Assalamualaikum & salam sejahtera
Apa khabar kawan2.... ke mana destinasi hari ini? agaknya ada yang ingin membeli baju raya anak-anak...atau mencari bahan2 untuk memasak pagi ni... ataupun ada yang tidur selepas bersahur? Hmmmmm cheq sue ada jugak rasa mengantuk ni tetapi xnak la tidur...nanti dah keje asik nak tidur aje kejenye...petang2 sikit baru masuk sarang...
Pagi semalam terbang ke bangkok...ke rumah dak ika... phewwww lemah semangat cheq sue tau nengok nasi mandhi + superb presentation dia... memula tgk nasi tu di rumah Kak Ummi...tapi masa tu semangat kuat, tak tergoda pun, agaknya bukan bulan puasa... sebab tu la pagi semalam dengan semangatnya pergi ke pasar mencari bahan-bahan...
Walaupun makan berdua, banyak jugak yang cheq sue dapat...so bagi la pada kengkawan sikit2..kalau nak masak setengah pot nasi mandhi ni..alangkah tak berbaloinya.. >_<
Untuk pelengkap nasi mandhi ni, cheq sue makan dengan serunding daging dan terung goreng belacan (selain ayam bakar mandhi dan sos yang sedap tuhhhh). Sebenarnya lagi sedap kalau dibuat acar atau ulam-ulaman..tapi sedap jugak dimakan dengan terung gitu..
Cheq sue masukkan 2 biji kentang semasa membakar ayam tu..saje nak tambah sayur-sayuran. Risau jugak kot ayam tu tak masak @ kering tapi alhamdulillah elok aje kejadiannya.
AYAM BAKAR MANDHI
Resepi Asal : Puan Raidah
Sumber : Ika
Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
cheq sue guna dalam 3/4 ekor je
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil
serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
cheq sue tak gantikan pun..memula ingat nak masukkan cajun, tapi lupa :)
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron
Aluminium foil.
Cara penyediaan ayam:
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.
Versi cheq sue :
oleh sebab masak ayam ni sekali dengan masak nasi, tak sempat nak masukkan air ayam tu dalam nasi tapi cheq sue tuangkan semula ke atas ayam (dalam 4 5 kali jugak) dan bakar semula. alhamdulillah ayam tu lembut je dan tak kering isinya
Ingatkan dah tuang kaler kuning, sekali oren daaaa.................... Walaupun cheq sue tak guna basmathi, alhamdulillah kali ni nasinya elok aje masak sekata dan tak banyak yang patah-patah.. kalau buat nasi ketumbar dulu... aduhhhhh tensennye..
NASI MANDHI
Resepi Asal : Puan Raidah
Sumber : Ika
Bahan-bahan:
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
cheq sue guna beras Siam dalam 3 1/4 pot je
3 camca besar minyak sapi
guna butter
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.
Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
** skip step 3
SOS
-1 biji tomato ~ hiris
-5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
-1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
-Garam
-Gula
-Perahan lemon.
Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
Ulam:
~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.