Thursday, February 6, 2014

Pak Choy Masak Sos Tiram

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya kalau makan nasi, mesti nak ada sayur, tak kisahlah yang dimasak atau dibuat ulam. Tapi bila sayur lobak / pak choy, saya kureng sikit. Teringat masak ala Chinese iaitu goreng sos tiram. Cepat-cepat google resepi kerana saya belum pernah membuatnya sendiri.

Cuma saya buat ni bukanlah guna sawi jepun yang kemetot tu, tapi guna sawi jenis panjang, dan saya potong kecil-kecil supaya tak lekat. Kang nak makan tak tertelan pulak.


Bila tengok potongan pangkal sawi macam dalam gambar ni, teringat cikgu masa sekolah dulu, Puan Natrah. Katanya kalau nak bubuh hiasan macam ni kena belek dulu, kotkot ada pasir ke... ada cacing ke... maka saya pun beleklah satu-satu sebelum bubuh dalam mangkuk ni. Just nice kan.

 Untuk resepi saya copy semula kot-kot nak buat lain kali. Tq Kak Ros..


PAK CHOY MASAK SOS TIRAM

Bahan-bahanya
2 pokok sayur Pak Choy
1 biji bawang putih
sedikit halia dicincang halus
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
garam
1 sudu besar katakuriko (tepung kentang ) ataupun tepung jagung
( bancuh dengan sedikit air)

Caranya
1. Potong dua sayur pak choy dan celur sebentar  dalam air panas,
( air panas tu masukkan sedikit garam dan dua tiga titik minyak). angkat dan toskan, susun dalam piring. ( jgn celur terlalu lama).

2. didalam kuali, tumis bawang putih, halia, hingga naik bau, masukkan daging ayam cincang dan biarkan daging ayam betul-betul masak, baru masukkan sos tiram dan 1/2 cawan air, biar semua dah sebati, sesuaikan rasa, masukkan garam dan minyak bijan.
3.akhir sekali, masukkan bancuhan tepung katakuriko ( atau tepung jagung) bagi memekatkan kuah, curah atas sayur pak choy tadi. Hidangkan panas-panas, selamat mencuba.
 

1 comment:

  1. salam..

    memang sedap sayur ni masak dengan sos tiram..simple dan sedap kan..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]