Wednesday, January 25, 2012

Basic Bread Dough


 
 
Roti...roti... Dok kampung, buat roti manual aje, tapi masih sedap, gebu dan lembut. Betul ni..bukan naik lif tekan sendiri okeh... Ye la, kita sebagai geng masak-masak (GMM) ni kenalah jujur. Kalau apa yang kita buat tu tak jadi, atau tak sedap, jangan lak kata sedap... kalau tak jadi jangan lak malu. Kalau asik buat jadi elok je kang jadik riak takbur pulak. Yang jadi yang tak jadi tu akan penjadi pengajaran dan memberi pengalaman berharga dalam hidup.

Betapa ramai yang dah mencuba BBD doh ni, dan dibuat bermacam2 pesen roti, memang terliur sangat nak cuba. Masih belum beli lagi tepung rotinya tapi cheq sue guna tepung superfine. Tapi kebetulan masa buat semalam agak terkejar2 masa, kerana nak menghadiri kenduri di Wakaf Bharu. Jadi hasilnya dan gambar pun x berapa nak memuaskan hati. 






 
Dengan BBD ni cheq sue buat sosej roll goreng, sebab nak perabihkan stok breadcrumb. Lagipun kalau roti sosej ni memang sesuai di goreng, memang layan aje. Satu adunan tu dapat banyak jugak. Satu peket sosej daging tu cheq sue belah dua dan kemudian dipotong dua, kira2 dalam saiz mini aje roll ni. (Bukan kedekut ya...kalau buat besar2 macam gedabak tak cantik laa....)
 
Kalau sesape yang ada kelapangan tu boleh la dicuba. Pada cheq sue, resepi ni just nice, terasa manisnya dan memang kena bila digoreng. InsyaAllah lain kali nak cuba bakar pulak. Tq pada penyumbang resepi ni ya.. Wassalam...
 





 
BASIC BREAD DOUGH RECEPI
Resepi : Puan Roshayati Johari (no link)
Sumber: Mamafami

Bahan2:
Bahan A
500g tepung roti
100g gula
30g susu tepung xde stop kat rumah, so tak masukkan
1 sk garam
1 sk bread softener- optional
1 sk bread improver- optional 
4 sk yis

Bahan B
250ml air, 1 bj telur- pukul sedikit

Bahan C
80g margerine

Bahan D
Gula kasar utk tabur- x letak

Cara-cara :
1. Gaul sebati bahan A
2. masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
3. masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
4. biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.,
5. tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
6. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180'C selama lbh kurang 30 minit.
7. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.

atau

1. Masukkan semua bahan kecuali Bahan D dalam Bread Maker, pilih setting doh (dlm sejam setengah).
2. bila BM dh siap menguli, kuarkan dan tumbuk2 utk buang angin dia,
3. bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
4. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
5. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat. 
 
** Oleh sebab cheq sue buat sausage roll, maka cheq sue celurkan sekejap sosej yang dipotong ke dalam air panas, dan toskan (keringkan) airnya kemudian dibalutkan dengan doh roti. Penaikkan sekejap sebelum dicelup ke dalam telur dan digaul dengan breadcrumbs. Bila dah siap ni cheq sue penaikkan sekali lagi dan digoreng sehingga kekuningan.
 

6 comments:

  1. Hmm sedap nya roti nya.. Melly juga suka buat roti sendiri, suka juga lihat dari Mamafami.. best khan mama kalo buat roti..hehe
    btw..salam kenal yah dari Melly.. ;)

    ReplyDelete
  2. Assalam sue, nmpk kegebuan je roti tu, rajinnya. Bila blk CH, akk dh kat KL ni

    ReplyDelete
  3. uuuu...dah seminggu BM tu cuti...bagi dia rehat jap (sementara tuannya masih dalam mood malas ni...).. hehe...

    ReplyDelete
  4. sempat meroti ya sue..hehe

    mekaseh sudi masuk contest akak tu ya..betul gak kata sue tu ..gi langkawi beli pyrex boleh buat 2nd GA..good idea.hehe

    ReplyDelete
  5. cheq sue..acik simpan resipi ye..buat tak tau bila..kalau acik nak cuba pizza boleh guna jugak ke resipi ni..

    ReplyDelete
  6. betul betul cheq sue.. kalau semua jadi naik riak lak nanti ek. dan , sesuatu makanan n resepi tu kalau tak kena ngan selera kita bukan lah kita nak judge resepi tu tak sedp atau tak menjadi, cume selera kita tak sesuai dengan selera tuan nyer resepi kan.

    apa apa pun, roti ko tu membuat aku kembali semangat aa nak meroti. hehe

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]