Monday, February 3, 2014

Salmon Butter Lemon

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Dua tiga kali delete...tak tahu nak tulis apa pasal masakan ni. Tiba-tiba blur... speechless gitu kata omputeh.

Just a few words la...

Sedap, nice, juicy...

Next time boleh buat lagi

TQ Kak Yani



SALMON BUTTER LEMON
Resepi : yani

Bahan-bahan ( 2 orang )
2 slices salmon
2 + 1 sudu besar olive oil
1 sudu besar butter
1/2 sudu besar jus lemon saya guna limau CNY jo
4 sudu besar air
garam secukup rasa
lada hitam secukupnya(3 kali pusing kalau guna bekas lada hitam)
daun bawang untuk hiasan
tepung gandum/ corn starch

Cara-cara
Kerat 2 salmon dan buang kulitnya. sapukan dengan tepung gandum.
Panaskan 2 sudu besar olive oil. Bila olive oil panas, besarkan api dan masukkan salmon.
Bila bahagian bawah salmon dah nampak kuning, balikkan dan masukkan pula 1 sudu besar olive oil lagi. Masukkan garam, dan lada hitam. Kemudian balik-balikkan salmon sehingga garing.
Keluarkan salmon dari kuali, masukkan pula air, butter dan jus lemon. Panaskan sehingga air meruwap dan sos lemon melekat kat sudu.
Tuangkan sos lemon ke atas salmon dan taburkan dengan daun bawang.
Kalau nak lagi sedap, sebelum letak samon tu pinggan tu panas sekejap dgn microwave. Lepas tu bolehlah letak salmon dan sos lemon di atasnya.

3 comments:

  1. salam.. nk cuba la respi ni sbb ada lemon..sbb salmon ni berbau hanyir sikit (mcm ikan terubuk la plak)...

    ReplyDelete
  2. Menu menyihatkan ni.... sesekali je dapat salmon segar!

    ReplyDelete
  3. Nak pulak akak mencubanya... ikan lain boleh ke cheq sue..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]