Sunday, February 5, 2012

Roti Tampal Ala Benjo & Salam Maulidur Rasul 1433H


 

Salam Maulidur Rasul 1433H kepada semua teman dan pembaca Ila_Cheq Sue, semoga di hari yang berbahagia ini kita semua mendapat keberkatan dariNya. Pada yang bercuti, selamat melepakkan diri. Mesti ramai yang mengambil peluang cuti beberapa hari ni untuk balik ke kampung. Bagi negeri2 yang mengambil cuti Thaipusam, sambung pulak ke hari selasa. Apapun, moga2 selamat semuanya apa jua yang dilakukan.

Roti tampal ala benjo ni adalah sarapan pagi semalam. Dengan menggunakan cream cheese bread dan idea dari roti tampal Tun Telani, cheq sue olah sedikit mengikut citarasa. Kalau selera cheq sue x suka telur yang masih runny-runny gitu... He he he
 
Bila dah diolah begini, rasa macam benjo la pulak. Tu yang namanya ala-ala benjo... Apapun memang sedap sesekali layan menu camni. Kalau x ada roti bulat gini, rasanya guna roti keping pun boleh. Yang penting jangan segan untuk mencuba. Wassalam...






 
ROTI TAMPAL ALA BENJO
Idea : Tun Telani
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan : 
3 biji roti (sederhana) cheq sue guna CCB - belah dua
1 biji telur
1/4 biji bawang besar - hiris halus
Sedikit garam & oregano
Mayonis & jalapeno cheese (opt)

Cara-cara :
Campur telur bersama bawang, garam & oregano, pukul sedikit
Panaskan ceper, lenser sedikit minyak atau majerin
Tuang bancuhan telur, masak seketika. Letak @ susun telur yang telah dibelah ke atas telur
Bila sudah masak, boleh angkat dan sapu mayonis serta jalapeno cheese

7 comments:

  1. salam maulidur rasul cheq sue...mana telur kat bhn2 tu? lupa letak yer...

    ReplyDelete
  2. salam maulidurrasul 1433 H cheq sue....sedapnye mkn roti tampal :)

    ReplyDelete
  3. @Liza

    hui...termiss pulak. dah update dah...tq liza

    ReplyDelete
  4. Mak ai rajinnya. Kalau saya tak reti le nak ngejas2 ni. takut ke tong sampah perginya

    ReplyDelete
  5. pasni nak cari jugak la jalapelo cheese tu...kenan pulak tengok cheese tu meleleh...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]