Showing posts with label Makanan Laut. Show all posts
Showing posts with label Makanan Laut. Show all posts

Wednesday, April 6, 2016

Masak Lemak Keladi & Udang Harimau

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

N3 1 April. Seseungguhnya rasa lemau malas yang teramat nak update. Dah tak ada  kemahuan agaknya nak menulis kat blog ni. Apesal ekkkk? Dah jemu asyik dok perangat aje nak suruh rajin, tapi sudahnya setakat 2 3 n3 je yang mampu. Aduhai, nasib baik kita ni blogger suam2 aje, tak kisahlah ada atau tidak, yang penting ada sikit better dari tak ada langsung. Hurmmmm...


Alkisahnya masak lemak udang dengan keladi ni dah lama pun buat. Saya kalau amik keladi memang suka rebus siap2 kendian simpan dalam esbok. Jadi kalau nak masak boleh terus ambil aje. Udang ni pulak saya beli di kampung, kendian bawa balik ke CH. Kalau nak harap beli kat sini tak merasa la udang risau yunk oiii, udang tak rimau pun dah RM38 sekilo. Beli di kampung udang rimau ni baru RM34. Tu yang tak berapa nak membeli dekat sini.


Wednesday, August 6, 2014

Ketam & Udang Goreng Telur Masin

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pernah tak kita terfikir, bila bulan puasa je (walaupun Ramadhan dah berlalu) kita akan terfikir nak makan macam-macam? Kadang2 yang lebihnya nafsu. Kalau masak sendiri boleh lagi control tapi bila beli semuanya hendak bila makan jamah2 aje. Mujur jugaklah kat tempat saya ni tak banyak pasar ramadan, dan kita pun dah tahu tahap mana kesedapannya, jadi the best solution adalah masak sendiri di rumah.

Eh... asalnya nak citer pasal ketam pasal udang, ni dah jauh nau meleretnya....

Back to da n3... memula saya buat ketam telur masin. Kengkonon nak jimatkan telur, main campur je telur merah dengan telur putih, nah amek kau last sekali tak tahu semuanya dah bercampur sekali.


Inilah rupa gayanya ketam yang cedera parah dikerjakan oleh telur masin. Isi udang ke mana, telur ke mana. Saya buat seekor aje pun... beli nak lepaskan kempunan lama tak maka seafood.


Serius cakap, seekor ketam ni memang makan tak puas sebab lebih banyak kulit dari isi. Tapi cukuplah sekadar untuk rasa. Untuk 1st attempt ni puaslah akhirnya dapat makan juadah ni.

 

Dengan menggunakan resepi yang sama juga saya membuat masakan ni sekali lagi tapi  menggunakan udang. Kali ni guna udang saiz XL, memang tak habis, puas hati bila dapat ratah. Saya cukup suka dengan resepi ni. Pada saya, masak dengan telur masin ni memang owesome. Cuma kena pastikanlah jangan guna yang putih tu banyak sangat. Masa saya buat pertama kali, telur masin tu belum masin sangat nanti. Bila buat yang kedua, masinnya dah cukup. Tambah pulak saya tidak menggunakan telur putihnya.


Untuk resepinya saya merujuk blog Kak Zila. Ianya lebih kurang sama jugak  dengan masak butter cuma diejas sikit2 aje. TQ Kak Zila dan semua yang dah buat resepi ni.


KETAM GORENG TELUR MASIN
Resepi : Kak Zila

Bahan-bahan:-

3 ekor ketam bunga
10 biji cili api - dihiris ikut kepedasan masing-masing
2 tangkai daun kari
3 sudu besar butter
5 biji telur masin 
1 sudu kecil gula
3 sudu besar susu cair
2 biji bwg putih - di ketuk
3 sudu besar tepung jagung
Garam
Serbuk lada sulah secukupnya
Minyak masak utk menggoreng

Cara
Rebus telur masin sampai masak, asingkan kuning telur dan hancurkan - zila tambah 1 biji bahagian putih telur masin.
Bersihkan ketam potong kepada dua bahagian,goreng dengan tepung jagung.
Goreng deep fried - asingkan
Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih,daun kari dan cili padi sampai wangi
Masukkan telur masin yang telah dihancurkan tadi.
Masukkan susu segar,gula dan lada sulah..perasakan kesemuanya.
Kacau rata,tunggu sampai kuah tu sedikit berbuih ,masukkan ketam kacau rata dan sedia dihidang.

