Showing posts with label Puding / Agar-Agar. Show all posts
Showing posts with label Puding / Agar-Agar. Show all posts

Wednesday, July 13, 2016

Puding Biskut Krim Kraker

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sekarang ni macam tak berapa rajin nak masak, sebabnya kalau masak ni 2 3 hari pun tak habis lagi. Kadang2 sampai kena buang. Rasa sedih betul bila membazir makanan ni. Jadi takyah la masak kalau tak habis makan, kan?


Cuma puding ni saya buat sebab kuantitinya tak banyak. Itu pun saya buat separuh saja dari resepi. Dapatlah secoet puding at the end. Kiranya tak la sampai 2 3 hari nak perabis. Sekali pandang dalam gambar ni hudoh bebenor kejadiannya. Bukan apa, bila dah sejuk payah pulak nak keluarkan dari acuan. Jadi terpaksalah guna sudu untuk umpil bahagian tepinya tu.. hu hu hu..


Monday, January 4, 2016

Agar-Agar Peach

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Rasa2 memang dah lama tak buat agar2. Jika dibandingkan puding dan agar2 saya lebih suka agar2 sebab teksturnya yang lebih keras dan kenyal berbanding puding yang agak lembik. Bila dah lama tak makan tu rasa sedap jugak kalau ada, makan time sejuk2 memang syok. Tambah2 memang ada stok buah peach dalam tin. Jadi terus Google resepi dan buat. Ting tng ting tong kat dapo saaaat saja dah siap.


Cantik kan... elok je terletak dalam acuan. Baru rasmi tau. Kat atas tu acuan plastik dan yang kat bawah tu acuan silikon. Memang seswai..


Sunday, July 20, 2014

Puding Karamel Tanpa Telur

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Selalunya kalau puasa memang saya jarang masak kuih muih atau benda2 manis ni. Bukannya tak makan tapi takut tak habis makan. Bila berbuka minum air, makan kurma dan terus makan nasi. Tapi baru2 ni rasa sangat nak makan puding gula hangus. Masa miting di PD, ambil jugak puding tu tapi rasanya tak kick sebab ada dicampur dengan limau. Jadi godek2 resepi saja nak try puding karamel yang tak guna telur sebab sebelum ni memang tak pernah buat lagi. Nak makan punya pasal, saya buat 1/4 daripada resepi ni. Tapi itu pun tak habis jugak...

Yang kelakarnya bila buat ni, dah masak semua bahan saya masuklah dalam pengukus, konon nak kukus la bagi beku. Dah dua tiga minit baru teringat adunan ni ada agar-agar, laaaaaa acaner nak beku kan? Haruslah saya keluarkan semula dan biar aje sejuk di suhu bilik. Bila ingat2 semula rasa nak sekeh kepala sendiri.


Rupa2nya puding karamel yang tak menggunakan telur pun tak kurang sedapnya tapi tahu sajalah bila gunakan serbuk agar2 ni tak berapa nak lembut macam yang guna telur. Yang ni lebih macam agar2 la sikit. Apapun tak ngapalah, semua dah selamat di makan. Nanti saya cuba pulak puding karamel menggunakan serbuk dari Oman tu. TQ Kak Yati.

RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR
Sumber : Kak Yati

Bahannya :-
3 sudu besar gula pasir (gula hangus)
1 Peket agar-agar serbuk 10g
4 cawan air
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair (400ml)
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
1 tin koktail buah-buahan

Caranya :-
Taburkan gula pasir didalam loyang kemudian, masakan sehingga keperangan, kemudian goyangkan loyang tu supaya gula hangus tu sekata disekeliling loyang. Ketepikan
Kemudian dalam bekas lain susu cair, tepung kastard dan esen dikaucau sehingga tidak berketul.
Lepas tu satukan dalam periuk agar-agar, air, susu pekat manis, gula.
Kacau sehingga bahan-bahan masak mendidih, kemudian tuangkan kedalam loyang gula hangus.
Bila dah sejuk sikit, masukkan dalam peti ais.
Bila hendak dimakan, hidangkan bersama koktail buah-buah tadi.

Monday, January 13, 2014

Bread Pudding With Salted Caramel (Sauce) And White Chocolate Ganache Sauce

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kalau sape yang kenal saya, mesti mereka tahu yang saya ni tak berapa gemar pencuci mulut atau desert yang lembik. Kalau saya buat pun, hanya sedikit yang saya makan. Tak tahulah kenapa, memang tak boleh telan memenda yang lembik-lembik ni. 

