Sesungguhnya memang dah jatuh cinta dengan tempoyak. Bila nengok ke Izah postkan n3 pasal sambal ikan bilis tempoyak, memang dah niat nak cuba. Dah kompom leh makan. Memang tergoda abes nengok sambal tu posing atas nasik. Semua bahan-bahan dah ada kat rumah. Tempoyak kiriman ibunda dah berapa lama terperap lam peti ais. Tapi balik tu banyak pulak urusan dunia yang nak diselesaikan. Ke Tanah Rata, pi worksyop cari bateri kereta. Sudahnya malam baru masak dan jadilah bekal pada hari ini.
IKAN BILIS GORENG CILI PADI TEMPOYAK
Resepi : Kak Anymz
Bahan2
2 genggam ikan bilis-goreng garing dan ketepikan
25 ulas cili padi*
1 labu kecil bawang besar*
1 ulas bawang putih*
bahan2 bertanda * di kisar kasar
1 1/2 senduk makan tempoyak
minyak untuk menggoreng
Cara
Kurangkan lebihan minyak goreng ikan bilis tadi menjadi lebih kurang 1 mangkuk kecil
Tumiskan bahan2 kisar sebentar dan masukkan tempoyak.
Gaul sebati dan masukkan ikan bilis goreng
Sedia untuk di hidangkan dan jika suka bolehlah di perah sedikit limau kasturi..
*nota izah: izah sengetkan kuali selepas memasaknya, tutup api, biarkan minyak turun. Biarkan 5 minit. Kemudian cedukkan minyak keluar.
*Izah kurangkan cili padinya. Karang berdesing telinga kepedasan.
Inilah pembuka selera yangn paling enak. Pergghhhh 2 pinggan nasi memang tak cukup
ReplyDeleteSalam pagi..
ReplyDeleteBiar betul cheq su ni!!!
sedapnya...nak try lah nanti...insyallah...
ReplyDeletesama la kita....
ReplyDeletesedappkan kak tempoyak masak gini....he3
Wah tadi nmpak kat umah kak mas,ct pon mmg igt nk wat juga,tapi stok cili padi tinggai cikt sgt,yg da cili padi yg kale merah jer,takut terlebih berdesing nnti,hehe..
ReplyDeletexkenal maka xcinta yer cheq sue...sedap sebenarnya tempoyak ni tp hubby Liza pun xmkn jugak...ape daaa
ReplyDeleteuwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~ (td dh uwaa kt umah kak mas).. xde stok tempoyak!
ReplyDeleteSana sini org dok tayang sambal2 tempoyak ni...telan2 air liur lagi...aduh! udah tak tahan lagi ni...bersila la kat sini ...akak nak join makanlah...Bismillahirrahmanirrahimmm....heeee :)
ReplyDeletealahaaii!! kat cnie pun ada juga yer.. uwaaaa... akak tergoda lg tau... dah lama teringin nak makan tempoyak.. tp ntah kat mana nak cari.. tunggu p sjung ler nampaknya nie.. :D
ReplyDelete