Monday, January 16, 2012

Blueberry Strawberry Bun



 
 
Semenjak dua menjak ni memang betul2 datang angin meroti. Tambah2 pulak nak membuatnya tu senang, campak2 aje dan uli2 sikit, bentuk2kan, bakar. Saje je la kalau malas kan! Sebenarnya resepi ni hanya menggunakan  esen dan paste strawberi, tetapi cheq sue hanya ada paste saja. So jadilah roti berjem dan berinti blueberry tetapi berperisa strawberri. Resepi yang diperoleh dari MyR ni rupanya2nya disumbangkan oleh Kak Noorma dari blog Cendana Kasih. Kalau baca di n3 blog beliau, cheq sue rasa time tu beliau baru2 beli BM, memang semangat keluar n3 roti ni... :)






Kalau mengikut Kak Noorma, dapat dalam 9 biji saiz besar-besar tapi cheq sue buat saiz kecil, dapat dalam 12 biji. Bila dah siap bakar, potong 4, bawak ke budak2 yang tengah main, kejap aje licin. Memang sesuai sangat kalau nak buat minum petang. Aroma kelapa di atas tu lagi membangkitkan selera... Kalau sapa yang nak kelainan tu bolehla cuba resepi ni. Tq Kak Noorma sudi berkongsi. Wassalam...
 





 
BLUEBERRY STRAWBERRY BUN
Resepi : Mummy7857@MyR @ Cendana Kasih
 
Bahan-bahan ( 9 biji )
120 ml susu cair
250gm tepung roti
1 biji telur saiz B (kalo telur AA, guna 1/2 jer)
40 g butter
40 g gula kastor (boleh lebihkan gula jika suka manis)
1/2 camca teh garam
1 camca teh yis mauripan
1/2 camca teh bread softner
1/2 camca teh bread improver
1/2 sudu teh strawberry emulco
1/2 sudu teh esen strawberry
beberapa titik warna pink/merah (untuk memberi warna)

Bahan-bahan lain
-jem strawberry secukupnya
-kelapa parut kering cheq sue guna kelapa segar
Untuk glis : telur + susu cair -dipukul sedikit

Cara-cara
Masukkan kesemua bahan mengikut turutan kecuali bahan lain dan glis ke dalam bread maker. Pilih setting utk doh dan on kan. Tunggu sampai siap. Sapa yg takde breadmaker tu, uli sume bahan hingga lembut.
Keluarkan doh dan tumbuk utk membuangkan udara. Bahagi 9 dan bulat2kan. Rehatkan 10 minit.
Biarkan naik sekali ganda (lebih kurang 35 minit).
Gliskan permukaan bun dengan telur dan susu cair
Paipkan jem strawberi ke atas bun, dan tabur dengan kelapa parut
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 minit atau sehingga masak.

6 comments:

  1. lembut betul nmpk roti tu. mesti wangi je time bakar sbb ada kelapa atas tu kan.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya..umi dan anak2 memang suka cuba resepi roti baru..masuk list la dulu...sebelum tu, bak seketul..terliur la

    ReplyDelete
  3. perggghhh sedapnya roti...ada lagi tak? hihiihi

    ReplyDelete
  4. waduhh..dashat2..tergoda ngan bun ni..gebusss..ada rasa stoberi n blueberi lagi... huhuh..klo dekat da gapai seketul dah :)

    ReplyDelete
  5. Aslmkum Cheq Sue.lembutnya roti tu...geram tengok dg inti blueberry..kalau dpt 2-3 ketul sedapnya buat minum ptg...

    ReplyDelete
  6. kak sue, mmg nmpk lembut dan gebu roti tu. rasa lg sedap ni cicah air pun best!

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]