Monday, July 21, 2014

Udang Goreng Buttter

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya dah lama sangat nak cuba butter prawn (BP) ni. Tapi yang membantutkannya apabila tak jumpa udang yang bersaiz sesuai. Kat sini biasa beli di pasar malam je, jadi kalau dapat yang saiznya sebesar kelingking memang tak puas la nak makan. Baru2 ni ada la jumpa udang yang bersaiz agak besar, pastu harganya pun besar jugak la RM30 sekilo, tapi beli jugak setengah kilo sebab dah terbayang2 nak buat BP bila tengok udangnya tu... Masa ni dah tak ingat pantang larang penyakit asmara, kalau kata tergatal pepandai la cari ubat lepas tu yerk...

Google resepi, terus je ambil resepi pertama dari carian iaitu yang dikongsikan oleh Kak Azie. Bawa telefon ke dapur, terus je sedia bahan2. Teruja la katakan...

Daripada setengah kilo udang tu, saya buat separuh. Ada la kot dalam 12 ke 13 ekor. Terlebih dulu saya buang dia punya kulit belakang dan kotoran di dalamnya.

Baca seimbas lalu resepi, saya pun buatlah, kali i ikut 100% sebab udang yang saya guna pun lebih kurang sama banyak dengan Kak Azie. Cuma bila buat sarang telur tu, terlepas pandang pulak kena campur minyak dengan butter. Saya ni hanya goreng dalam minyak saja, jadi tak berasa sangat la butternya. Aiseyhmannn, nak kena cuba lagi la lepas ni. Rupa2nya bila goreng telur tu minyaknya jadi membuak2 eh, memang kena kacau tak henti sehinggalah telur tu masak. Mmmmm baru tahu!


Pastu bila nak masak udang pulak baru la perasan resepinya menggunakan susu cair. Aduhhh, memang tak ada stok la di rumah, jadi saya bancuhkan susu tepung dengan air. Mmmm lari sikit rasanya tapi masih boleh diterima. Oleh sebab saya buat ni untuk berbuka, memang tak dapat nak rasa la masa masak tu, jadi untuk memperasakannya memang kena agak2lah ikut kepakaran. Ewahhhh... dan bila makan waktu berbuka tu Alhamdulillah rasanya agak sedap tetapi seperti yang saya bagitahu tadi memang tak berapa ber'butter' gitu. In Sha Allah will try again next time.


TQ Kak Azie atas resepinya.



UDANG GORENG BUTTER / BUTTERED PRAWN 
Oleh : Azie Kitchen
 

Sarang Telur :
2 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin
1 cawan minyak masak
 

Pukul ringan kuning telur. 
Panaskan butter/margerin bersama minyak masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.
Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan. 
Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya. 

Udang :
12 ekor udang 
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng 
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit butter/margerin untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka
Garam secukup rasa
 

Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.
Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. 

Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.
Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siapp.. Senang kann

Tuesday, October 23, 2012

Sambal Kacang Sotong Kembang

 
 
Dah agak lama jugak buat sambal ni, tapi dari ke sari tak dapat masukkan gambar. Alkisahnya beli seekor kat TESCO, memang dah niat pun nak buat sambal, konon-konon nak makan dengan nasi lemak. Tapi nasi ke mana lemak ke mana, malah yang jadi pulak adalah nasi impit. Kelassss gitu.
 
