Thursday, February 13, 2014

Bekal Sekolah Bulan Januari

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Antara bekas bekal.

Tahun ni konon-konon la berazam nak bawa bekal ke sekolah setakat yang termampu dan Alhamdulillah sehingga saat n3 ini ditulis, saya masih berbekal, masih setia memasak sendiri. Sedap tak sedap belakang kira. Bukan kata makan di kantin tu tak sedap, tapi kebanyakan masakan agak pedas dan tak mampu dimakan oleh saya. Pastu ada jenis-jenis masakan yang agak tidak kena dengan selera. Jadi bila masak sendiri, saya lebih puas hati dan dapat je makan apa yang diingini. Walaupun kadang-kadang tu agak pening juga memikirkan nak masak apa...

Jom tengok apa bekal saya sepanjang bulan Januari. Ini ajelah tarikh-tarikh yang saya berada di sekolah...selebihnya tu saya keluar mesyuarat. T_T

2 - nasi / tomyam ikan tenggiri
3 - laksa penang
6 - nasi / ayam goreng / sayur labu
7 - nasi / tomyam / telur dadar
8 - nasi / sup ayam / ikan goreng
9 - sup spageti
10 - mihun goreng
13 - nasi / telur sweet sour
15 - roti naan / gulai ayam
16 - mihun tomyam
17 - nasi goreng
20 - macaroni carbonara / fish finger
27 - nasi / salmon butter lemon / sawi sos tiram / korean egg roll
28 - saudi lamb kabsa
29 - nasi / sup salmon & nori

Kalau sape-sape yang tak ada idea nak masak tu boleh la masak macam bekal saya ni... Selain puas hati makan sendiri, boleh juga jimatkan duit sikit... Err, bila tengok bekal ni baru tahu, hari-hari saya makan nasi rupanya!

1 comment:

  1. salam cheqsu, wah best jugak bertulis macam ni ya, tau apa yg kita masak hari2 akak pun nk buat jugak lah..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]