Begitu juga kalau buat puding roti. Saya lebih suka jika puding roti tu masih berbentuk rotinya. Kalau yang menggunakan agar-agar, atau rotinya diblend, saya akan buat keras sikit. Berkenaan puding roti ni pulak, saya memang tak plan nak buat. Tapi memandangkan saya ada lebihan salted caramel dan white chocolate ganache masa buat white chocolate macadamia cake tu, sayang pulak kalau nak buang. Banyak tak banyak jugak, ada la dalam satu ramekin setiap satu. 

Ingat-ingat balik, puding roti menjadi resepi paling hit 2013 di CTS, sebab itulah saya buat untuk digandingkan dengan sos gabungan dua bahan tadi. Istimewanya puding roti ni kerana saya buat tanpa resepi. Ha ha ha... jarang benar benda ni berlaku. Selalu mesti nak belek resepi dulu!


Alhamdulillah, tak sangka menjadi. Betul, tepat dan kena dengan selera saya yang mahukan puding roti sedikit berkerak dan garing. Bila digandingkan dengan sos tu pulak aduhai memang sedap sungguh. Tetapi... ada tapinya pula! Ianya mesti dihidangkan sejuk, sebab jika dihidangkan pada suhu bilik memang agak manis. Coklat dan caramel katakan..semuanya menggunakan gula dan glucose.

Untuk membuat sos yang namanya sangat panjang itu, saya double boilkan kedua bahan dan saya campurkan dengan 1/2 tin susu cair. Agak susah jugak nak cairkan salted caramel tu, maklumlah suhu sejuk beku di CH sekarang ni.

Untuk resepi salted caramel dan ganache tu saya copy semula resepi kot ada nak buat lain kali. Resepi dari blog Kak Ita, very the thank you akak! Resepi puding roti ala-ala tu pun ada jugak saya sertakan...


PUDING ROTI
Resepi : Cheq Sue
7 keping roti - carik-carikkan
1 tin susu cair (++)
2 biji telur
1/4 cawan gula castor
Esen vanila

Campur semua bahan kecuali roti. Bancuh sehingga gula larut
Masukkan roti dan biar sehingga roti menyerap semua cecair
Masukkan ke dalam acuan yang telah dilenser
Bakar 180'C selama 30-40 minit
Saya suka puding roti yang agak garing2 sikit 

SALTED CARAMEL

113 gm butter tanpa garam
120 ml heavy cream atau Dairy whipping cream
3 sudu besar air
60 ml corn syrup
200 gm gula

Potong buter kepada kiub kecil
Campurkan bersama krim dan panaskan dalam microwave hingga ia cair tapi masih keruh ~ ketepikan
Boleh juga panaskan atas api perlahan
Note : Resepi ni dapat banyak, boleh buat 1/2 adunan sahaja kerana kita hanya perlukan 2 sudu besar sahaja
Dalam periuk satukan air, gula dan corn syrup
Masak atas dapur hingga ia mendidih, berbuih-buih dan gula melarut ~ anggaran suhu 150C kalau tak ada temormeter cuma pastikan gula dah larut dan ia benar-benar mendidih
Tutup periuk supaya gula yang melekat di tepi periuk mencair dan turun ke bawah
Buka periuk dan tuangkan krim dan butter cair tadi
Kacau perlahan dan masak hingga pekat
Biarkan sejuk
GANACHE COKLAT PUTIH

125 ml krim tenusu
20 gm sirap glucos
200 gm coklat masakan putih
15 gm mentega

Cincang coklat halus
Masak krim dan sirap glucos hingga berbuih
Tuangkan krim atas coklat dan biarkan coklat mencair
Tambahkan butter
Gaul rata

Monday, November 18, 2013

Peach Panna Cota

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya suka panna cota. Sebab? Namanya yang unik... Aishh...boleh pulak gitu ya? Ini kali kedua saya membuat resepi yang sama, tetapi hanya separuh kerana nak menghabiskan WC belen kek. Rasanya lebih kepada puding yang kenyal-kenyal gitu kerana penggunaan gelatin.


Panna cota ni memang sedap dimakan semasa masih sejuk, feeling good gitu makan bersudu. Selain peach, boleh juga menggunakan buah-buahan yang lain tapi faham2 sajalah di rumah saya ni, stok peach sajalah yang sentiasa ada. Next time nak cuba dengan strawberry ke... kiwi ke... berangan lah dulu eh. Untuk kali ni juga, saya hanya dadukan peach, tidak membuat puri.

