Tuesday, February 21, 2012

Sotong Singgang @ Katok Serai

 
 
Lauk feveret...
Kalau ada ni, xmo dah yang lain
Letak kuah banyak2, pastu makan nasi ala-ala sup
Siap guna sudu lagi
Tambah-tambah kalau dapat sotong yang ada telur
Perghhh, makan tak hengat!
Kalau sotong saiz besar tak berapa sedap nak buat camni
Isinya kadang-kadang jadi liat dan tak sedap
Kalau dapat yang baby, sekor2 je makan
Kalau ada sotong tu, boleh la cuba
Wassalam...
 
* belum sempat BW, mood ke laut, badan penat...
TQ pada yang sudi datang ke sini



 
SOTONG SINGGANG @ KATOK SERAI
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
10 ekor sotong - asingkan kepala dan badan, buang tulang belakang, isi perut dan mulut. 
(Jika suka boleh potong2, kalau kecil tak perlu)
2 biji bawang merah - mayang *
1 biji bawang putih - mayang *
1 keping asam gelugur
Sehiris lengkuas *
2 batang serai (kecil), kalau besar 1 pun cukup - ketuk *
Air secukupnya (dalam 1-2cawan) *
Garam dan gula

Cara-cara :
Didihkan semua bahan *
Kemudian masukkan sotong dan asam gelugur
Masak hingga mendidih
Masukkan garam dan gula
Perasakan selengkapnya. Bolehlah diangkat
*Tak perlu masak lama sebab daging sotong akan jadi liat

9 comments:

  1. Assalamualaikum cheq sue...
    akak pun suka nie... hirup kuahnya panas2... aduh!!! mmg sedaaap kan

    ReplyDelete
  2. Salam kak sue! sedappppppppp!!! singgang mmg sedap! kita membesar pun mak asyik buatkan singgang jerrrr, suke dgn singgang yg mak buatkan, tp bila tgn ni buat sendirik rasa tak sesama mcm mak buat, kdg tu geram, pdhal bahan2 sama ajerrr tp rasa boleh tak sama :D hebatnyer air tgn mak kan kak :D kita sejak pandai mkn budu, bila tahu singgang ni sedap mkn ngan budu, mmg tak pernah lepas budu hihihi...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. tun x pandai makan ni.. hihi... tp kalau blk kg selalu la nmpk lauk nih.. eh, bkn kalau kat kelate masak sekali ngan dakwat dia ke?

    ReplyDelete
  5. Salam Sue...

    Tiap kali HB beli sotong, selalu je dia suruh masak ni tp tiap kali juga lah asyik call mak tanya resepi ni....sampai loni tak ingat2 resepi ni, pasahal senang je nak buat...

    ReplyDelete
  6. Kalau yang namanya singgang ni..memang akak suka...suka sgt hirup kuahnya...heeee...:)

    ReplyDelete
  7. Salam..emmm simple tapi sedappp..Sue pun suka sotong masak macam ni...

    ReplyDelete
  8. singgang paling cepat dan sedap!

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]