Sunday, January 15, 2012

Black Pepper Mushroom Soup

 
 
BPMS ni cheq sue buat untuk dicicip bersama garlic rolls. Sebenarnya ada banyak jenis sup dah cara, tapi dah selalu buat pesen ni. Nak cuba creamy chicken soup xde ayam. Tu jadi yang simple2 aje. Kebetulan pulak di CH sehari dua ni memang agak sejuk + dingin, jadi memang sesuai sgt menghirup sup ni, tambah2 bila ada black pepper pulak. Boleh hangatkan badan.
Kali ni, selain penambahan lada hitam ke dalam sup, cheq sue jugak cuba blend sup tu bila dah masak. Rasanya agak lain daripada yang biasa, cuma kalau digantikan air dengan susu segar @ full cream mesti lagi terangkat kan? Kat rumah pun memang ada stok susu, tapi tak terfikir lak nak masukkan... Cuma bila tgk sup tu, terdetik pulak di hati kenapa warnanya camtu? He he he...

Kalau ada yang nak rasa kelainan dalam sup tu bolehla cuba resepi ni pulak ya. Mana tahu kena dengan selera..Selamat mencuba. Wassalam..



 
BLACK PEPPER MUSHROOM SOUP
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
1/2 tin cendawan - cincang kasar cheq sue guna straw mushroom, boleh juga ganti dgn button
1 biji bawang besar
3 sudu besar tepung gandum
1 sk dried oregano / parsley
2 sk lada hitam, tumbuk kasar
1 kiub ayam
3 cawan air / susu segar / susu penuh krim
2 sb butter

Cara-cara :
Panaskan butter & tumis bawang besar yang didadu, lada hitam dan oregano sehingga layu & wangi
Masukkan tepung gandum, goreng hingga keperangan - seeloknya guna whisker, dan api kecil
Masukkan air sedikit sedikit sehingga habis sambil dikacau sehingga tepung larut dan tidak berketul
Masukkan pula kiub ayam dan cendawan. Didihkan beberapa ketika dan tutupkan api.
Bila sudah agak suam, bolehlah diblend sekejap, tak perlu hancur sangat..tapi bergantunglah pada selera masing2
* tak perlu letak garam sebab dah masin dari kiub ayam

7 comments:

  1. Assalamualaikuk...
    CS tau tak mana nak cari resepi soup yang macam kat pizza hut tu?

    ReplyDelete
  2. sedapnya! celup-celup masuk mulut! kalau makan pagi kenyang ke tengahari ni...

    ReplyDelete
  3. sala..sedapnye blackpepper mushroom sup ni... cicah ngan garlic bread..nyumnyummm..menjilat jari! hehe...kite da wat apam karamel tanpa telur resepi kak fida tu...maceh ye share recipe :)

    ReplyDelete
  4. best kalau dapat mkn ngan lasagna ni...lepas ni dah xyah ssh g Pizza hut lagi dah...hihihhihi

    ReplyDelete
  5. sukenye mushroom soup...kalau makan yg ini aje pon xpe...tak kesah sgt sebab memang sedap..kalo gi piza hut tu makan 2 mangkuk pon xpe.

    ReplyDelete
  6. Salam cheq su...kita pun trajin buat sup jgk..tpi puas ati kan buat sdri ni..lgi sdppp..

    ReplyDelete
  7. cedapnya cheq sue makan sup ni dgn garlic roll tu..cukup la utk dinner malam ni..jgn mkn nasi..mkn bread n sup je..sebab nak diet hehehe

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]