Thursday, February 20, 2014

Terima Kasih Kak Ina & Cheq Da... Tambah Koleksi FM 3

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dah lama betul nak buat entry ni tapi asyik tertangguh. Sejak kebelakangan ni banyak tugas yang menghambat sampai tak mampu nak ngadap lappy. Keluar n3 pundari draft yang dah lama terperuk. Kali ni just nak share gifts yang saya dapat baru-baru ni.

Masa Kak Ina buat n3 pasal teka teki nama rempah di blognya, saya saje la cuba. Tak kompon pun masa tu, masakan tidak, gambar rempah2 yang diupload tu semuanya nampak sama sahaja. Tak sangka pulak dalam saja-saja mencuba tu eh betul pulak 4 dari pada 6. Memang suka sangatlah sementelah pula hadiahnya adalah berupa FM dari Singapura yang belum ada dalam koleksi saya. Terima kasih Kak Ina... I loike!


Cantik kan? Tambah satu lagi dalam koleksi *_*


Selain FM di atas, Kak Ina juga ada menyertakan sebiji buku MUDAHNYA MEMBUAT BUN yang mengandungi beberapa resepi serta langkah-langkah membuat roti dengan pelbagai bentuk yang berlainan. Lepas ni boleh la buat ikut resepi yang ada, bentuk-bentuk bun dan rotinya pula memang ada yang saya tak terfikir pun sebelum ini. Kalau saya dah cuba nanti In Sha Allah akan saya kongsikan di sini.


Antara yang ada dalam buku tersebut. Tak sabar rasanya untuk cuba...


Selain dari gifts dari Kak Ina, saya juga menerima satu FM nuuuuuun jauh dari London, hasil pemberian blogger Cheq Da yang mengirimnya kepada adik beliau yang berkunjung ke UK untuk menghantar isterinya menyambung pelajara di sana. Aiiiii suka la sangat, kalau nak pergi nak beli sendiri memang lambat la lagi....

Buat mereka berdua ini, terima kasih daun keladi, kalau ada bolehlah bagi lagi!

Semoga murah rezeki dan berbahagia selalu...

3 comments:

  1. Tahniah cheq shue.... best pulak akak tengok buku resepi Ban tu... buat cepat2 tau .. lepas tu update kat blog ehe :)

    ReplyDelete
  2. salam..

    wah bestnya cheq sue..tahniah la..semua comel2..^_^

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]