Aloyah dan Mustaza menumpang kereta Ahmad Fareez
untuk ke pejabat. Pagi ini mereka akan ke Kuala Terengganu untuk menghadiri
kursus dengan menumpang kereta Kak Lin.
Sanju juga ikut sama. Yang tinggal di pejabat hanya Kak Zetty, Kak Tipah dan
Abang Isa. Seminggu? Entah bagaimana la Kak Zetty akan menguruskan Encik Paris.
Risau juga Aloyah memikirkannya. Ini adalah kursus wajib untuk kakitangan.
Mustaza yang baru balik berkursus pun kena pergi juga. Tiada pengecualian kata
Encik Paris. Yang seronoknya kursus kali ini di adakan di Sutra Beach Resort di
Merang. Kalau agak-agak bosan boleh melepak di tepi pantai. Aloyah tidur
sepanjang perjalanan selepas berhenti makan di Kuantan. Malam tadi dia berjaga
sehingga ke pukul 4 pagi kerana menonton Love Rain. Cerita best, hero hensem,
sayang nak berhenti. Sedar-sedar mereka
dah ada di Kuala Terengganu. Sedap sungguh dia tidur berbantalkan bahu Sanju.
Mustaza dan Abang Kamal yang rancak berborak langsung tak mengganggu.
Subhanallah, cantik sungguh tempat ni. Lautnya
bersih. Memang tenang sungguh di sini. Setelah check-in, mereka berehat sahaja
di bilik kerana malam nanti baru bermula. Boleh la Aloyah menyambung tidurnya.
Sehari, dua hari, tiga hari, empat hari...
Alhamdulillah kursus yang dihadiri berjaya mencapai matlamatnya. Dengan
pengisian yang menarik, penceramah yang tak boring, makanan maveless tahap lima
bintang, tempat pun sesuai..rugi kalau tak datang. Kalau saja-saja nak datang
ke sini memang lambat lagi. Aloyah bersyukur kerana terpilih. Pada hari
terakhir, Encik Paris datang memenuhi jemputan. Dia datang sebagai wakil
jabatan. Sebelum balik ke Kuantan, mereka
sekali lagi menyinggah di Pantai Penarik untuk makan seafood celup tepung. Ada
bermacam-macam jenis, pilih saja yang berkenan. Semuanya segar dari laut.
Aloyah cukup suka dengan sotong celup tepung. Sanju tak payah cakap la, serba
serbi dia makan. Manyak sedap la Aloya...katanya. Hala balik, Mustaza dan
Aloyah berpisah dari kumpulan Kak Lin. Dia dan Aloyah, pergi bersama Ahmad
Fareez, ingin singgah dulu ke rumah teman rumahnya itu di Kuantan. Lagipun
besoknya cuti hujung minggu, ada masa cuti. Aloyah tidak lena tidur. Dalam
kereta bos, imej nak kena jaga juga. Kalau ikutkan mata, memang dah sukar nak
tahan tapi sebolehnya Aloyah cuba. Sesekali disampuknya percakapan orang di
depan.
Dalam 2 jam, mereka sampai di rumah Ahmad Fareez.
Kelihatan emak dan ayahnya sedang berdiri di tangga. Cantik rumahnya, gaya
desa. Di sekeliling ada banyak pokok buah-buahan. Aloyah bersalaman dengan Puan
Makalsom, mama Encik Paris. Dengan Encik Fauzi di hanya menganggukkan kepala
sambil mengukir senyum.
‘Macam mana kursus? Seronok?’
‘Seronok sangat makcik, rugi siapa yang tak pergi.’
‘Aloyah dengan Mus pergilah berehat dulu. Nanti
makcik sediakan minum petang.’
Aloyah bergerak ke bilik yang ditunjukkan. Mus
pula dibawa Encik Paris ke dalam biliknya. Mmmm cantik. Dari tingkap nampak ada
dua kolam ikan di belakang rumah. Seronoknya di sini, fikir Aloyah. Tentu
suasana kampungnya masih kuat. Kalau buat makan-makan atau piknik kat situ
mesti best. Dia kemudiannya mengambil tuala. Nasib baik dalam bilik itu ada
bilik air, kalau tak segan juga dia hendak mandi di luar. Selesai mandi dan
sembahyang, Aloyah ke dapur. Dia mendengar ada bunyi lesung dan terbau bawang
ditumis.
‘Eh, tak usah la susah-susah, makcik boleh buat.
Aloyah pergi la rehat.’
‘Tak apa la makcik, tak penat pun. Sedap baunya
spagetthi makcik ni.’
Sambil mengacau, Aloyah berbicara. Mana boleh diam
duduk saja di dalam bilik sedang Puan Makalsum sendirian di dapur. Di rumah itu
tiada orang perempuan, maka dialah yang kena tolong.
‘Along memang suka makan spagetthi. Kalau dapat
siang malam spagetthi pun tak apa. Aloyah makan kan?’
‘Saya makan je makcik.’
Aloyah melihat dah ada serbuk kopi dan peket
serbuk coklat di atas meja. Dia pantas membancuh kedua air itu tanpa di suruh.
Puan Makalsum memandang perilaku Aloyah. Langsung tak kekok di dapur. Berbeza
dengan kebanyakan gadis zaman sekarang. Spagetthi yang telah siap pula
dicedokkan ke dalam mangkuk dan turut di bawa ke meja.
‘Dah siap dah Sum?’
Encik Fauzi muncul tiba-tiba.
‘Mama masak spagetthi eh? Sedapnya...’
Kalau dah feveret dia, apa pun sedap. Cuba letak
mee goreng, mesti berkerut-kerut mukanya. Mana Mustaza? Tak nampak pulak dia.