Cuma yang cheq sue buat ni agak pekat sikit sebab terlebih kacang - dengan niat. Cheq sue guna kacang tumbuk segera, jadi nak habiskan stok I tuang je semua yang ada. Untuk penggemar kacang rasanya tak ada masalah. Bahan-bahan yang lain tu pula cheq sue kurangkan ikut banyak mana sotong yang ada.
 
Nama? Apalah yang ada pada nama. Sambal kacang..sambal sotong...asalkan mencapai maksud sudahlah. TQ pada Kak Azlita yang berkongsi resepi maveless Pak Engku ni. Lain kali boleh la di cuba lagi. Wassalam...

 
SAMBAL SOTONG KEMBANG BERKACANG
Resepi: Pak Engku
Sumber : Masam Manis

Bahan2
1 kg sotong kembang

Bahan kisar
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia 
15 tangkai cili kering - direndam hingga lembut dan dikisar
 
3 camca besar puri tomato - ita gantikan dgn tomato buah yg dicincang
2 camca besar sos cili
1 ketul gula Melaka
2 biji bawang besar - hiris bulat
100 gm kacang tanah - disangai kisar kasar
100 ml air
300 ml minyak masak
garam secukup rasa

Cara Menyediakannya

1. Sotong kembang dipotong 4 cm. Kemudian dicuci bersih.
2. Panaskan minyak masak & tumiskan bahan kisar hingga naik bau & pecah minyak. 
3. Kemudian masukkan puri tomato dan sos cili. Masak lagi hingga kuah sedikit pekat. Masukkan gula melaka, garam dan air biar kuah didih dan gula larut. Rasa kan garam nyer. Masukkan sotong dan biar hingga kuah sedikit pekat dan sotong masak.
4. Akhir sekali masukkan bawang besar dan kacang. Kacau seketika & siap untuk dihidangkan.
Stylish Thankyou

Tuesday, May 15, 2012

Grilled Tiger Prawn With Basil Garlic Butter (II)


 
 
Resepi udang harimau, yang kedua. Kali ni memang dapat saiz besar punyaaaaaaaaaaaaaaa. Seekor tu memang penuh di tapak tangan. Dah lama dok berangan nak masak ala-ala steak gini, macam selalu tengok kat tb. He he he, perasaan!
 
Untuk resepi ni cheq sue cuba suka2 hati aje sebab x sempat nak cari resepi kat tenet. Rasa dia agak ok, tapi ada jugak kelemahan sikit-sikit. Contohnya boleh kasi pedas lagi supaya tak muak. Lagi kena kurangkan garam masa perap. Kalau resepi I tu cheq sue guna rosemarry, kali ni cheq sue guna basil pulak yang dibuat butter spread dengan garlic.
 
Udang ni pulak cheq sue santap bersama potato salad dan tomato, selain dari chicken gravy (instant). Dek kerana rasa plain aje, memang kena letak sos cili masa makan. Apapun next time kalau ada rezeki udang harimau saiz giant ni, bolehlah improve resepi ni. Cheq sue letak jugak sebagai kenang-kenangan, ^^
Selamat mencuba. Wassalam...
 


GRILLED TIGER PRAWN WITH BASIL GARLIC BUTTER
Resepi : Cheq Sue
Bahan A :
1 ekor udang harimau (saiz besar) + 5 ekor saiz sederhana
~ belah bahagian belakangnya hingga kepala, buang segala kotoran dan bersihkan
Bahan B :
Serbuk kunyit
Sedikit garam
Lada sulah
* jika suka pedas boleh tambah serbuk cili / cajun
Bahan C :
1 sb butter
1 biji bawang putih - cincang
5 helai daun basil - hiris halus
~ campur bersama
Cara-cara :
Perap bahan A dengan bahan B selama 15 minit
Panaskan kuali non stick dan grill udang di bahagian dalamnya
Setelah agak masak, terbalikkan di bahagian satu lagi
Kemudian, terbalikkan semula bahagian dalam dan sapu dengan campuran bahan C. Grill sekejap lagi sehingga agak garing
Bila sudah masak bolehlah dihidangkan dengan potato salad dan chicken gravy
^^
Stylish Thankyou

