ABOUT ME



Belajar & Mengajar : 
SK Telosan - SM Jeram - Matrikulasi YPJ - UPM - Maktab Perguruan Batu Pahat (1987 - 2003)

Mengajar di Cameron Highlands sejak 2004. 1st posting sehinggalah sekarang, dah sampai tahap jemu, agaknya terlalu lama di sini. Berharap sangat-sangat dapat tukar ke negeri sendiri. Ke mana lagi kalau bukan ke KELANTAN.
Kalau ada la yang datang bercuti ke CH, sudi-sudi le hubungi saya mana tahu boleh bertemu mata bercakap sepatah dua.

Kenapa Cheq Sue?
Kalau di kampung dipanggil ILA. Zaman sekolah dulu pun sama. Bila masuk matrik, entah nak panggil apa. Maklumlah masa tu pertama kali belajar di luar Kelantan, konon nak glamour la suruh panggil Sue, tapi last-last diorang panggil MEK. Hurmmmm...sadis sungguh masa tu. Bila masuk UPM, kengkawan panggil Sue sampailah sekarang. Cheq Sue pulak muncul dek kerana kawan saya yang mula memanggil Cheq Sue. Mungkin kerana saya masih belum berkahwin. Tetapi rasanya lebih kepada satu penghormatan kepada orang yang lebih tua. Iyalah, kalau nak panggil 'kak' atau 'makcik' kang emo pulak.

Berblog...
Saya mula berjinak-jinak dengan dunia blog selepas memadamkan akaun FB. Sebenarnya dulu saya sangat aktif berFB tetapi sampai satu masa saya merasakan benda itu sia-sia. Saya banyak menghabiskan masa mengadapnya, tak kira siang atau malam. Dan faham-faham sahajalah di dalam situ ada banyak dosa sebenarnya. Dosa apa? Tak perlulah saya jelaskan. Saya tak mengatakan FB itu salah tetapi saya yang membuatnya salah. Ada juga satu kes berlaku, yang melibatkan saya dan orang lain. Jadi saya mengambil keputusan untuk memadamkannya. Agak ralat juga...

Jadi pada tahun 2010, dengan n3 pertama pada 23 Oktober 2010, saya mula membuat blog. Sebelum itu saya ada buat fotopages (FP) tetapi sistemnya lebih rumit saya rasa, jadi FP saya tergantung. Bila dah lama tu saya tak ingat apa log in dan password lalu ianya terbiar begitu sahaja. Selepas FP, saya ada buat blog lain tetapi lupa log in dan password juga.

Selepas itulah saya mulakan blog baru. Yang pertama kali saya gunakan tagline Cheq Sue Suka Masak. Saya mendapat inspirasi daripada blog Dapur Tanpa Sempadan di mana saya ada menghantar email kepada Che Mat Gebu. Kalau tengok balik email tu hai alangkah segannya. Sebenarnya bila berblog dengan 'zero', langsung tak tahu apa, dan tak tahu bagaimana agak sukar juga nak meneruskannya. Sebab itulah jika dilihat selepas n3 pertama, pada 1 Mei 2011 barulah keluar n3 yang kedua iaitu Setelah Sekian Lama. Betapa jauhnya jarak sebelum blog ini menjadi seperti sekarang. Dan alhamdulillah, dengan tagline yang sentiasa bertukar, saya akhirnya kekal dengan CERITA TENTANG SEGALA sehingga hari ini. Dan di blog inilah saya berkongsikan segala, dunia saya yang kedua.

Dan saya juga ada satu lagi blog di mana saya kongsikan segala perjalan suka duka di sekolah saya sekarang. AKU CIKGU SELAMANYA. Satu hari nanti semua ini akan menjadi kenangan yang sukar dilupakan.

Bila difikir balik banyak kenangan suka duka dalam berblogging. Dari n3 terdahulu sehingga sekarang ada banyak bezanya. Persembahan gambar pun agak lebih baik. Daripada tak tahu apa-apa, sampailah saya boleh ada mentor, iaitu Cheq Da, rakan sekolah yang sama memadamkan akaun FB dan berminat untuk berblog. Sekarang ni beliau dah lagi maju dari saya... T_T

Jadi saya mengharapkan sesiapa yang membaca blog ini mendapat manfaat daripadanya. Kalaubun bukan dalam bidang masakan, tetapi ambillah panduan dalam kehidupan. InsyaAllah saya cuba kongsikan segala yang berguna untuk kita semua.

My Passion
Saya tersangatlah suka memasak. Di samping saya suka makan (sebab tu saya gemoks T_T), memasak merupakan salah satu cara saya menghilangkan tekanan. Saya bukanlah seorang yang cerewet atau memilih tetapi kalau makan di kedai dan tidak kena dengan selera saya, rasa tidak berbaloi. Lebih baik buat sendiri, sedap atau tidak kita akan berpuas hati. Sebab itulah saya selalu bawa bekal ke sekolah kerana saya akan makan apa yang saya rasa mahu makan. Bukan kedekut atau berjimat ya...

Bagi saya memasak ni satu keperluan bagi seorang perempuan. Setinggi mana pun kita belajar atau sebagus mana pun kita bekerja, sekurang-kurangnya kita tahu asas di dapur, kalaupun bukan untuk orang lain, itu untuk diri sendiri. Makan di kedai sokmo pun bukannya bagus... Saya sendiri pun bukannya pandai masak tapi sikit-sikit tu boleh lah. Sekarang pelbagai kemudahan ada, semuanya di hujung jari. Nak seribu daya tak hendak seribu dalih, tak gitu?