‘Jom la kita makan, Mus kata dia penat, nak tidur.
Nanti dia bangun la dia makan.’
Ahmad Fareez memberi kenyataan. Ewahhh, macam dok
opis je lagi.
‘Sedap pulak air kopi awak ni Sum.’
‘Ewah abah, hari-hari minum air kopi mama, ada
tetamu baru nak puji ya.’
‘Ini bukan saya yang buat bang, Aloyah yang buat.’
Aloyah tersipu-sipu dipuji. Ahmad Fareez
memandangnya. Bukan setakat di pejabat aje dia tahu buat kopi tawww...
‘Tak la pakcik, mana boleh lawan makcik punya.’
Melihat kemesraan Ahmad Fareez sekeluarga, Aloyah
tiba-tiba teringat pada keluarga di rumah. Apa yang ayah dan emak sedang buat
sekarang, makan apa mereka petang ni.
‘Aloyah makan tak ikan sungai?’
Encik Fauzi melontarkan kata.
‘Makan. Saya suka sangat ikan talapia pakcik.
Patin pun saya makan. Kadang-kadang kat sana beli di pasar malam seekor
seringgit.’
Petah Aloyah berbicara. Pandai sungguh dia
mengambil hati orang tua. Mama yang telah lama mengidam anak perempuan
tersenyum saja.
‘Nanti kita pergi menjala di kolam ya, boleh
makcik masak tempoyak.’
Masak tempoyak? Aduh, fikiran melayang pada
Syafiza. Bagaimana lah dia di rumah seorang diri.
Seperti yang dipersetujui, Aloyah menyertai Encik
Fauzi dan Puan Makalsum ke kolam ikan di belakang rumah. Dia tak pernah
menangkap ikan hidup-hidup, selalu dia dapat yang dah arwah. Encik Fauzi
menebarkan jala. Sekejap saja dia naikkan lima ekor ikan. Eh, tak ada pulak
Encik Paris. Daripada percakapan dengan Puan Makalsum, baru dia tahu. Sampai
begitu sekali cerewetnya. Tapi yang pelik kenapa masa bbq kat rumah haritu dia
makan aje?
Aloyah kemudiannya menolong Puan Makalsum menyiang ikan. Boleh tahan hanyir jugak ikan ni. Dia mengambil beberapa biji limau nipis yang ranum berbuah. Dipotong-potong dan diperah ke dalam besen yang mengandungi ikan, salah satu petua untuk menghilangkan bau. Puan Makalsum tersenyum lagi. Rajin ke dapur budak ni, petua menghilangkan hanyir ikan pun dia tahu. Encik Fauzi meminta Puan Kalsum membuat gulai tempoyak ikan talapia. Oleh kerana Aloyah tak berapa pandai makan, dia meminta izin untuk membuat ikan bakar, dengan sos tomyam seperti yang dia selalu buat berpandukan resepi yang ditemui di blog Mas Duniaku. Dalam banyak-banyak menu tu, kena juga Puan Makalsum sediakan shepard’s pie untuk anak bujangnya, dah direquest tadi.
Aloyah kemudiannya menolong Puan Makalsum menyiang ikan. Boleh tahan hanyir jugak ikan ni. Dia mengambil beberapa biji limau nipis yang ranum berbuah. Dipotong-potong dan diperah ke dalam besen yang mengandungi ikan, salah satu petua untuk menghilangkan bau. Puan Makalsum tersenyum lagi. Rajin ke dapur budak ni, petua menghilangkan hanyir ikan pun dia tahu. Encik Fauzi meminta Puan Kalsum membuat gulai tempoyak ikan talapia. Oleh kerana Aloyah tak berapa pandai makan, dia meminta izin untuk membuat ikan bakar, dengan sos tomyam seperti yang dia selalu buat berpandukan resepi yang ditemui di blog Mas Duniaku. Dalam banyak-banyak menu tu, kena juga Puan Makalsum sediakan shepard’s pie untuk anak bujangnya, dah direquest tadi.
Aloyah pantas menyediakan bahan-bahan dengan
bantuan Puan Makalsum. Memang sedap sungguh bau gulai tempoyak orang Kuantan,
sampai naik pening jadinya. Tak kurang juga dengan talapia bakar sos tomyamnya.
Semuanya berpadu menghasilkan satu aroma yang
mengasyikkan. Bau shepard’s pie pulak tak ada langsung! Harap maaf la. Selepas
Isyak, mereka berlima mula menjamu selera. Selain lauk yang dimasak tadi, ada
juga ulam-ulam kampung yang dibawa balik Encik Fauzi. Sungguh berselera mereka
makan. Puan Makalsum agak pelik bila Ahmad Fareez meminta nasi. Kepelikan itu
disertai pula oleh Encik Fauzi apabila saja Ahmad Fareez mencubit ikan talapia
bakar yang disediakan Aloyah. Dan apabila Ahmad Fareez menyuap ke mulutnya
tanpa henti, giliran Mustaza pula ternganga. Betul ke Ahmad Fareez ni?
‘Bila pulak kau makan ikan talapia long?’
Puan Makalsom bertanya. Dia tak mahu terjadi
apa-apa. Dia tahu setakat mana kepantangan Ahmad Fareez dengan ikan itu dan
kerabatnya.
‘Ikan takapia ke ma? Errrr....’
Dan selepas itu, setelah mereka bertiga balik ke
Cameron, Puan Makalsum masih belum berhenti membicarakannya dengan Encik Fauzi.
Along makan ikan talapia...
Along dah berubah...
Alhamdulillah...
Along dah makan yang orang lain masak...
Aloyah...calon menantu saya!
Aloyah oh Aloyah...
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]