Tuesday, February 11, 2014

Saudi Lamb Kabsa

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Antara menu bekal saya sebelum CNY. Dah lama sangat nak buat lamb kabsa, jadi terus beli dua keping lamb (steak). Kalau nak makan, boleh je pi Al-Raudah tapi ni nak buat sendiri. Bukan apa, nak la rasa lebih kurang sama ke idok. Kalau lebih kurang sama takyah la labur kat kedai lagi..

Saya buat ni tak banyak. Hanya guna 2/3 cawan beras basmathi. Dapatlah dua orang makan. Yang kelakarnya bila nak tanak nasi saya tak tahu pulak nak sukat airnya. Selalu satu cawan air dua cawan. Jadi kali ni dengan menggunakan sukatan 1/3 cawan, saya sukat 4 kali.



Hasil bila dah siap. Yang tak ada cuma sup. Kalau ikut resepi Kak Azie tu tak ada sup tapi saya sengaja buat kerana saya dah olah sikit cara membuatnya daripada apa yang dikongsikan. Bukan nak cakap, memang sedap nasi dengan resepi ni. Yang dekat kedai tak berminyak macam saya buat ni, mungkin kerana menggunakan bahagian daging yang lain sedangkan saya haya menggunakan daging berlemak.



Cerita tentang ubahan resepi ni, saya rebus dulu lamb dengan semua bahan yang disenaraikan. Guna api kecil je. Bila dah empuk, saya keluarkan daging dan masuk ke dalam periuk nasi. Lebihan air rebusan daging tu saya tapis dan perisakan semula. Kalau agak kuat sangat rasanya boleh tambah air dan masukkan gula.


Untuk sosnya pula saya Google dan berkenan dengan resepi Kak Nor. Lebih kurang sama je kot dengan sos nasi Arab yang lain. Yang penting semua bahannya ada di rumah. Cuma saya guna cili merah, jadi rasanya tak pedas sangat.

Saya sarankan kalau sapa yang ada bahan tu supaya cuba resepi ni. Memang sedap tau. TQ Kak Azie



SAUDI BEEF KABSA / SAUDI LAMB KABSA
Resepi : Kak Azie
  
5 cawan beras basmathi - basuh & rendam 15 minit

1 kg daging – potong kecil (batang pinang)
1 chicken bouillon cube

3 sb olive oil
2 tomato – potong dadu
2 bawang besar - potong dadu
1 sk halia - tumbuk
5 ulas bawang putih - cincang

1 sb serbuk jintan putih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk black pepper 

4 ounce tomato sauce dalam resepi yang saya salin tu, tak tertulis pulak benda ni jadi saya tak masukkan
2 bay leaves
1 sk garam
 
8 kuntum bunga cengkih
8 buah pelaga
2 batang kayu manis
2 black limes (tak letak)

Saffron (tak letak)
pine nuts and raisins (optional)

Cara cara:
Menggunakan api yang besar, masukkan daging, air dan chicken cube ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Kemudian tutup periuk dan perlahankan api sehingga daging empuk.
Menggunakan api sederhana, panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, tomato dan halia sehingga kekuningan.
Masukkan kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga. Ditumis sehingga wangi.  
Masukkan tomato sauce, bay leave, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk black pepper dan garam. Kacau rata dalam 1 minit.
Masukkan beras yang ditos dan kacau supaya bergaul rata dengan rempah.
Masukkan daging dan kacau lagi.  Masukkan air rebusan daging ½ inci atas atau secukupnya dan pastikan beras berada di bawah daging.
Pindahkan ke dalam rice cooker dan masak sehingga air kering. Buat lubang di tengah tengah nasi. Letakkan aluminium foil dan tuang sedikit minyak. Masukkan arang yang telah dibakar sehingga menjadi bara ke dalam foil berisi minyak tadi supaya aroma asap akan meresap ke dalam nasi. Balut periuk dengan aluminium foil sebelum ditutup periuk letrik dan biarkan sehingga nasi masak dalam 30 – 40 minit. Jangan buka penutup periuk sebelum waktunya. 
 
SOS
Resepi : Kak Nor

1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.

Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

3 comments:

  1. Akak tengok pun dah terliur cheq sue... bila lah akak rajin nak membuat sendiri.. selalu rajin membeli jer akak ni ehe :)

    ReplyDelete
  2. cemana ehh masukkan minyak n arang tuu?? minyak msak ker minyak gas???..ada pic tak ghupa nyer step hat nie... tq

    kuazue.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. nampak sedap dan terliur ni tengok cheq sue..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]