Saya mula mengenal periuk belanga seawal umur 10 tahun. Memasak menggunakan dapur kayu, kemudian dapur minyak tanah dan seterusnya dapur gas, semuanya memberi saya sejuta kenangan yang tak mungkin di lupa. Bagaimana kain tuala yang membalut tangan hangus semasa menggoreng ikan singgang di dapur kayu. Bagaimana api menyambar minyak tanah dek kerana sumbu terlampau panjang. Ataupun bagaimana ketika menyiang seekor ayam yang belum di belah. Hancur ayam tu saya kerjakan. Saya ingat pertama kali menanak nasi menggunakan periuk elektrik, satu periuk tu nasi mentah, kena tanak semula di atas dapur kayu. He he he.. Jangan tak tahu saya pernah membakar biskut di dalam periuk dengan menggunakan dapur kayu (di dalamnya saya letak pasir). Nasib baik menjadi jugak masa tu. Terima kasih tentunya kepada bonda saya, my Mek yang sentiasa menunjuk ajar saya semasa di dapur.

Selain dari masak memasak ni, saya memang suka bergambar dan mengambil gambar. Dari remaja, ketika memiliki kamera manual Canon, seterusnya kamera digital compact sehingga sekarang DSLR, saya dah ada lebih kurang 10 album. Bila tengok semula boleh lihat perubahan yang berlaku, zaman remaja ke zaman tua bangka, zaman kurus ke zaman kembang. Bagi sesetangah orang yang ada minat macam saya ni memang tahu lah apa kepuasan di sebaliknya.

Satu lagi keghairahan saya adalah untuk menulis kerana saya suka berkhayal. Bila buat cerpen atau cerita rasa macam satu dunia ni milik saya. Semuanya dapat saya perolehi walaupun sekadar dalam mimpi (kata orang). Sebab itulah kalau tengok di dalam blog ini ada juga saya kongsikan hasil tulisan saya yang telah siap. Saya bermula di darjah enam ketika habis UPSR. Bermula dengan membuat skrip drama untuk lakonan Bahasa Melayu, saya sambung pula selepas PMR. Masa tu tulis dalam buku latihan, hampir satu bijik jugak. Saya dah re-write semula, nasib baik ada dalam simpanan, kalau boleh jumpa buku tu mesti lagi nostalgia. Bila habis SPM dan mula melanjutkan pelajaran, bila ada masa terluang saja tentu ada yang saya coretkan. Sekarang ni, ada satu cerita yang sedang saya tuliskan, insyaAllah kalau dah siap saya boleh kongsi nanti.

Harapan & Impian
Sesiapapun di dunia ini mengharapkan yang terbaik. Dalam semua perkara saya harapkan keberkatan, kebahagiaan dan keredhaan Yang Maha Pencipa. Saya insan lemah, yang banyak kekurangan. Sekiranya ada yang mahu menegur, saya alu-alukan. Semoga kita semua dalam lindungan Allah Yang Maha Esa juga adanya....

Terima kasih atas sokongan anda semua...

9 comments:

  1. Ceq Sue..akak suka membaca coretan Sue. Memang kenangan lama x mudah hilang dari ingatan lebih2 lagi yang bertulis...lain2 coretan Sue boleh diambil guna sebagai panduan dan pengajaran.

    Terima kasih.

    Kak Amy,
    USJ Subang Jaya.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Kak Amy... harapnya begitulah, semoga memberi manfaat..

    ReplyDelete
  3. Salam...
    Rasanya cheqsue satu batch dgn saya masa matrix ypj tahun 1998/1999.
    Kalau masih ingt Sharifah Fadhillah (matrix bio./hayat), sy one of her gang...
    Anyway nice to read ur blog ;)

    ReplyDelete
  4. OMG... Dilah ke? KB kan? orangnya havoc dan sungguh gege... ha ha ha... mana boleh lupa...

    ReplyDelete
  5. hai sue, hihi apa khabar?....mcm tak percaya terjumpa geng UPM yang rajin berblog...dulu sue dok Kolej 10 kan..aras 5. aku dot...satu geng ngan mekti dulu...Rajinyer menulis dan pandai pulak memasak...sangat tak disangka2....

    ReplyDelete
  6. Salam cik sue..x sangka jumpa dlm blog..kali ptama jeguk blog ni..tgk gambar mcm kenal je...mcm pernah tgk...ya la...saya spm smkj 1999..salam pertemuan

    ReplyDelete
  7. hai sue, betul kata awk berfb memang byk keburukannya sy pun dah mula malas nk berfb lg sbb dulu sy ingat dgn adanya akaun fb kita boleh bertemu dgn rakan2 lama tp bila ada segelintir menjadikan fb sebagai tempat utk menunjukkan kelebihan yg ada sy mula meluat klu yg cantik sikit mulalh nak post muka mcm2 gaya klu yg berharta sikit mula nk tunjuk kelebihan yg ada kita tahu awk kaya tak payahlh nk menunjuk sgt

    ReplyDelete
  8. best la baca coretan ciksue.. saya nak minta izin nak ambil resepi pencicah dari blog ciksue... minggu depan nak try buat..

    ReplyDelete
  9. Assalam Cheq Sue, ada tak resepi Bubur Chacha Kelate (disebut Cacor)...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]