Showing posts with label Silicon Mould. Show all posts
Showing posts with label Silicon Mould. Show all posts

Sunday, April 15, 2012

Bingka Crackers & Silicon Mould


 
 
Bila ya buat bingka ni...
Dua tiga hari lepas kot, lupa dah
Kira2 versi tertangguh la ni
Cheq sue sebenarnya lebih kepada nak habiskan santan dan roti tongkat sebenarnya
Haaaaaaaaaaaaaaaa...
Roti tongkat?
Rasa2 orang Kelantan mesti tau kan camana bentuk roti tu
Roti tongkat tu eceli sejenis roti kering, tapi berbentu memanjang macam tongkat
Cicah dengan kopi O panas memang kalah la yang lain tu
Memang sedap sangat, tambah2 bila makan ramai2
Tapi dah sensorang ni jadi x nak pulak
Pikir2 baik buat bingka, boleh jgk bagi kawan2 makan
 


 
Rasa dia ok lah
Tapi kalau dibandingkan dengan crackers, yang guna roti tongkat ni lagi ringan
Udah memang roti tu pun ringan ye dak
Apapun satu lagi koleksi resepi untuk dicuba
Dan tentunya bingka ni memecah dara acuan SM cheq sue yang terbaru
Tak kisahlah orang lain guna sampai dah lunyai pun kan
Kita dok atas bukit ni baru je jumpa kedai yang jual
InsyaAllah nak tambah koleksi lagi
Memang syok bila guna
Senang aje nak keluarkan
Nak ke Jepun beli benda ni xde rezeki lagi, ke Ipoh aje lerrr...
 Jangan marah ye Nani...
Oklah, pada kawan2 yang ada lebih2 crackers tu boleh la cuba
Wassalam...

BINGKA CRACKERS (ROTI TONGKAT)
Resepi : KH267tm @ MyR
Sumber : Kak Yatie 
 
Bahan-bahan
140 gm biskut cracker (biskut lemak)
85 gm tepung gandum
210 gm gula - Yatie letak 1 cwn
3 biji telur
710 ml santan @ susu cair
1 sudu besar butter@marjerin@minyak sapi
1 sudu kecil pandan paste atau pewarna hijau
Secubit garam
Sedikit bijan utk tabur

Cara-Cara
Panaskan oven suhu 180 C. Lengserkan loyang dengan minyak.
Blend semua bahan kecuali bijan sehingga semua hancur.
Tuang ke dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
Yatie panaskan loyang yg di sapu minyak terlebih dulu dlm 3 minit, baru tuangkan adunan.
Bakar selama 1jam atau sehingga keperangan.
Sejukkan dan potong.

Thursday, January 19, 2012

Kuih Bakar Kentang


 
 
Akhirnya SM pemberian Kak Mynn telahpun selamat ditest dan sudah pass QC. Tengoklah betapa senang dan jelitanya kuih bakar kentang ni. Dengan menggunakan acuan SM, kuih lebih mudah dikeluarkan dan langsung tak melekat. TQ akak!!! Makin berkobar2 ni nak tambah koleksi SM... Aishhhh...
 
Kuih bakar ni sebenarnya dah dibuat 2 3 hari lepas. Satu adunan ni tak berapa banyak, suka sebab sekali habis je. Cuma tang santan tu cheq sue ganti dengan susu full cream. Bukan xde kelapa, tapi malas nak mesin. Kalau dah malas tu kan...dah ada depan mata pun xjadi keje. Tapi yelah, bila guna susu ni x la lemak macam guna santan...ala-ala aje, tapi just nice dan x muak.

Istimewanya kuih bakar kentang ni bila ia memberikan rasa yang sedikit lain dan pilihan yang boleh dibuat selain dari kuih bakar biasa. Dengan adanya kentang yang dilenyek tu, bila makan terasa-rasa lemak kentangnya. Sesuai sangat dijadikan pelengkap dengan teh atau kopi semasa minum petang. Jadi bagi sesiapa yang dah cukup bahan-bahannya tu bolehla cuba. Senang dan ringkas aje. Wassalam...





KUIH BAKAR KENTANG
Resepi : Kak Jun
Sumber : Izah

Bahan-bahan (1 family)
2 biji ubi kentang-rebus n kisar/lecek
1 biji telur
2/3 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
pewarna kuning atau hijau
1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan
3 sudu susu cair (ni akak tambah)

Cara-cara
Kacau telur dan gula. masukkan tepung dan santan. kacau rata dan tapis.
Tuang dalam ubi kentang tadi dan kacau rata. Masukkan minyak sapi cair tadi dan gaul sebati.
Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar dan tuang adunan. masak atas api kecil, tabur bijan jika suka.
* jun masak dalam acuan kecil2 dan bakardalam oven selama 15-20min

Friday, September 23, 2011

Silicon Mould ~ Mini

Assalamualaikum & salam sejahtera

Konfius ngan gambar ni, nak tunjuk SM ke nak tunjuk bunga?

Bila sebut tentang SM @ silicon mould ni memang sangat glemer la di kalangan blogger masak2 ni. Cheq sue memula x tahu pun...bila ke kedai bakery, ada la pernah ternampak mould yang kaler maler macam plastik tapi regenye aduiiiii mahal bebenor. Nengok ajelah kawan2 nayang SM ni. Memang tidak dinafikan penggunaan SM ni lebih baik dari mould biasa. Depa kata nak keluarkan tu senang...takyah nak basah2kan bagai.

Kat dalam hati ni memang dah lama dok teringin nak beli 1 2 jenis SM ni. Nak la jugak ada dalam koleksi. Jadi masa ke TESCO beberapa bulan lepas, terjumpa lah dengan SM saiz mini...cheq sue amik satu aje...walaupun mini, regenya dalam 5 hengget jugak. Haduiiiii berkira! He he he... Bukan ape..beli dulu 1, tgk cane kalau berkenan beli pulak yang lain... Macam la buleh caye kalau cheq sue tak suka. Acuan ni cheq sue pernah nampak Mas guna untuk puding coklat


Kalau korang pernah nampak n3 berkaitan SM ni di sini, sini dan sini...korang tengok2 la ye. Cheq sue dah berapa kali dok tahan napas nengok ke SM deme.

 Kalau tgk puding ni, jadik macam n3 Kak Nor yang ni, katanya disebabkan SM tu basah...tapi yang cheq sue ni memang tak basah...kot sebab tekstur puding tu ye dak? 

Untuk mengetest  SM ni, cheq sue cuba dengan puding yang tak ada resepi. Ha ha ha... dalam n3 ni, cheq sue ada buat bahulu tapi tak jadi. Daripada buang gitu aje sayang wehhhhh, so cheq sue pun oter la sesikit dan alhamdulillah jadi jugak pudingnya (boleh makan la kiranya!). Tambah susu cair, serbuk agar-agar dan air masak, blend dengan bahulu tu...masak hingga mendidih...tada......... cuma sukatannya tu xde la, aci campak aje! (Nasib baik la jadi, kalau tak campak dalam cik tong la jawabnya)

Wassalam...