Sunday, August 9, 2026

Asam Pedas Ikan Duri Dan Telurnya

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya sebenarnya dah lama sangat nak makan telur ikan. Selalu tengok telur ikan mayong di masak asam pedas, aduhhhh memang kecur liur dibuatnya. Di Kelantan ni agak susah nak jumpa telur mayong, jadi nak hilangkan kempunan belilah telur ikan tenggiri atau mana-mana telur ikan yang ada dijual. Selalu goreng garam kunyit je, buat garing-garing makan sekali dengan minyaknya.

 Telur ikan duri ni saya jumpa di satu kedai ikan di kawasan Bukit Gedombak. Excited weuh bila tengok telur setompok dalam bekas, bila tanyakan telur ikan duri rupanya. Bahagia nisi ikan pun ada dengan harganya RM30 sekilo. Boleh tahan mahal ehhh, barangkali sebab susah nak dapat dan tak ada yang pelihara jenis ikan ni agaknya. Saya beli seketul bahagian isi, saja nak cuba masak asam pedas. Masa berulang ke Tanah Merah dulu memang sentiasa Nampak kedai jual asam pedas ikan duri di Jalan Paloh Rawa tapi memikirkan mesti masakannya pedas, tak pernah pulak rasa nak berhenti cuba.



Bila dah bayar, dok ulang ke tengok telur ikan tu, hanya ada setompok bagaikan memanggil-manggil supaya membelinya. Akhirnya saya beli jugaknya, bimbang dok teringat dan payah pulak dan jumpa selepas ni.

 Dah beli tu terfikir pulak nak masak macam mana. Telur ni dah tercabut daripada sarungnya, malah ada yang jadi sebiji-sebiji macam guli. Saya buat ikut pandai sendiri sajalah, tumis dulu kebanyakan rempahnya dan masukkan isi ikan dulu. Bila masukkan telur, terus kuahnya jadi berketul-ketul dan tak cantik. Rupa-rupanya begitulah kejadian masak telur ikan yang besar-besar ni ya… Barangkali telur tu perlu dicelur sebentar dalam air panas sebelum dimasukkan ke dalam kuah.

 Rasanya pulak bagi pertama kali tu agak pelik, sebab tak pernah makan telur jenis besar, jadi saya didihkan lebih sikit dan hasilnya lebih kenyal-kenyal gitu… Alhamdulillah tercapailah sudah Hasrat nak makan telur ikan. Walaupun begitu, kalua ada jumpa telur ikan mayong lepas ni tetaplah saya nak cuba. Hehehe…  



 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]