Untuk resepi, saya mengambil sumber dari blog Kak Nor. Saya copy semula resepi di bawah untuk rujukan akan datang.


PEACH PANNA COTTA
Resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram
Resipi asal : Gert@KitchenSnippets


Bahan:
2 cawan susu segar/fresh milk
1/2 cawan whipping cream
2 sudu kecil serbuk gelatin 
3 sudu besar air panas
1/4 cawan gula @ secukup rasa
1 sudu kecil esen vanila

Utk puree mangga :
1 bj mangga masak
2 - 3 sudu kecil gula
1 sudu kecil perahan limau/lemon
Yang ni saya tak buat, terus campurkan peach yang di dadu ke dalam adunan susu.

Cara:
Masukkan gelatin ke dalam air panas, kacau dan biarkan ia mengembang.
Masak susu, whipping cream dan gula dgn api sederhana hingga kelihatan buih2 kecil di tepi periuk.
Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan esen vanila, kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
Tuangkan ke dalam ramekin atau gelas yg sesuai.
Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
Sementara itu bolehlah disedikan puree mangga.
Blend buah mangga hingga halus, kemudian masukkan gula dan perahan limau/lemon. 
Kacau hingga sebati. Sejukkan dlm peti ais sebelum menghidang.
Utk menghidang, tuangkan puree mangga ke atas panna cotta tadi.
Sedia utk dinikmati.

Note :
- utk membuat panna cotta ni mudah aje, cuma perlu ambil masa yg agak lama antara 5 - 6 jam utk panna cotta tu betul2 set/mengeras. kalau dituangkan puree mangga sebelum ianya betul2 set, nanti akan tenggelam ke dalam panna cotta tu.
- utk menikmati panna cotta ni di waktu petang, eloklah disediakan panna cotta ni di waktu pagi.
- tekstur panna cotta tidak spt agar2 atau puding, ia lebih kepada dadih

Wednesday, April 10, 2013

Puding Roti Bakar Dengan Sos Kastad

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya sebenarnya jarang sangat membeli roti, tak kiralah roti sandwich ataupun roti berinti. Tak tahulah mengapa, saya agak selektif tentangnya. Kadang-kadang kalau beli peket kecil tu sampai seminggu tak habis lagi. Baru2 ni pulak saya beli sepeket besar Gardenia, konon nak makan dengan jem orpal, tetapi sebagai insan biasa yang mempunyai sedikit perasaan cerewet dan memilih, masih ada banyak roti yang berlebih-lebih. Jadi saya memilih untuk membuat puding roti yang saban masa saya lihat di blog Kak Hana. Untuk resepi puding roti pun, saya lebih suka puding roti yang agak keras sikit, bukan keras macam mana, maksudnya masih boleh gigit lah, bukan kata terus je masuk ke tekak. Hish, macam2 la cerewetnya saya ni kan...



Oleh sebab saya tak ada kismis, maka saya gantikan dengan coklat cip. Seperti yang dilihat di blog Kak Hana, kejadian puding roti ni sungguh sempurna. Dan seperti yang saya mahu, puding roti ni tak la terlalu hancur sangat. Ibarat gambar bekas sos kastard tu,mmmmmm yummy! Cantik kan? Saya beli di kedai bundle aje, 2 RM5...


Sakit hati betul dengan gambar ni. Konon2 nak tuang sos tu, tapi sebelah tangan pegang kamera, sebelah lagi pegang bekas sos, nasib baik tak tertuang atas alas pinggan tu, tak nampak weh, mana nak fokus lagi, mana nak tuang.... ^_^


Dan inilah hasil akhirnya...semangkuk puding roti dengan sos kastad yang sangat sedap untuk dinikmati. Kalau dibiarkan sejuk dulu lagi sedap, tapi makan gitu aje pun sedap jugak. Pada Kak Hana, saya copy resepinya di sini ya buat rujukan di masa akan datang. Terima kasih...

PUDING ROTI BAKAR DENGAN SOS KASTAD
sumber : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
7-8 keping roti
* 500 ml susu segar @ 2 cawan
* 4 sudu besar gula halus
* 2 biji telur
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon
2 sudu besar butter - cairkan
3 sudu besar kismis
Untuk Sos Kastard
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula

Cara-cara
Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.Biarkan terendam dan meresap seketika.
Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)
Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.

