Talapia Bakar Sambal Belacan
Pagi yang hening, bening dan sepi. Entah di mana mentari pagi ini. Sudah beberapa hari mentari memancarkan sirnanya ke pelusuk CH ni, nampaknya sudah kembali ke cuaca seperti sediakala. Harap2 dapat la menikmati dingin bayu untuk masa2 seterusnya. Perit pedih kulit ni rasanya bila dijamah panas mentari. Panas di sini dengan di tempat lain sudah tentulah tidak sama kerana faktor ketinggian dari aras laut. Eh.... ye ke? Iya...betul ni, tak tipu! He he he...
Menu ikan talapia ni menjadi santapan lunch cheq sue pada minggu lepas. Suka dinyatakan disini, ini adalah resepi untuk sapa yang x makan pedas. Sambal belacan tu pulak versi campak2 aje, mungkin ada resepi yang berlainan tu cheq sue tak pasti pulak. Sebenarnya hayat ikan talapia tu dah lama jugak dalam peti ais, hampir dua minggu rasanya. Kalau boleh guna ikan talapia segar lagi sedap hasilnya. Yang cheq sue guna ni saiz sederhana, dalam 3 jari. Kalau guna ikan bersaiz besar, kena la gandakan bahan-bahannya tu. Resepi ni menggunakan bahan yang simple aje, yang ada kat rumah. Nak letak daun kesum x ada. Nak letak bunga kantan malas nak pergi ambik. Nak balut dalam daun pisang pun malas nak ambik. Heeeeee serba serbi malas la rasanya. Takpelah, untuk mulut sendiri ni kira halal lah, janji masak dan boleh makan. Udah!
Rupa-rupanya bila dah makan, kena pulak dengan selera cheq sue. Air daripada rempahnya tu memang sedap dicicah dengan isi ikan. Nasib baik jugak tak tapis masa blend bahan kisar tu. Korang kena cuba la dulu kalau nak tahu camana rasanya. InsyaAllah puas hati. Wassalam...
TALAPIA BAKAR SAMBAL BELACAN
Resepi : Cheq Sue
Bahan-bahan :
* 2 biji cili merah segar (cheq sue guna 1 cili merah + 1 cili hijau) - potong kecil
(kalau nak pedas boleh lebihkan cili / tambah cili padi)
* 1/2 biji bawang besar
* 1 batang serai - hiris halus
* Sehiris halia - mayang
* Sedikit belacan - sebesar ibu jari
1 ekor ikan talapia - bersihkan dan kelar sedikit
Sedikit garam, minyak @air (opt)
Cara-cara :
Panaskan minyak dan goreng hingga wangi dan layu bahan *. Kisar lumat - boleh menggunakan air atau tidak (bergantung pada blender masing2. Cheq sue guna air sikit untuk melumatkannya)
Buang minyak yang digunakan untuk menggoreng bahan * tadi, kemudian masukkan bahan yang dikisar.
Perasakan dengan garam, masak hingga agak2 pekat.
Kemudian masukkan ikan, masak 5 minit, matikan api dan perap 15 minit.
Pindahkan ikan dan bumbunya ke dalam bekas tahan panas, dan bakar dalam oven pada suhu 200'C selama 20 minit (bergantung pada oven masing2 dan tahap kegaringan ikan yang diingini)
semalam akak tengok @ tv3, program selera tu buat ikan tilapia bakar, sedapnya nampak, dimakan bersama kentang rebus...sedap, menu sihatkan?rajinnya Cheq Su ni
ReplyDeletesedapnye..sy plak makan tengahari tadi goreng pekasam ikan talapia..:)
ReplyDeleteMemang sedap betul klu ikan bakar + belacan..tak toleh kri kanan klu mkn..
ReplyDeleteterus rasa lapar memalam ni...
ReplyDelete