Sunday, May 13, 2012

Udang Bakar Berempah (I)


 
Udang ni adalah pemberian seorang rakan sekolah yang bercuti di Sabah cuti baru-baru ni.  Kering idea nak masak ape. Udang harimau tu beb, takkan nak masak merah, masak sambal aje kan. Koman2 kena masak spesel sikit. Bukan mudah nak dapat. Kalau di sini udang biasa dah 18 - 20 hengget sekilo, kalau udang rimau ni mau puluh2 ya...
Pikir punya pikir, cuba lah masak grill camni. Jenuh jugak nak letak ape. Tapi xpelah, kira hantam aje. Yang penting masak, dan boleh makan. Jadi yang terhasil seperti di bawah inilah. Resepinya tu cheq sue tuliskan bahan2nya aje, kuantiti tu di ejaslah ikut kesesuaian. Selain diratah, cheq sue makan jugak ni dengan nasi kuning, memang sedap la bagi pihak diri pembuat ni... Orang lain wallahu'alam. Kalau nak tahu sila la cuba ya.. Wassalam...



 
UDANG BAKAR BEREMPAH
Resepi : Cheq Sue
Bahan-bahan :
10 ekor udang harimau 
- belah belakangnya, buang kotoran dan bersihkan
Bahan perap :
Serbuk cili, bawang putih, halia, rosemarry kering, serbuk kunyit, garam
- tumbuk lumat dan sebatikan
Cara-cara :
Gaulkan udang dengan bahan-bahan perap
Biarkan seketika (+- 30 minit)
Gril dalam nonstick pan, balik-balikkan sehingga garing di kedua belah
Bila dah masak bolehlah dihidangkan
Stylish Thankyou

Tuesday, February 21, 2012

Sotong Singgang @ Katok Serai

 
 
Lauk feveret...
Kalau ada ni, xmo dah yang lain
Letak kuah banyak2, pastu makan nasi ala-ala sup
Siap guna sudu lagi
Tambah-tambah kalau dapat sotong yang ada telur
Perghhh, makan tak hengat!
Kalau sotong saiz besar tak berapa sedap nak buat camni
Isinya kadang-kadang jadi liat dan tak sedap
Kalau dapat yang baby, sekor2 je makan
Kalau ada sotong tu, boleh la cuba
Wassalam...
 
* belum sempat BW, mood ke laut, badan penat...
TQ pada yang sudi datang ke sini



 
SOTONG SINGGANG @ KATOK SERAI
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
10 ekor sotong - asingkan kepala dan badan, buang tulang belakang, isi perut dan mulut. 
(Jika suka boleh potong2, kalau kecil tak perlu)
2 biji bawang merah - mayang *
1 biji bawang putih - mayang *
1 keping asam gelugur
Sehiris lengkuas *
2 batang serai (kecil), kalau besar 1 pun cukup - ketuk *
Air secukupnya (dalam 1-2cawan) *
Garam dan gula

Cara-cara :
Didihkan semua bahan *
Kemudian masukkan sotong dan asam gelugur
Masak hingga mendidih
Masukkan garam dan gula
Perasakan selengkapnya. Bolehlah diangkat
*Tak perlu masak lama sebab daging sotong akan jadi liat

Tuesday, December 20, 2011

Sambal Sotong Aroma

 
 
Time korang baca ni....(kalau ada), cheq sue dalam perjalanan balik ke CH, sebab esok ada taklimat tentang SBPA dan Jumaat tu keputusan PMR akan keluar. Maaf la ya sebab kena autopublish, malas nak tinggal banyak2 dalam draft.
 
