Wednesday, February 1, 2012

Oyster Cookies


 
 
Selamat petang..... TQ banyak2 pada kawan2 yang meninggalkan komen pada n3 sebelum ni. Maaf banyak2 sebab x dapat nak reply, BW pun mana2 yang sempat aje. InsyaAllah kalau ada kelapangan cheq sue buat mega BW pulak. Maklumlah di awal tahun begini, tambah pulak dah mula aktiviti kokurikulum, masa memang sentiasa cemburu.
 
Ok, berbalik pada resepi ni, cheq sue buat petang semalam. Nampak aje di blog biru nun, terus je cuba separuh adunan. Bila menengokkan hasil yang Hasue buat, cantik aje berbanding dengan yang ini. Takpelah, janji ada rasa dan sedap dimakan. Rasanya lebih kurang sama aje dengan butter cookies, cuma yang ini ada sedikit tepung kastard. Rasanya pun memang sedikit lain.

Alkisahnya cookies yang cheq sue buat ni agak terkeras bila dah siap adun. Adunan tu x berapa nak buleh dipaipkan dalam nozzle, agaknya sebab buttercup tu x lembut sangat kot walaupun dah dalam suhu bilik. Maklumlah kat CH ni cuacanya agak2 lembab, bila mix butter dengan gula tu x la creamy sangat. Jadi cheq sue tambah sedikit majerin, tu yang hilang bentuk barangkali.

Kalau sape yang tercari2 resepi yang agak berbeza tu bolehlah cuba resepi ni. Memang sedap digandingkan tengah teh O di petang2 hari begini. TQ Hasue berkongsi resepi ni... Wassalam...



 

OYSTER COOKIES
  Resepi : HaSue
 Sumber : Majalah Chef

Bahan-bahan:
250g mentega
60g gula halus/gula icing
220g tepung gandum
30g tepung kastad
Secubit garam
Ceri merah atau Coklat chips secukupnya

Cara-cara:
  1. Gula dan mentega dipukul sehingga kembang dan creamy. Masukkan garam dan tepung kastad.
  2. Gaul rata menggunakan spatula atau senduk kayu.
  3. Sementara itu,panaskan oven pada suhu 170'C.
  4. Masukkan ke dalam piping bag ber nozzle bintang dan picitkan di atas dulang oven yang sudah dialas baking paper.
  5. Bakar selama 7 minit atau sehingga masak. Selamat mencuba! Cheq sue guna suhu 150'C selama 10-15 min

8 comments:

  1. rajinnya cheq sue buat sekut...bak sini sebalang...

    ReplyDelete
  2. cheq sue..rasa macam dah nak dekat raya dah ni

    ReplyDelete
  3. wahhhhhhhh
    suka dengan kawan2 y sangat rajin..
    nampak rangup;
    ayu bw piring kosong.. hehehe

    ReplyDelete
  4. salam...betul la rajin sungguh buat biskut....banyak masa terluang nie ley la buat banyak sket pos ke sini... :)

    ReplyDelete
  5. rasa mcm baru je tgk di blog kak hasue...sekali cheqsue lak dah buat dulu....rajin betol!

    ReplyDelete
  6. cepatnya buat...kita baru nak salin resepi...hehehe...geram plak nengoknya sue..teringin pulak kita..haissshhh

    ReplyDelete
  7. Amboiii cepatnyaa dah siapp.. ni kalo org amik tempahan mesti x menghampakan wpun last minit nih.. trm kasih rajin mencuba resepi simple ni..zhariff yg x byk gg pun leh mkn.. :D

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]