Wednesday, January 18, 2012

Kacang Dal Goreng Rangup

 
Time petang2 camni, memang masyuk kalau dapat mengudap jajan kan? Apa kata korang try kacang dal goreng ni, tapi kena pastikan gigi korang tu penuh dengan kalsium la ya... Kalau agak2 nanti korang sakit gigi dek kacang ni cheq sue x mo tanggungjawab.

Memula plan nak buat sambal dengan kacang dal ni, tapi at last tetiba nak cuba goreng sebab dah pernah makan dulu camni cuma tak ingat kat mana. Memang ralik dok mengunyah benda ni tau. Tapi kena pastikan kacang dal tu jenis yang lembut, yang boleh hancur, bukan yang sejenis lagi tu, kalau guna yang tu patah gigi agaknya! Apapun, korang tengok lah dulu, mana tau boleh buat untuk makan-makan.... (*_*)
Wassalam...



 
KACANG DAL GORENG RANGUP
Resepi : Cheq Sue
 
Bahan-bahan :
2 genggam kacang dal - rendam 2 jam hingga kembang
2 tangkai daun kari
5 biji cili kering - hiris
Secubit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
Gaulkan dengan secubit garam kacang dal yang telah dibersihkan
Panaskan minyak, goreng kacang dal 2 3 minit, kemudian masukkan daun kari dan cili kering. (Tak perlu goreng lama-lama nanti kacang tu overcook dan jadi keras)
Angkat dan toskan minyak.
Dah siap pun.......

5 comments:

  1. As'salam sdp ni lemak2 kacang dal...ada rasa pedas2 kari...leh le cuba ...ptg2 sambil negok tv or jln2 jauh dlm kereta leh kunyah2 kan...tq resepi...

    ReplyDelete
  2. owh.. ada 2 jenis ke kacang dhal nih? agak2 gigi tun abih serpih kalau gigit nih.. tun dh tua2 ni baru la nk minum susu tambah kalcium, dulu2 mmg x suka minum susu kecuali susu coklat dlm kotak. hehe

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan. resepi yang ringkas dan mudah! boleh cuba ni. saya minat sgt dgn watermark ila. pakai software apa dan mcm mana nak buat? Kalau sudi boleh beri tunjuk ajar. terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Alamak kena pi checik gigi dulu ni.

    ReplyDelete
  5. salam cheq sue..
    dtg nk mintak izin cnp resepi nie yea...ptg smlm dh buat kacang dhal nie..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]