Tuesday, February 18, 2014

Mewarna Batik Di Kampung Pantai Mek Mas

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila cerita tentang batik ni, saya sangat teruja. Selalu kalau tengok dalam tv, memang ralik. Bayangkan betapa lembutnya tangan pencanting batik semasa mencorakkan kain kosong menjadi bunga-bungaan atau corak abstrak. Jiwa seni agaknya saya ni. Tapi jangan pula suruh saya buat... kang entah apa corak yang jadi.

Kebetulan sebelum ke Kuala Besar, terjumpa papan tanda Pantai Mek Mas tapi pusing punya pusing punya pusing tak jumpa-jumpa pantainya. Dalam dok sesat tu ternampak sebuah rumah, di tepinya ada bengkel kecil yang sedang mewarna kain batik. Hish memang suka sangat nak tengok. Terus berentikan kereta dan angkut DSLR. Ini pengalaman pertama kali saya melihat orang mewarna bati secara live.


Kain batik kosong yang siap dicanting dengan lilin. Ini merupakan kain untuk pakaian seragam sebuah sekolah berasrama di Kuala Lumpur. Ianya diedarkan oleh pembekal untuk diwarnakan oleh dua orang suri rumah di sini, utuk menambah pendapatan barangkali.


Kain yang telah siap diwarnakan dengan dasar oren terang. Memang menarik warnanya. Berus tu pun kemain unik, entah dibuat daripada apa..

  
Mula mewarna bahagian loga dengan warna yang tertentu. Oleh sebab kain ini telah dicanting dengan lili, maka warna di bahagian dalam tidak akan meresap keluar. Itu dari pandangan saya lah..

Ni pewarnaan yang dah hampir siap. Lupa pulak satu keping kain ni upah mewarnanya berapa ringgit.


Bila dah siap tu kainnya perlu dijemur dulu. Perhatikan pemidang yang digunakan. Dari awal proses mewarna, kain tidak dikeluarkan dari pemidang ni sehinggalah ianya betul-betul kering.


Warna yang telah siap dibancuh. anya juga disediakan oleh pembekal.


Kain yang sudah siap dikeringkan. Meliuk ditiup angin.

Memang pengalaman berharga dapat meliha proses mewarna ni. Saya tak akan lupa. Kata akak yang mewarna ni, lain kali boleh datang lagi. Pakai kain basahan, baru baju tak kotor. Maklumlah masa tengok tu, pakai lawa-lawa, baru balik kenduri la katakan....

Nah, apalagi, kalau tersesat ke Kampung Pantai Mek Mas ni silalah cari tempat mewarna batik ni...

2 comments:

  1. Assalamualaikum sue...maaf la kmaz mai sue dh tdur kut...mksih ye sdi singah dpur yg bru nk idup tu...smga sue sklrga sntiasa dlm rahmatNya...aminn...cntik kain2 batik tu..kmaz minat...cuma malas nk gosok klu batik2 ni kan...

    ReplyDelete
  2. Assalamualikum wbt..boleh tak bagi sy alamat kampung ni cik..sy rasa spt nk ke sana Insha Allah Aamin :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]