Sambal sotong ni cheq sue buat 2 hari lepas untuk lunch. Dah ramai antara kita yang tahu buat sambal kan? Semuanya pasti sedap2 belaka dengan pelbagai cara dan bahan membuatnya. Yang cheq sue buat ni versi orang tak pandai... Istimewanya sambal sotong ni adalah dek kerana penggungaan daun pandan. Kalau korang belum pernah test daun pandan dalam apa jua sambal, nanti boleh la cuba, memang wangi dan menaikkan lagi selera. Cheq sue dah lama jatuh cinta dengan daun pandan dalam sambal ni...





SAMBAL SOTONG AROMA
Resepi : Cheq Sue
 
Bahan-bahan :
5 ekor sotong besar ~ bersihkan dan potong bulat
4 biji bawang merah *
1 biji bawang putih *
3 sb cili boh / 10 biji cili kering ~ biasa guna yang tak pedas *
1 cm halia *
1 cm kunyit hidup *
2 helai daun pandan ~ dicarik2 dan disimpul
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit nissan, kicap, gula dan garam

Cara-cara :
Blendkan bahan * dengan sedikit air
Panaskan minyak dan tumis bahan * sehingga garing dan wangi
Masukkan nissan dan tumis lagi sehingga nissan hancur
Kemudian masukkan sotong, tumis seketika. Masukkan pula daun pandan, gula, garam dan kicap secukup rasa. Jika sambal agak pekat x perlu tambah air sebab air sotong akan keluar.
Masak sehingga sotong empuk, tak perlu terlalu lama sebab sotong akan liat. Perasakan masam manisnya dan bolehlah di angkat.

Tuesday, December 6, 2011

Udang Kung Pao

 
 
Dah lama sebenarnya dok plan nak buat kung pao. Selalunya seresepi kung pao menggunakan ayam, tetapi dengan kuasa dapur yang ada pada cheq sue, udang yang menjadi pilihan. Stok ayam x ada di rumah, kebetulan ke pasar malam beli udang 1/2 kg, seploh hengget tau...kemain cekik darah betol.  Menggunakan udang pun nampaknya xde berbeza sangat, walaupun belum pernah rasa kung pao tu camana.... :)
Udang  kung pao ni cheq sue masak malam tadi dan dibawa bekal hari ni. Peperiksaan sehingga 10.30 aje jadi bolehlah makan di luar. Tak salah kan bawa lauk sendiri... Bukan kedekut okay, tapi sebab xdan makan kat rumah, kita ejas la kat luar. Kita yang buat dia kan....




Dengan berpandukan resepi ni, cheq sue ubah sedikit bilangan bahan-bahannya agar serata dengan jumlah udang yang digunakan. Cili benggala tu pulak x ada dan cheq sue gantikan dengan cili hijau. Rasa2nya dah ramai yang membuat lauk ni, adakah aku yang tertinggal keretapi? He he he...kalau korang dah buat, cuba dengan udang ni pulak, mana la tahu kot2 menjadi kegemaran.... Sampai jumpa lagi ya. Wassalam...
 
UDANG KUNG PAO
Sumber : Dla Aj MyR

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam di potong kecil - kecil * cheq sue ganti dengan udang dalam 15 ekor
3 sudu kicap, 1/2 sudu sos tiram , garam & serbuk lada sulah secukup rasa *
* perap ayam selama 10 minit. Selepas itu goreng separuh masak. cheq sue tak goreng
50 gram kacang gajus (digoreng terdahulu)
10 biji cili kering (dipotang lebar - lebar)
1 biji cili bangala (dipotong dadu) cheq sue ganti dengan cili hijau
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
4 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
3 cm halia (ditumbuk halus)
2 sudu sos cili & sos tiram
Garam secukup rasa

Cara-cara :
Goreng cili kering & ketepikan.
Tumis bawang putih & halia yang sudah dikisar, kemudian masukkan bawang besar.
Masukkan ayam (udang yang diperap terlebih dahulu tadi), cili bangala, sos tiram, sos cili, garam & sedikit air sekiranya terlalu kering.
Bila semuanya sudah sebati bolehlah masukkan cili kering & kacang gajus, kacau seketika & siap untuk dihidang.
 

