Tuesday, February 7, 2012

Rendang Daging Hitam Manis


 
 
Pagi hari ni, jom la layan mata dengan menu yang sudah tiada. RDHM ni cheq sue buat 2 hari lepas setelah dapat stok daging seciput.  Sejak kebelakangan ni memang teruja sangat nak cuba resepi rendang walaupun tak berapa gemar. Tak salah mencuba, menambahkan skill memasak dan bersuka-suka.

Istimewanya rendang ni adalah penggunaan kicap manis. Selalunya orang tak bubuh kicap kan? Rasanya sedap jugak, manis masin dengan rempahnya tu memang sedap dimakan dengan nasi panas. Kalau dapat makan dengan pulut kuning ke, nasi impit pun gerenti sedap. Yang ni cheq sue makan dengan nasi aje. Bawa ke rumah kawan, sedap katanya. Padahal untuk 1st time ni cheq sue termasin sikit. Biasalah kalau buat tak banyak (dalam 100g daging je), payah jugak nak agak bahan2 tu. He he he... Tapi walaupun sedikit berbaloi tau bila buat...memang layan habis laaaa.............. Pasni InsyaAllah nak buat lagi, boleh jugak kot rasanya digantikan dengan ayam, mudah sikit nak dapat berbanding daging.

Bagi sapa yang gemar makan rendang tu boleh la cuba resepi ni. Memang lain dari biasa dan dapat menambah koleksi resepi rendang. TQ pada Kak Diana yang sudi berkongsi resepi ni. Wassalam...
 


 
RENDANG DAGING HITAM MANIS
Sumber : Kak Diana
Resipi Oleh ~ Chef Hussin Khan @ Studio Masakan Chef Hussin ( TQ )
:: Sumber ~ Majalah Aroma, Dec 2011 ( TQ )


Bahan²

600 gm daging lembu _ dipotong kecil
2 batang serai _ diketuk
5 sudu besar kerisik
3 sudu besar kicap manis _ (Diana guna kicap pekat manis ABC + sedikit kicap/caramel pekat Loon Kee - cheq sue guna kicap kipas udang je + kicap pekat sikit )
2 sudu besar cili giling
200 ml santan kelapa
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
20 gm daun kunyit _ dihiris halus
Garam dan gula secukup rasa _ ( Diana & cheq sue guna gula melaka )
Minyak untuk menumis

Bahan² Kisar

7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
30 gm halia
20 gm lengkuas

Cara²
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama cili giling hingga naik baunya.
Masukkan bunga lawang, kayu manis dan serai lalu ditumis seketika.
Tambahkan kicap manis dan kacau sebati.
Masukkan daging dan santan.. Masak hingga daging empuk.
Kemudian masukkan kerisik dan kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Taburkan hirisan daun kunyit dan gaul rata.
Angkat dan sedia untuk dihidang.


8 comments:

  1. as-salam
    sedap betul pagi2 tgk rendang daging..sedap mkn dgn lemang..

    ReplyDelete
  2. seddapnya cheq sue..terus lapar jadinya..
    saya tak tahu penah makan ke tak ni,sebab banyak sangat jenis rendang kan..
    nampak macam nak cuba gak rendnag ni..KIV dulu..

    ReplyDelete
  3. Pepavgi singgah sini...wah ada rendang....bestnya....

    ReplyDelete
  4. assalam cheqsue..rendang hitam manis dalam pinggan antik mmg kena sangatlah..sedap tu..layan ngan ketupat, lemang..nasi putih oun jadi gak..

    ReplyDelete
  5. cantikla..petang ni boleh try..tq

    ReplyDelete
  6. Salam Cheq,betul2 menggamit seleraku...nak kena masak nasi pulut..pastu mkn ngan rendang daging itam manis tu...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum cheq sue...
    wah dah buat dah yer.. terima kasih linknya... resipi chef hussin nie mmg best.. akak pun suka makan..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]