 ********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya.
~ Wassalam ~

Wednesday, April 3, 2013

Puding Cendol

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Memulakan tarikh ke 3 dalam bulan baru tahun ini juga adalah puding cendol yang simple tapi sedap. Masih juga n3 basi, yang menunggu di dalam draf sejak bulan lepas. Maklumlah sibuk ke sana sini. Untuk resepi puding ni, saya terjumpa di blog Kak Ummi, yang mana ianya dikongsikan oleh Kak Hanieliza. Bukan apa, ada banyak sebenarnya resepi puding cendol, tapi saya cari yang pali senang dan tidak menggunakan santan. Dan alhamdulillah resepi ini kena dengan apa yang saya inginkan. Cuma untuk lapisan cendol tu tak berapa nampak sebab sikit benar cendolnya, lebihan dari nagasari cendol je sebenarnya.


Dalam satu adunan yang dibuat tu dapat banyak jugak. Puas la makan, boleh bagi member dan bawa ke sekolah pula. Daripada acuan tu jugak ada yang terpisah adunan cendol dan gula merahnya, memang nak kena tuang betul2, jangan tunggu lapisan gula merah tu sejuk sangat baru nak masukkan adunan cendol. Kalau tak memang confirm jadi puding cendol yang terpisah. Hiiii...

Saya memang suka puding cendol ni, tak berapa manis dan tak tawar sangat, kira ngam2 je. InsyaAllah kalau ada kesempatan nak cuba buat lagi selepas ni.


Buat kawan2 yang nak mencuba, saya copykan resepinya di sini pula. Mintak halal ya...

PUDING CENDOL CHEF HANIELIZA
Sumber : Kak Ummi

Bahan-bahan:-
1/2 paket agar2 [20 gm]
3 gelas air (akak letak 3 1/2 mug)
1 cawan gula
1 cawan susu cair (*akak guna Ideal Nestle)
2 cawan cendul
1 cawan gula merah

Cara-Cara:-
Rebuskan agar dengan air sehingga mendidih.
Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi. Tapiskan.
Bahagikan adunan pada 3 bahagian.
Bahagian 1/3 itu dipanaskan dan masukkan gula merah. Kacau rata dn biarkan mendidih dan tapis.
Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan ekras sangat nanti adunan tidak melekat.
2 bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair dan cendul.
Kacau rata dan tuangkan perlahan2 atas adunan gula merah dan sejukkan.
Hidangkan.


********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. 
~ Wassalam ~

Friday, March 8, 2013

Puding Coklat Oreo

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila sebut je biskut oreo, mesti ramai yang suka. Biskut yang lemak manis berkrim dan ada sedikt rasa masin sungguh menggoda jiwa. Cheq sue sendiri pun memang peminat oreo, dan sangat suka dengan oreo ungu @ perisa aiskrim. Nak dijadikan cerita terhasilnya puding ni kerana ada 2 3 bungkus oreo di rumah ni. Lama jugak dok peram resepi, jadi bila ada stok tu boleh la cuba.

Resepi ni cheq sue pasti ramai yang dah cuba. Kalau tengok dari sumbernya iaitu di blog Kak Ros, puding ni ada dua lapisan, tapi entah macam mana yang cheq sue buat ni tak ada pulak. Tak jadi la tu agaknya... Tapi dalam tak ada layer tu pun laju aje masuk mulut. Pada cheq sue, puding yang terhasil agak kurang manis sebab cheq sue kurangkan sedikit sukatan gulanya.


Nah, cantik tak kejadian ros hitam ni? Kali ni heq sue gunakan mould silicone berbentuk rose, memang perfect sangat kejadian pudingnya. Bila bagi pada dak Faiz, boleh pulak dia tanya macam mana buat tu...

Terima kasih pada Kak Ros yang berkongsi resepi ni. Cheq sue C&P aje di bawah untuk rujukan lain kali.

 
PUDING COKLAT OREO

Bahan-bahan ( dpt dlm 10-15 acuan jelly )
1/2 paket agar-agar stripe atau ( 8 gram-1 paket serbuk agar-agar)
6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan)
2 cawan air
2 cawan susu segar (boleh ganti susu pekat manis atau susu kacang soya)
1/2 cawan gula
1 ikat daun pandan
2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara
Rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut.
Sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati. Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar.
Setelah semua sebati, curah dalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais, agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi.
Amat sesuai dimakan masa cuaca panas ataupun sebagai menu sampingan untuk anak-anak, Selamat mencuba.

***********************************
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akirnya.
 ~ Wassalam ~