Monday, November 14, 2011

Udang Sos Plum

 
Hari ni bermulalah peperiksaan SPM bagi semua pelajar tingkatan lima di semua sekolah seluruh negara. Setelah 1 @ 2 tahun di tadika, 6 tahun di sekolah rendah dan 5 @ 6 tahun di sekolah menengah, segala yang telah dipelajari akan diuji bermula hari ini. Kepada semua, cheq sue ucapkan selamat berjaya. Buat semua pelajar tingkatan 5 SMK Kampung Raja, semoga kejayaan akan menjadi milik kita. Cheq sue juga hari ini memulakan tugas sebagai pengawas peperiksaan di SMK Ringlet, berjarak 38 km, bertempoh 45 -1 jam perjalanan. Fuhhhh, ini kali pertama mengawas SPM di sini, xleh nak tumpang orang sebab mabuk. Terpaksa bawa kereta sendiri. Heeeeee. Jadi, kebanyakan n3 cheq sue akan diautopost, dan insyaAllah cheq sue akan reply komen (kalau ada *_*) dan jugak BW lepas balik tu ye.....
 
 Udang sos plum ni cheq sue buat bersama nasi jintan manis dan daging dendeng semalam. Sebab daging tu sikit, so topaplah lauk tu dengan udang. Resepi sebenarnya menggunakan ayam, tapi cheq sue sengaja mencubanya dengan udang yang masih banyak dalam stok. Alhamdulillah rasanya tidak mengecewakan. Cuma cheq sue minta maaf dulu pada Mieze sebab dah oter sikit resepinya ni. Asyik2 ayam, kesian pulak kat udang tu bagai memanggil2 aje suruh masak. :)


 
Lauk sebegini memang sedap dimakan dengan nasi putih atau diratah. Rasanya ada sedikit gaya masakan Thai, tambah2 dah masukkan daun limau purut. Bukan apa, bila keluar ambik serai tadi tengok daun limau purut cantik2 aje kat pokok, tu yang cheq sue masukkan. Bagi sape yang kekeringan idea nak masak lauk apa, bolehlah cuba resepi ni. InsyaAllah tak mengecewakan. 
Wassalam...
 
UDANG SOS PLUM
Resepi : Mieza
Olahan : Cheq Sue (dalam tulisan merah)
 
Bahan-bahan :
Ayam - bahangian isi seperti peha dan dada cheq sue tukar kepada udang, buang kepala dan ekor
Garam kunyit secukupnya
Sedikit tepung jagung
3-4 ulas bawang putih - cincang
1 biji bawang besar - belah 8
1 inci halia - cincang
5-6 biji cili api - hiris kecil
1 biji tomato - belah 8
3-4 sb sos plum - mieza pakai brand life *
2 sb sos tiram *
2 sb sos cili thai *
1 biji capsicum - optional
Sedikit carrrot - potong panjang
Bunga kubis - mieza tak letak sebab tak ada
Minyak masak untuk menumis
sedikit sos cili & sos tomato
Daun limau purut

Cara-cara:
1. Ayam dipotong kecil dan digaul garam kunyit. Salutkan ayam dengan tepung jagung dan goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan. cheq sue perap dulu udang dengan bahan *
2. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar cili api dan halia hingga wangi. cheq sue masukkan sekali daun limau purut
3. Masukkan semua sos yang lain dan juga sayuran. Tambahkan sedikit air jika perlu. Reneh sekejap hingga sayuran masak.
4. Tambahkan udang yang telah diperap, sos cili dan sos tomato ayam yang telah digoreng dan gaul rata dalam sos. Akhir sekali masukkan tomato dan capsicum.
5. Angkat dan hidang dengan nasi putih. 

Friday, November 11, 2011

Chicken & Prawn Popcorn

 
 
Popcorn ni cheq sue buat petang semalam, sebagai kudapan dinner. Dalam hati ni terasa sangat nak makan kek tapi ada pulak bahan yang xde. Bila memikirkan ada ayam dan udang, terus teringat popcorn cicken yang pernah Kak Ida tunjukkan. Cuma macam biasalah cheq sue ejas sikit bahan2nya tu. Jangan marah ye kak...

