dan sentiasa berkata pada diri sendiri 'Dia hanya seorang kawan' tapi anda tidak berjaya memadamkan nama atau wajahnya daripada ingatan anda, pada ketika itu anda sedang bercinta

7. Lebih nyata tatkala anda sedang membaca sebuah novel yang sangat menarik, tiba-tiba muncul seseorang dalam minda anda, maka anda sedang bercinta dengan orang berkenaan

8. Anda berasa gelisah kalau tak dengar suaranya. Anda jadi malap tapi tiba-tiba segar bugar, lapa menjadi kenyang, mengantuk menjadi terang. Apa lagi kalau bukan cinta

9. Anda jadi cemburu apabila dia terlalu banyak memuji kecantikan orang lain. Eh, apa pasal pulak anda nak cemburu ni? Tak lain sebab arus cinta sedang berputar dalam diri anda

10. Lucu sekali apabila anda rasa sayang nak buang apa jua pemberiannya, tiket bas, pembalut gula-gula, waima daun kering. Kalau lipas gigit benda-benda tu, anda rasa tak geli nak gigit lipas tu balik. Anda memang sedang mabuk bercinta.

Sumber :
Pg 59 & 60 : Membina Rasa Cinta - Dr HM Tuah Iskandar al-Haj


 

Thursday, June 9, 2011

Awak bile lagi....

Mu bilo lagi?
*InsyaAllah....
Cepat2 la wehhh....
* (^_^)

Pah bilo nyo demo?
* Senyum jerk

Dok make hok ore jah ni, hok sediri bilo pulok?
* Ado kito panggil ahhh... Soba (Cepat2 larikkkk.................)

Cepat2 la cheq sue weh...nak make gula pasir puteh plok nih...
* Bakpo? Gula sini tok sedak kow? 
Dok lah...make gula hok cheq sue la pulok
* Senyum lagi...

Tok terliur ko?
* Liur gapo? Nasik ko? Liur la..Lapa cerot ni...
Nu eh... 
* Alamak.... hok tu jgk ditunjuk ke aku... (pengantin bersanding...)


Hummmmm..... sesak napas dengan soklan2 cepu cemas ni. sakit palo den ....he he he



Saturday, May 28, 2011

Cinta & Kawan



Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung...
Tiba-tiba
CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa??
Kerana
CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga...
Kenapa?? Kerana...
KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA!!
Di dalam telaga
CINTA hilang... Kenapa??
Kerana...
CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga,
sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...
Sedangkan
KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..
Kenapa??
Kerana...
KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia... kan ??
 

so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia bererti...

Sunday, May 22, 2011

Tentang Bulan


Bulan…kelihatan berbalam di hujung jari
Semakin aku cuba menggapainya semakin ia menjauh
Semakin aku mengejarnya, semakin ia berlari meninggalkanku
Cahaya yang indah, penuh seri dan memanggilku terus merenungimu
Engkau tetap setia melimpahkan cahayaMu ke seluruh alam ini
Menjernihkan kesuraman dalam hatiku
Membawa diriku dalam keasyikan
Melupakan seketika saat-saat duka yang sentiasa mengekoriku sejak dulu
Tuhan, berilah aku kekuatan
Seperti sinar rembulan yang Engkau anugerahkan buat semua…

Thursday, May 5, 2011

Bicara Seorang Aku

Meratap pilu hati ini mengenang dirimu
Mengalir air mata menangisi kepedihan
Tangisan yang meluruhkan titik-titik kehampaan
Meringankan  beban perasaan
Diiring kesakitan yang tidak nampak zahirnya             
Atau luka yang tidak terasa sakitnya
Benih-benih kebencian mulai bercambah tanpa kau sedar
Bersaing dengan tunas-tunas cinta yang kian layu dimamah masa
Mampukah lagi kita menahan gelora…