Thursday, January 19, 2012

Kuih Bakar Kentang


 
 
Akhirnya SM pemberian Kak Mynn telahpun selamat ditest dan sudah pass QC. Tengoklah betapa senang dan jelitanya kuih bakar kentang ni. Dengan menggunakan acuan SM, kuih lebih mudah dikeluarkan dan langsung tak melekat. TQ akak!!! Makin berkobar2 ni nak tambah koleksi SM... Aishhhh...
 
Kuih bakar ni sebenarnya dah dibuat 2 3 hari lepas. Satu adunan ni tak berapa banyak, suka sebab sekali habis je. Cuma tang santan tu cheq sue ganti dengan susu full cream. Bukan xde kelapa, tapi malas nak mesin. Kalau dah malas tu kan...dah ada depan mata pun xjadi keje. Tapi yelah, bila guna susu ni x la lemak macam guna santan...ala-ala aje, tapi just nice dan x muak.

Istimewanya kuih bakar kentang ni bila ia memberikan rasa yang sedikit lain dan pilihan yang boleh dibuat selain dari kuih bakar biasa. Dengan adanya kentang yang dilenyek tu, bila makan terasa-rasa lemak kentangnya. Sesuai sangat dijadikan pelengkap dengan teh atau kopi semasa minum petang. Jadi bagi sesiapa yang dah cukup bahan-bahannya tu bolehla cuba. Senang dan ringkas aje. Wassalam...





KUIH BAKAR KENTANG
Resepi : Kak Jun
Sumber : Izah

Bahan-bahan (1 family)
2 biji ubi kentang-rebus n kisar/lecek
1 biji telur
2/3 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
pewarna kuning atau hijau
1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan
3 sudu susu cair (ni akak tambah)

Cara-cara
Kacau telur dan gula. masukkan tepung dan santan. kacau rata dan tapis.
Tuang dalam ubi kentang tadi dan kacau rata. Masukkan minyak sapi cair tadi dan gaul sebati.
Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar dan tuang adunan. masak atas api kecil, tabur bijan jika suka.
* jun masak dalam acuan kecil2 dan bakardalam oven selama 15-20min

12 comments:

  1. Assalamualaikum cheq sue...
    akak lom perna buat lagi kuih bakar kentang nie.. mmg nampak sedap sgt tgk... makan panas2 nie sedap nie kan cheq sue

    ReplyDelete
  2. cHEQ SUE,KUIH BAKAR KENTANG KE KELEDEK KE MMG SEDAP,DAH PENAH TRY GUNA RESEPI NIH..Adeiii urup besaq lak,Amboi depa guna Sm eks..BESTKAN GUNA sM,MMG SNG NAK KLR N XTINGGAI KESAN..

    ReplyDelete
  3. cheq sue,
    sesekali layan kuih bakar mmg sedapkan..resipi yang nie akak suka pelbagaikan..pernah buat guna keledek juga..hokey ajer kejadian nyer..

    ReplyDelete
  4. salam..mmg sedap kuih bakar kentang ni..lemak2 rasanya tu..best :)

    ReplyDelete
  5. samalah kita yerk, k.gee pon buat kuih bakar tp tak sempat nk n3 lagi...sedap, lebih2 lagi kerak dia kan...

    ReplyDelete
  6. as'salam mmg sdp kuih ni suka mkn ank2 pun suka...lama pulak x buat..

    ReplyDelete
  7. terliurnya dni tengok kuih ni.. tak sabar nak beli over nak baking2 :D

    ReplyDelete
  8. wah..jelita sungguh kuih itu..jom join contest sy :)

    ReplyDelete
  9. wah..jelita sungguh kuih itu..jom join contest sy :)

    ReplyDelete
  10. patut la cantik..pakai sm rupanya..:) kuih ni kita tak cuba lagi...

    sue...inti kastard tu elok masak dulu....tapi kalau ikut sukatan tu cam tak cukup susu dia tu..kena tambah air skit kalau dak kastard tu tak masak....kita paipkan sue kastard tu..tapi sebabkan kita duk lapis2kan utk habiskan inti tu..tu yg rupa dia cam dah berterabur...kikiki..kalau ada lebihan kastard boleh jadikkan inti kat dlm bun tu...

    ReplyDelete
  11. cheqsue..acik pernah jugak buat kuih ni..memang sedap..lembut je kan..

    ReplyDelete
  12. macam xpenah makan la..errr.
    leh plak macam.huhuhu

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]