Popcorn ayam dan udang ni memang sesuai sgt dimakan gitu aje, cicah dengan sos cili Thai, kejap aje boleh habis. Alaaaaa...macam kita makan popcorn time tgk wayang la...dok suap aje tgk2 dah habis. Macam Kak Ida bagitahu, boleh jugak kalau nak dibuat sebagai lauk sampingan. Kalau budak2 memang suka la buat camni. Budak2 macam cheq sue lagi la suka.
 




 Sebenarnya bila kita buat sendiri popcorn ni memang puashati sgt. Dah terjamin kebersihannya, dan makan pun tak bercatu. Macam cheq sue buat ni, rasa2 macam sikit aje tapi nak menghabiskan sorang memang kekenyangan betul. Idea nak buat menggunakan udang ni timbul bila cheq sue tgk udang tu kulitnya x berapa tebal. Kalau guna udang besar kena lah buang dulu kulitnya.
 



 CHICKEN & PRAWN POPCORN
Resepi : Kak Ida, Japan
Olahan : Cheq Sue

Bahan-bahan :
5 keping boneless chicken cheq sue guna dalam 2 ketul aje, dah potong dalam 1/2 cawan
4 ulas bawang putih*
1/4 labu bawang besar*
1/2 inci halia*
1/2 - 1 sk serbuk pati ayam
1/2 sk serbuk lada sulah
2 sb mayonis
1 cawan tepung tempura cheq sue ganti dengan tepung jagung
1/2 cawan air atau secukupnya
1/2 cawan breadcrumb / serbuk roti....boleh letak lebih
Garam secukup rasa
Cheq sue tambah 1 biji telur, serbuk cajun, bijan hitam dan minyak bijan

Cara membuatnya:
Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan dipotong dadu
Kisar bahan bertanda * cheq sue tumbuk aje
Gaul ayam dengan bahan *, serbuk pati ayam, serbuk lada sulah, mayonis dan garam secukup rasa....perap ayam seketika 
Bancuh tepung tempura bersama air, garam, dan campurkan breadcrumb.......kacau sebati  #
Gaul ayam bersama bancuhan tepung di ata s#
Panaskan minyak 
Goreng ayam di dlm minyak yg banyak hingga masak dan garing. Selamat mencuba.

Saturday, October 15, 2011

Udang Masam Manis

Assalamualaikum & salam sejahtera

Buat apa ye kawan2...mesti tengah bersantai2 selepas menikmati hidangan tengah hari. Bila dah makan tu terasa kenyangnya mula la mata pun jadi berat...tambah2 dengan cuaca yang agak2 mendung nak hujan ni memang syok sangat kalau dapat tidur barang seketika. Kat CH sekarang ni tengah hujan dengan lebatnya...kalau sapa yang datang bercuti tu mesti x selesa berjalan2 dalam kesejukan...lepak aje dalam bilik. Mmmmm mesti rugi kan. Dah hujung2 tahun ni memang la begitu...tapi sekarang cuaca nampaknya tak menentu. Sabar la ye...

Cheq sue baru aje makan, sorang2 aje... Hajat tadi nak makan siput kat rumah Kak Rosa, tadi dia lak x ada cheq sue pun masaklah udang masam manis ni. Memang peberet la ni kira2nya. Dah beberapa hari jugak dok terfikir nak buat, tapi kena habiskan ikan talapia dulu.. (tapi talapia pun ada seekor lagi, tunggu hilang cemuih dulu). Harini kita layan udang pulak.


Walaupun makan sorang2, jangan fikir nak makan di kedai aje, masak yang simple2 macam ni pun cukup membuka selera. Cheq sue ni malas nak keluar-keluar. Tengok ape bende yang ada, masak aje ala kadar. Janji kenyang. Udang sweet sour cheq sue ni memang lebih dari cukup untuk seorang, sengaja masak lebih sedikit agar puas di makan. Dah habis dengan nasi, di ratah begitu aje. Aduhhhhhh memamng membuka selera. Maaaf la kalau ada sape yang tergoda tu, dah habis ya!

