Thursday, February 13, 2014

Betik

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ini n3 versi tak ada kerja. Masa balik kampung cuti CNY, saya tinggal sorang kat umah, semua yang lain ke pernikahan sepupu di Nogori Semilan. Dah tak ada orang tu syok je rasa men'snap' gambar. Yang jadi mangsa, betik rendang di sebelah rumah. Very the tak ada kojer...

Cerita pasal betik ni, saya tak pasti pulak yang ditanam ni jenis kampung atau jenis kacuk. Buahnya tak la besar sangat. Lonjong ramping gitu. Tengok sajalah batangnya yang kecil.


Kecil-kecil pun ada jugak buah betik ni. Memang boleh ambil dengan tangan je. Tu ada sebiji tengah tunggu masa nak di ambil. Saya makan je betik ni, tapi tak la berapa beriya. Kalau kena yang manis memang sedap makan sejuk-sejuk.


Jom kenali morfologi tanaman betik.

Pokok betik dapat dikelaskan kepada 3 jenis iaitu:
i) Diesius - bunga jantan dan bunga betina pada pokok yang berasingan;
ii) Monoesius - bunga jantan dan bunga betina pada pokok yang sama;
iii) Ginodiesius (hermafrodit) – bahagian bunga jantan dan betina pada bunga yang sama. [SUMBER]

Jangan tak tahu, buah betik ni tergolong dalam jenis buah beri tau...
 

Buah yang tengah tunggu nak dipetik T_T

Yang di bawah ni memang dah abes laaa... Sedap sangat walaupun tak berapa manis.


Aktara Khasiat Dan Kebaikan Buah Betik

1. Buah Betik Sebagai Tonik Tambahan
Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit.

2. Buah Betik Ubat Bagi Sembelit Dan Penyakit Buasir
Jika mengalami sembelit eloklah memakan betik. Khasiat buah Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit buasir, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan buah betik, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan malah dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.

3. Buah Betik Mencegah Batu karang Di Dalam Pundi Kencing
Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu karang pada pundi kencing kita.

4. Buah Betik Membantu Peredaran Haid Yang Teratur
Buah yang belum masak dikatakan elok dimakan oleh wanita yang mengalami masalah haid yang tidak teratur. Ia juga mampu mengecutkan struktur otot rahim dan sekaligus memastikan peredaran haid yang teratur.

5. Buah Betik Merawat Penyakit Tekak
Jus betik yang dicampurkan dengan madu pula dikatakan boleh digunakan dalam merawat tonsil yang kemerahan akibat difteria dan penyakit tekak yang lain. Ramuan ini dikatakan mampu mencairkan membran dan menghalang jangkitan daripada merebak.

6. Buah Betik Merawat Tumit Pecah
Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Satu daripada rawatan tradisonal bagi mengubati masalah ini adalah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu di bahagian tumit yang pecah. Namun begitu elakkan daripada terkena mata kerana getah muda ini akan mengakibatkan mata gatal dan bengkak seperti digigit serangga. [SUMBER]


1 comment:

  1. banyak juga khasiat buah betik ni kan cheq sue..selain murah..senang pula nak dapat..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]