Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Kali kedua ke sini, Alhamdulillah seronok sebenarnya dapat kembali ke sini. Hehehe macamlah tempat ni jauh sangat, dalam 30 minit je pun sebenarnya. Ni saya datang bulan Ogos baru-baru ni ya..
Di namakan Kala-Kala kerana warnanya yang pelbagai, bermaksud juga banyak warna. Boleh dilihat dari papan tanda yang ada di sini. Kawasan penginapan sini agak bersih dan terjaga dengan baik. Stafnya pun sangat ramah dan senang nak berurusan dengan mereka.
Tenggek la sekeping tanda hadir
Buaian yang tergantung buat melayan perasaan. Kalau rasa nak healing-healing tu bolehlah sambil-sambil melelapkan mata. Cuma elok-eloklah jangan sampai berbuai ke tanah pula
Pukat/jala yang ada, tak pasti boleh sewa atau guna percuma pagi penyewa. Bagi sesiapa yang suka nak menjala atau melepas perasaan mencari ikan, bolehla test power. Saya tengok ada banyak juga ikan walaupun dipesisir pantai. Saya memang tak reti nak menjala bagai, sekadar seronok tengok aje -_-
Cahaya pagi. Tak sempat tengok sunrise sebab dok golek-golek dalam bilik. Tahu tahu dah tengah hari
Tengok pakcik tu menjala. Kena dengan jiwa saya
Antara bilik-bilik yang ada. Tak pasti pulak berapa bilangannya. Yang ini kawasan rumah berkembar
(2 pintu) dan juga diwarnakan dengan warna-warni untuk menyerlahkan lagi "kala-kalanya" itu.. Biliknya sangat selesa, dengan pendingin hawa dan bilik air yang selesa. Ruang dalamannya luas, cukup selesa. Cuma tv kadang-kadang ada siaran kadang-kadang senyap gitu je hahaha
Rumah singgahan. Agak tak selesa sebab pengunjung sebelah tu tak tahulah ada kanak-kanak ramai mana asyik mainnnnnnn je walau dah tengah malam. Maklum sajalah bila bilik bercantum gini memang takleh nak bertenang, tambah-tambah pula saya ni memang sejenis yang telinga lintah. Lagi pula rumah-rumah ni dibuat dari kayu, kalau orang hentak-hentak kaki memang akan terdengar dan rasa sampai rumah sebelah. Sabau ajelahhh, lain kali kena request bilik no 3 yang tak bercantum. Agak stress jugak masa datang tu, nak marah kang mak bapak deme diam je. Haihhh
Kalau korang yang berkelapangan, bolehlah singgah merasai suasana lain dari kebiasaan...
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]