Okaylah... jangan lupa cuba tau... Wassalam...

UDANG MASAM MANIS
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
- 15-20 ekor udang (bersihkan dan buang sedikit kulit)
- 2 bij bawang putih - ketuk
- 1/2 biji bawang besar - mayang
- sedikit halia - ketuk
- 2 sudu besar cili boh
- 1 sudu besar sos plum (kalau xde boleh ganti dengan nenas, kalau xde jugak boleh masukkan sedikit cuka makan)
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- sedikit air
- sedikit cili benggala @ cili merah - dadu (xde pun xpe)
- 1/2 biji tomato - dadu
- sedikit daun ketumbar - hiris kasar (opt)
- garam dan gula secukupnya
- sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :
- panaskan minyak dan tumis cili boh hingga garing
- masukkan bawang putih, bawang besar dan halia, masak hingga wangi
- masukkan udang, sos plum, sos cili, sos tomato dan air. Masak sehingga udang bertukar warna kemerahan
- tambahlkan sedikit air, cili benggala dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula, masak sehingga kuah agak pekat. Taburkan daun ketumbar
- enak dimakan bersama nasi hangat

Wednesday, August 17, 2011

Udang & Ayam Mayonis

Assalamualaikum & salam sejahtera

Salam Nuzul Quran pada semua... Buat apa ya dihari cuti ni? Walaupun hanya sehari tapi pasti ramai yang tengah sibuk membuat kuih raya di dapur tu... cheq sue ni entah kat mana serunya tak sampai2 lagi... Tahun ni semuanya ke laut... menjahit...mengukis...membiskut...apa nak jadi la cek mek sorang ni...

Sementara ada masa ni, nak juga menghapdet menu berbuka semalam. Masak simple2 je.. Apa yang cheq sue masak ni dibawa ke rumah kawan dan sama2 makan kat sana, baru la terasa sikit meriahnya.. Resepi ayam mayonis ni telah cheq sue oter sikit dengan mencampurkan udang ke dalamnya. Langkah2 penyediaannya sama sahaja...

Tentunya ramai yang dah mencuba resepi ni kan... kaedahnya ringkas aje... main campak2, goreng kejap dah pun siap. Semalam budak Ali tu sampai meleleh makan nasik dengan lauk ni.... :)


UDANG & AYAM MAYONIS
Resepi : SajiOnline
Sumber: Kak Nor @Secubit Garam


Bahan-bahan:
600 gm daging ayam - dipotong kecil dan dibersihkan
1 labu bawang besar - mayang
4 ulas bawang putih - mayang
3 cm halia - mayang
4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar sos cili
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
7 keping cendawan kering - rendam dalam air panas dan hiris
2 tangkai daun ketumbar - potong 2 cm  cheq sue gantikan dengan daun sup
3/4 cawan air
1 1/4 cawan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
sedikit perahan jus limau nipis ~ yg ni K.Nor tambah cheq sue tak masukkan
capsicum hijau & merah ~ yg ni K.Nor tambah


Cara Menyediakan:
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan ayam yang sudah digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kacau hingga rata dan tutup kuali kemudian biarkan hingga ayam empuk. Angkat dan ketepikan. (Ayam digoreng sekadar masak saja, tidak perlu garing)
Buangkan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan cili kisar. Kacau hingga rata dan biarkan hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan bahan-bahan yang dimayang kemudian kacau hingga naik aromanya.
Masukkan air, cendawan, serbuk lada hitam, garam dan gula. Kacau lagi hingga rata.
Masukkan ayam goreng, sos cili serta mayonis kemudian terus padamkan api.
Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan kacau lagi hingga rata. Hidang panas-panas bersama nasi.